TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 10 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
atusan soalan yang menggerunkan mengenai suasana yang menyebabkan kejadian 9/11 masih tidak terjawab. Dua tahun sudah pun berlalu namun, tidak ada jawapan yang jitu. Pentadbiran Bush sudah berjaya mengikat tangan mereka yang cuba mengusahakan sendiri lakaran andaian apa sebenarnya yang terjadi. Termasuklah kerja-kerja Suruhanjaya 9/11 yang akhirnya didiamkan begitu sahaja. Kenapa? Kisah sebenar 9/11 hanya dapat terungkai kalau ruang pintunya dibiarkan terbuka. Osama bin Laden dan apa yang disebut sebagai Al-Qaeda adalah lebih berguna kepada Amerika apabila mereka digembar-gemburkan kununnya mempunyai kuasa mencetuskan bahaya, seperti juga Saddam Hussein yang kununnya mempunyai keupayaan melancarkan WMD dalam masa 45 minit.

Sejak 9/11, setiap tindakan agresif Amerika telah diwajarkan sebagai satu tindakan bertujuan untuk melumpuhkan Al-Qaeda. Inilah modal pentadbiran Bush yang menaikkan kegerunan keganasan itu dan 9/11 – kerana ia pasti menakutkan warga Amerika, Kongres dan seluruh dunia, untuk menyokong rencana imperial mereka. Al-Qaeda sudah dijadikan ‘butang panas’ untuk Amerika menyerang Afghanistan, Iraq dan membunuh ribuan orang awam dan ratusan tentera, dan menangkap orang awam yang tidak berdosa, serta menghadkan hak asasi orang awam dalam usaha menguasai dan menekan setiap negara di dunia ini agar akur kepada agenda Amerika. Setiap kali sokongan kepada peperangan mereka itu kelihatan menurun, seperti yang berlaku banyak kali sejak dua tahun ini, secara tiba-tiba akan ada pengumuman anggota tertinggi Al-Qaeda yang ditangkap, seolah-olah laksana suatu keajaiban. Namun, orang yang ditangkap ini tidak pula ditunjukkan kepada orang awam ataupun didakwa dalam mahkamah terbuka.

Janganlah sesiapa yang tersilap, bahawasanya Osama bin Laden telah mengisytiharkan perang ke atas Amerika dan sedang mengatur pertahanan terhadap rompakan yang dilakukan oleh Amerika ke atas bumi Islam dan mempertahankan segala kezaliman yang sengaja dilakukan terhadap Islam dalam pelbagai bentuk. Daripada segi undang-undang, dia tidak boleh dipersalahkan kerana kejadian 9/11 seperti mana Presiden Bush yang tidak boleh dikaitkan degnan Carlyle Groups, seandainya padang permainan itu adalah rata. Sebenarnya Al-Qaeda perlu berbuat sesuatu selain membiarkan George Bush dan jentera media beliau meneruskan ancaman kerana mahu meneruskan agenda mereka. Sejak Amerika mulakan rencana menyerang Iraq, ribuan Mujahidin telah mula memasuki Iraq dan juga Afghanistan setelah melihat bahawa Amerika memang benar-benar mahu menguasai semua sumber di rantau itu. Hari ini semakin banyak sokongan untuk menentang penaklukan Amerika di Iraq dan Afghanistan berbanding semasa peperangan mula-mula dilancarkan. Apabila diambil-kira gerakan operasi Al-Qaeda di beberapa negara yang mempunyai ketumbukan Amerika yang bertebaran di serata dunia ini, kos peperangan yang tertanggung itu semakin mencanak naiknya. Inilah yang membuatkan George Bush mengetuk pintu masyarakat antarabangsa dengan tangan yang terbuka meminta bantuan keikhlasan, sekali gus merudumkan ekonomi negaranya, dan inilah yang menepati matlamat utama Al-Qaeda.

Amerika telah juga berjaya mencetuskan persepsi bahawa Islam adalah ‘pengganas’ dan Islam itu adalah agama keganasan – inilah satu persepsi yang amat saya tidak senangi. Sejurus meledaknya 9/11, sekurang-kurangnya ada satu usaha untuk menonjolkan maruah dan martabat agama kepada 1 bilion manusia ini. Namun pada hari ini, tidak lagi ada satu usaha untuk menyungkup kebencian yang sengaja dicetuskan untuk menaikkan kemarahan terhadap umat Islam. Inilah yang telah meningkatkan jenayah kebencian dan seterusnya memesongkan martabat agama yang paling tenang dan sabar di atas muka bumi ini. Memang banyak contoh dalam lembaran sejarah manusiawi di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman damai bersama-sama di bawah bumbung hukum-hakam Islam seperti mana menjadi kemestian kepada setiap Muslim mengamalkan kesabaran dan toleransi dalam hidupnya. Tindakan yang agresif adalah ditegah sama sekali oleh Sunnah Nabi Muhammad (saw). Sikap kurang ajar terhadap Islam adalah bertujuan untuk mewujudkan propaganda dalam membantu meruntuhkan martabat kehidupan umat Islam secara keseluruhannya dan dalam banyak hal untuk mencantas sebarang libasan yang mungkin disebabkan oleh bencana yang ditanggung oleh orang awam. Kalau umat Islam boleh menjadi tertekan ekoran 9/11, eloklah diyakini betapa kita juga menjadi lebih tertekan sekarang ini, gara-gara serangan ganas yang menyeluruh terhadap agama sedangkan Amerika dan sekutunya menyamun sumber kekayaan kita dan masyarakat antarabangsa memperakuinya.

Memang jelas sekali keputusannya. Segala tindakan jenayah yang dilaksanakan sejak bermulanya perang mengganyang ‘keganasan’ telah dilaksanakan atas nama demokrasi Amerika - inilah demokrasi yang sudah begitu haprak dan bankrap dan telah diganti oleh satu rejim yang fasis. Bagaimana mungkin perkara ini boleh mengena satu sistem hidup ‘kerajaan rakyat untuk rakyat’? Semasa pemilihan Presiden yang lalu, sekitar 33% penduduk Amerika telah membuang undi. Mereka yang mengundi tidak lagi membuang undi untuk puak kiri mahupun kanan tetapi memilih parti politik yang sudah berganjak daripada kedudukan tengah dan yang sudah merupakan jentera kepada syarikat korporat mega yang besar-besar, kumpulan pelobi yahudi dan kumpulan berkepentingan yang mempunyai kewangan yang mantap untuk membeli calon-calon yang berupaya memenuhi matlamat mereka. Yang lebih menakutkan lagi, apabila majoriti warga negara tidak membuang undi mereka, bererti demokrasi sudah tidak menjadi perkara penting lagi, noktah!! Apabila bilangan besar warga Amerika bertindak tidak mahu ikut-serta dalam urusan negara mereka, secara sengaja, tanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukan oleh kerajaan mereka akan terus berkekelan atas nama mereka juga.

Musuh Bukannya Terlalu Perkasa. Islam Terlalu Lemah

Sejak zaman nabi (saw) dahulu, belum ada kekejaman yang begitu menyeluruh terhadap umat Islam, seperti sekarang ini.

Tersebut kisah Thauban yang menceritakan kisah Rasul yang pernah berkata: “Sampai masanya nanti ada negara yang bersekongkolan sesama mereka menenang kamu seperti mana orang yang mahu makan memanggil yang lain menghadapi santapan mereka.”

Ada seseorang bertanya: “Apakah kerana tidak ramai orang kita pada hari itu?”

Dia menjawab: “Tidak. Pada hari itu kumpulan anda yang ramai, tetapi kamu akan menyerupai buih-buih yang terapung di permukaan laut. Allah akan cabut perasaan takut terhadap kamu di kalangan musuh kamu sekalian pada hari itu dan menaruh perasaan lemah dalam jiwa kamu sekalian.”

Ada seseorang bertanya: “Apakah dia kelemahan itu?”

Dia menjawab: “Cinta kepada duniawi dan benci kepada mati.”  (Abu Dawud)

Walaupun terdapat serangan keganasan yang beralu-talu terhadap umat Islam di serata dunia, umat Islam masih terus menyorokkan kepada mereka kerana malu. Janganlah mudah terpedaya. Musuh-musuh Islam sedang bercakap lantang dengan bergaya.

Bersambung ke Bahagian 11 (Akhir)

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light10.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 16.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini.
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: