TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 2 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
ejadian yang paling menghampakan saya terjadi pada malam dia (Presiden George Bush) mengumumkan kepada dunia bahawa Amerika mahu menyerang Afghanistan dan “anda perlu membuat pilihan sama ada menyokong kami ataupun menentang kami”. Tindakan Bush itu bukannya laksana menghumban diplomasi keluar jendela tetapi dengan sokongan padu rakyat Amerika, dia sudah mengeluarkan kata-dua (ultimatum) yang berupa ugutan kepada setiap negara di dunia ini yang sebenarnya bermakna “sama ada anda sokong tindakan kami ataupun anda menjadi seteru kami”. Gelagat itu bukan sahaja laksana membuat garisan di atas pasir untuk bergocoh, tetapi ia sememangnya amat berbahaya. Tidak banyak dalam hidup kita ini yang berupa hitam dan putih, tentunya tidak dengan peristiwa 9/11. Namun, yang penting sekali, kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab itu telah menjadi igauan orang ramai. Setiap warga di setiap negara terpaksa membuat pilihan mana satu yang akan disokongnya.

Memang ternyata amat jelas bahawa ada seseorang yang begitu marah terhadap Amerika Syarikat. Kenapa tidak ada sesiapa yang mengemukakan soalan ‘kenapa’? Memang jelas wujudnya satu masalah besar di sesuatu tempat, tetapi kenapa pula Amerika tidak mahu cuba mencari sebab-musababnya dan bagaimana caranya untuk diselesaikan secara aman? Bukankah itu yang dilakukan oleh orang yang waras otaknya? Sebaliknya, sebelum berdepan dengan kenyataan, Amerika sudah mengeluarkan kata-dua kepada dunia, bukan sahaja itu memaparkan keangkuhannya, tetapi secara satu hayunan, gelagat itu mungkin mencetuskan masalah yang lebih besar lagi.

Memang terlalu banyak persoalan mengenai tragedi itu yang masih tidak berjawab. Walaupun saya tidak pernah menonjolkan ‘teori konspirasi’, sekurang-kurangnya sudah berlaku banyak kesilapan yang menjadi penyebab tercetusnya peristiwa yang begitu besar di bumi Amerika Syarikat. Memang tidak ada bukti yang jelas yang mengaitkan Osama bin Laden kepada jenayah itu dan dia juga telah menafikan pembabitannya sejurus kejadian itu. Ramai penduduk dunia Arab tidak percaya apakah dia mempunyai keupayaan menangguhkan kejadian itu. Bagaimana pula selepas kejadian itu Osama bin Laden ditonjolkan dalam akhbar harian sebagai insan yang menunggang unta, menyorok di gua terpencil di Afghanistan, tetapi berkeupayaan melancarkan satu operasi yang begitu sukar dan canggih itu? Persiapan logistiknya sudah ternyata begitu sukar untuk disediakan, apalagi kerja-kerja koordinasi dan pemeriksaan lanjut serta congakan yang perlu dilaksanakan untuk menentukan serangan yang bertali arus. Untuk menghunjam hanya satu menara, sudah memerlukan pengetahuan mendalam akan struktur yang terlibat, perkiraan matematik yang sungguh rumit terhadap tiupan angin, kederasannya dan altitud serta pelbagai lagi perkara lain. Untuk melancarkan perkara itu dalam satu hari sudah tentu memerlukan satu pasukan taktikal yang pintar – tidak memadai ia dilakukan oleh seorang manusia dan segelintir pembantu yang dikatakan di antara pemuda Saudi. Dongeng rasmi dan apa yang sebenarnya telah berlaku, memang sukar boleh dipercayai, apatah lagi dengan gelagat tergesa-gesa mahu menyerang Afghanistan.

Pada malam itu, saya duduk di depan komputer dan menaip perkataan “Osama bin Laden” di lembaran pencarian Google. “Siapa orang ini dan apa yang dia mahu”? Saya masih berada di meja tulis pada pagi hari itu semasa kakitangan pejabat muncul untuk memulakan tugas mereka dan begitulah seterusnya keadaan begitu beberapa bulan yang berikutnya.

KITA AKAN PERASAP LUBANG PERSEMBUNYIAN MEREKA

Jentera propaganda Amerika telah kehilangan keyakinan saya untuk selamanya pada malam itu. Sejak itu, sesiapa juga yang bekerja dengan saya akan memperakuinya, betapa saya menjadi taksub mencari jawapan apa yang sedang berlaku sebenarnya. Pada hari-hari saya memulakan siasatan sendiri itu, saya masih ingat betapa saya duduk pada jam lima pagi, keletihan kerana sibuk mencapai setiap link yang ada, berdepan dengan wajah Osama bin Laden. Tetapi orang ini tidak pun mempunyai wajah seorang pembunuh kejam. Dia bukannya semacam Charles Manson (http://www.charliemanson.com/). Mesti ada sesuatu yang mesti dicungkil lagi.

Saya mulakan menggeledah bahan bacaan dan yang pertama saya jumpa ialah Pengisytiharan Perang 1996 terhadap Amerika yang menjajah dua Tanah Suci. Saya tidak faham apa yang dimaksudkannya apabila dia menulis bahawa darah orang Islam yang terkorban di Palestin, Iraq, Tajkistan, Burma, Kashmir, Assam, Filipina, Fatani, Ogadin, Somalia, Eritheria, Chechnya dan Bosnia Herzegovina. Saya tidak berapa pandai mencari maklumat di komputer. Tetapi saya usahakan juga membaca beberapa peristiwa yang terjadi di Amerika, Eropah dan Timur Tengah. Saya dapati bagaimana beribu—ribu orang Islam mati gara-gara sokongan kerajaan Amerika Syarikat yang berselindung di sebalik kemudahan PBB ataupun sebagai kesan mendiamkan diri secara berpaling ke arah lain. Ini masih di tahap permulaannya.

Banyak laman web orang Islam telah ditutup sejurus 9/11. Selepas berjaya mengesan laman arkib Internet, saya pun mula mengakses laman yang radikal, dan akan mengetahui tuduhan khusus terhadap orang Islam. Kemudian saya mengesannya, dan membuat rujukan terhadap mereka dalam akhbar antarabangsa. Cerita yang didongengkan di Amerika dan Eropah Barat adalah berbeza dengan versi lain sepenuhnya dengan apa yang diketahui oleh Eropah. Versi ini terbit di Timur Tengah dan Asia Tenggara. Lagi banyak saya mencungkil sejarah negara, lebih dahsyat kisah sebenarnya.

Memang ada segelintir laman Islam yang dibuat dengan tulisan Arab (Jawi). Jadi, saya gunakan perisian penterjemahan untuk memahami artikel Arab itu. Saya telah cari apa juga teknik tercanggih untuk mencungkil maklumat yang dapat saya dekati. Saya telah membeli setiap buku yang pernah diterbitkan di England mengenai keganasan Islamiah, Osama bin Laden, Al-Qaeda, Wira Suci dan apa juga yang ada kaitan dan dapat saya beli. Saya mempunyai buku yang dikirim daripada UK sehinggalah ke bahagian selatan Asia Tenggara. Pada waktu yang sama, saya mula mencungkil Dasar Luar Amerika daripada pentadbiran Carter.

Bersambung ke Bahagian 3

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light02.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 08.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: