TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 7 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
emasa saya mula-mula merasakan kebahagiaan dengan agama yang baru saya anuti itu, tentu sekali saya mengongsi kenikmatannya dengan mereka yang rapat dengan saya. Dalam masa lima minggu pertama penerbitan saya itu, saya telah ditinggalkan oleh seorang editor dan beberapa orang sekutu yang menjadi tertekan mengetahui saya sudah menganut agama Islam. Di samping itu semua, saya telah dicemuh oleh kawan-kawan yang rapat yang terus menghilang sejurus mengetahui penganutan agama baru itu. Sejak daripada itu, saya bertindak melayari hidup ini berseorangan di kaki gunung dan mendedahkan tempat itu hanya kalau ada perlunya untuk jangka pendek – saya mempunyai cukup banyak masalah yang mesti ditangani.

Saya masih meneruskan syarikat pengendali web dengan hasil pendapatan yang belum lagi memadai. Saya sudah menggunakan apa juga hasil yang diterima untuk mengongkosi JUS agar terus maju ke depan. Kami masih lagi berurusan dengan syarikat aero-angkasa yang memang membuatkan saya tertekan, khususnya kerana kebanyakan mereka sedang beralih kepada kerja ketenteraan disebabkan peperangan itu. Mereka tidak tahu-menahu akan kisah portal waktu itu tetapi ramai merupakan patriot yang tidak akan selesa mengongsi pandangan saya dan saya hanya mampu diam membisu dalam perkara itu lebih sekali. Saya tahu akhirnya nanti perniagaan web itu, terpaksa ditinggalkan juga.

Terdapat beberapa perkara yang terjadi yang tidak saya sangka sama sekali tetapi terbukti perlu diberikan perhatian. Pertama, serangan kumpulan pemantau sukarelawan Yahudi. Kumpulan ini telah menghubungi ISP laman web orang-orang Islam dan khususnya mereka yang memberikan gambaran menyebelahi pihak Palestin dan memberitahu mereka betapa laman web itu adalah tapak yang memajukan ‘keganasan’. Tindakan mereka itu merupakan satu penipuan yang sungguh bijak rencananya. Kumpulan-kumpulan itu memang begitu rapi susunannya dan memerikan latihan kepada mereka yang menyokong akan tatacara apa yang perlu disebut serta cara menyebutnya. Mereka bertanggungjawab kepada proses penutupan banyak laman web. Syarikat pemaju web saya adalah juga ISP saya dan ini memberikan kami sedikit pelindungan di tahap awal. Namun, tidak lama kemudian mereka mula menyerang syarikat di mana kami membeli jalur-lebar (bandwidth) tersebut membuatkan kami terpaksa memindahkan pelayan (server) kami. Kami telah melakukan tiga lagi perubahan fizikal untuk mengalih kemudahan tapak pada tahun berikutnya disebabkan taktik mereka yang memalukan itu. Alhamdullilah kerana kami memiliki pasukan pakar yang merencana satu kaedah memindahkan pelayan kami dan DNS yang menyebabkan masa tergendala (downtime) hanya setakat dua jam sahaja. Kami tidak ada kena-mengena dengan promosi ‘keganasan’, kami menyiarkan berita daripada kedua-dua pihak selalunya daripada sumber pihak ketiga dan kami mengikuti undang-undang. Saya tidak lagi takut dengan taktik peras-ugut mereka.

Ada satu perkara yang mengejutkan saya tentang cara serangan yang dibuat oleh media Islam yang masih ada. Sebetulnya saya terkejut dengan gelagat ini kerana ia memang ternyata amat bercanggah dengan apa yang saya faham mengenai Islam, lagipun kami memang memanjangkan berita mereka. Sebagai satu syarikat baru, saya pernah membayangkan kesediaan memanjangkan kepakaran dan pengetahuan saya untuk kebaikan penerbitan Islam secara menyeluruh. Malahan saya pernah menawarkan perkongsian untuk menikmati hasil kutipan kami dengan segelintir syarikat Islam itu. Penerbitan Islam hanya merupakan satu golongan kecil yang tidak mampu menyaingi kumpulan yang menyiarkan propaganda untuk menghitamkannya. Kita perlu berurusan laksana satu kumpulan yang berpadu untuk menyediakan satu rangka kerja dalam satu suara. Nampaknya dalam setiap beberapa bulan, jentera berita angin itu akan mencetuskan satu dongengan silih berganti dan ada kalanya ia dilakukan pada ketika yang kritikal seperti semasa kami membuka kedai video dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan perniagaan ‘stream’. Pada ketika kami menerima pesanan, akan muncul lagi beria angin itu yang membuatkan pesanan itu terbengkalai tanpa dibayar. Ada satu pepatah dalam dunia penerbitan yang menyebut tidak ada perkara yang dianggap ‘dakwat buruk’. Berita angin itu menjerut hasil pendapatan kami untuk beberapa minggu, namun ia mencetuskan pencapaian ke laman web dan meningkatkan jumlah pencapaian para pembaca. Begitu juga halnya apabila kami mendapat liputan akhbar perdana – tidak kiralah apakah berita yang mereka tulis itu baik ataupun buruk kepada kami, ia meningkatkan lagi capaian laman web. Namun demikian gelagat penerbitan Islam bertindak menyerang kami memang amat merunsingkan saya.

Ada lagi satu perkara yang memang tidak saya jangkakan ialah sikap ramai orang Islam secara keseluruhannya. Selama beberapa bulan kami telah menerima emel daripada orang Islam yang mengkritik portal kami kerana satu alasan ataupun lebih – daripada ejaan Al-Qaeda hinggalah penggunaan warna merah. Saya telah mendapatkan khidmat beberapa pekerja Islam yang lebih mementingkan duit daripada memberikan khidmat yang sempurna. Ramai yang membuat janji yang tidak tertunai. Apa juga yang kami lakukan, kami tetap dikritik juga. Perkara semacam ini memang boleh dijangkakan kalau anda berurusan dengan orang awam, tetapi kami sudah melepasi halangan begitu. Kami telah menerima banyak pujian dan penghargaan daripada orang-orang bukan-Islam tetapi dicerca oleh kumpulan yang kami cuba wakili. Ini memang merupakan satu kejutan yang menyedihkan saya.

Lewat 2002, kumpulan pemantau Yahudi telah menyerang dengan ganas. Oleh sebab kami telah membuat kesilapan yang tidak sepatutnya, ada satu paparan yang menunjukkan hasil kerja beberapa orang pelanggan di laman web syarikat kami. Dengan kepintaran yang ada pada mereka, maka mereka berjaya mengakses beberapa senarai pelanggan kami. Sudah tentu mereka menyerang syarikat-syarikat aero-angkasa sehingga saya terpaksa menjual aplikasi aero-angkasa itu dengan menanggung kerugian. Akhirnya saya terpaksa menutup syarikat itu semata-mata mahu melindungi para pelanggan saya.

Saya memang menjangkakan keperitannya kerana pernah mengharungi taufan dan badai kehidupan yang lebih besar dalam hidup - lebih banyak daripada yang mampu saya ingati. Namun, setiap sesuatu yang berbaloi dikejar itu akhirnya memerlukan daya ketahanan dan saya telah membuktikan betapa saya adalah serasi dengan cabaran itu. Saya menjangkakan serangan daripada kumpulan ‘patriots’ dan boleh faham motif kumpulan Yahudi itu walaupun saya terpegun juga bagaimana mereka boleh bergerak bebas dengan kerja-kerja semacam itu. Akan tetapi saya masih bingung kenapa kurangnya sokongan daripada masyarakat Islam. Mereka membaca web kami tetapi enggan menyokongnya. Daripada sekitar 9 juta umat Islam di Amerika Utara, saya telah menonjol ke hadapan untuk menyediakan satu wacana dan suara Islam yang bermartabat. Pada tahap awal saya berbuat demikian sebagai seorang yang beragama Islam yang mempunyai perasaan berbaik-sangka untuk mereka sesama manusia dan akhirnya sebagai seorang mukmin, setelah menganut agama yang sama. Inilah yang membuatkan saya tidak dapat memahami perangai mereka. Saya tidak faham bagaimanakah manusia yang bersolat lima kali sehari, dan patuh kepada undang-undang Allah, dan yang dilantik sebagai khalifah di bumi ini, sanggup bertindak sedemikian terhadap sesama penganut Islam. Di situlah kunci rahsia kenapa saya membuat kesilapan.

Bersambung ke Bahagian 8

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light07.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 13.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: