TAG: Daripada Dedebu Yang Kini Bersinar - 8 drp 11:
Oleh Khadija Abdul Qahar (Dipetik daripada Jihad Unspun)
khirnya tiba juga masa dan ketika bila saya mengalah kerana tidak tahan lagi. JUS telah menghabiskan duit saya dan membuat saya bertindak melepaskannya. Kalau begitulah kerenah masyarakat Islam terhadap saya, mereka boleh memilikinya. Tetapi portal yang saya mulakan itu memang memberikan khidmat yang boleh saya ubah kepada jurusan lain untuk meraih keuntungan. Gelagat masyarakat Islam sebegitu memang memudarkan cahaya agama mereka. Akan tetapi, saya bersyukur kepada Allah, kerana masih ada rencanaNya untuk saya, sehingga tidak semudah itu saya melepaskan agama Islam. Demikianlah, kalau anda sudah menyedari sesuatu itu adalah kebenaran yang sebenarnya dan saya telah faham bahawasanya Islam adalah jawapan manusia ke jalan Allah. Akhirnya Allah telah membolehkan saya melihat betapa lemahnya Ummah itu kerana apabila Islam mereka itu lemah, mereka juga lemah gara-gara kelakuan mereka yang tidak mengamalkan ajaran agama. Islam merupakan satu sistem hidup yang sempurna dan menyeluruh – yang cantik, aman dan penuh keadilannya tetapi kita mesti patuh dan lakukan apa jua yang disyaratkan mengikut perintah Allah (SWT) kalau kita mahu meraih segala kebaikan, menjalankan peranan kepimpinan kita dan menarik orang lain masuk menganuti agama yang sama.

Perkara yang sama tertakluk ke atas diri saya juga. Selama itu saya sudah terlalu sibuk membina portal dan menangkis segala serangan ataupun memikirkan bagaimana mendapatkan wang untuk meneruskan perniagaan, sehingga terlupa untuk mempelajari agama saya. Saya telah menunaikan solat selepas mempelajarinya daripada pita rakaman, dan membaca Al-Quran dengan mata sebelah yang tertutup kerana keletihan dan mengantuk. Waktu kerja yang panjang tidak memberi ruang membacanya di siang hari. Sebenarnya saya berada begitu jauh daripada Islam yang sebenar dan tidak pun menerima latihan praktikal daripada guru yang boleh membantu saya memahami bagaimana caranya hidup dalam Islam. Selama itu saya hanya berinteraksi melalui laman web. Akhirnya timbul kesedaran untuk meneliti masyarakat Islam itu selain agamanya yang menjadikan kesedaran itu satu titik tolak yang amat penting dalam kehidupan saya.

Saya mengambil keputusan meninggalkan tempat tinggal di pergunungan itu untuk pergi belajar di Timur Tengah. Saya mahu mendalami Islam dan mempelajari Bahasa Arab daripada mereka yang benar-benar pakar dan mengetahui agama itu yang sebenarnya. Sejak saya membuat keputusan itu, Allah (SWT) telah membukakan pintu kepada saya dan juga JUS sehinggakan saya terpegun kerana takjub melihatkan kemajuan yang berlaku di luar jangkaan. Di situlah saya melihatnya secara pengalaman sendiri akan kesan kepercayaan yang bulat itu. Allah (SWT) kini mendahului hidup saya ini dan JUS hanya mengambil tempat yang kedua, sambil saya meneruskan pengabdian ke jalanNya. Sambil saya terus mempelajari ajaranNya, semakin banyak pintu yang terbuka secara berterusan untuk saya.

Bolehlah dikatakan di sini betapa saya telah membayar harga yang mahal untuk Islam. Lantas lenyaplah mahligai pergunungan saya dan segala aspirasi sekular yang tersimpan di hati. Lenyaplah segala jamuan makan malam, permainan dan segala ropol-ropol hidup berfoya-foya itu. Sebenarnya semua itu tidak seberapa sahaja berbanding perubahan yang saya lalui. Segala pujian kepada Allah yang telah membimbing saya ke arah yang benar, itulah landasan hidup yang membawa kedamaian dan nilai hidup insani yang tinggi. Allah telah memberikan peluang kepada saya menerima kehormatan untuk berkorban untuknya yang terus memberikan tenaga untuk meneruskan kerja saya.

Memang tidak syak lagi, sejak saya mulakan penyelidikan, apa yang disebut sebagai peperangan mengganyang ‘keganasan” itu adalah satu pembohongan. Ini bukannya peperangan mengganyang ‘keganasan’ - kerana ini adalah peperangan menentang Islam dan segala sumber kita. Sebetulnya, peperangan ini bermula dua dekad dulu, yang berakar umbi di sebalik Dasar Luar Amerika. Gara-gara libasan yang berlaku, kesannya itu telah diputar-belit untuk menyempurnakan apa yang disebut sebagai matlamat sebenar yang dirancang selama itu.

Peperangan Amerika ‘mengganyang keganasan’ sebenarnya mengandungi agenda yang berbeza daripada apa yang kita disuruh mempercayainya dan itulah dia hegemoni dunia sebagai matlamatnya, yang diasaskan secara paksa untuk menguasai bekalan minyak yang diperlukan untuk memacu keseluruhan saga yang dahsyat ini. Walaupun berlaku serangan terhadap agama kita, Islam, setiap hari, sebenarnya Barat tidak ambil pusing apakah orang Islam mendewakan bulan Artemis ataupun apa sahaja. Motif mereka ialah AS dan UK sudah mula merasakan kekurangan bekalan hidrokarbon. Pada 2010 nanti, dunia Islam akan menguasai sebanyak 60% pengeluaran minyak dunia, dan yang lebih penting lagi 95% simpanan minyak yang perlu untuk dieksport.

Kita sudah pun disedarkan kepada satu rencana besar (blueprint) terhadap penciptaan Pax Americana di peringkat global yang dirancang oleh Dick Cheyney (Naib Presiden Amerika), Donald Rumsfeld (Setiausaha Pertahanan), Paul Wolfowitz (Timbalan Rumsfeld), Jeb Bush (adik lelaki George Bush Jr) dan Lewis Libby (Ketua Kakitangan Cheyney). Dengan menggunakan tajuk “Rebuildig America’s Defenses” (Membina Semula Pertahanan Amerika), dokumen yang belum menjadi termasyhur itu telah ditulis pada September 2000 oleh ‘Project for the New American Century’ (PNAC) dan menjelaskan bagaimana kabinet Bush bercadang mengambil-alih secara menggunakan kuasa tentera rantau Teluk sebelum meledaknya peristiwa 9/11. ‘Blueprint’ itu turut menyatakan bahawa proses menjadikan AS ‘sebagai satu kuasa dominan masa depan’ berkemungkinan mengambil masa seandainya tidak ada ‘satu suasana yang mencetuskan huru-hara – seperti Pearl Harbour yang baru’.

Memang jelas sudah betapa pihak bertanggungjawab AS tidak berbuat apa-apa untuk menghalang terjadinya 9/11. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa sekurang-kurangnya 11 negara telah memberikan amaran awal kepada AS. Malahan, 9/11 telah memberikan satu ruang untuk Amerika melaksanakan rencana busuk mereka. Demikianlah yang dapat dilihat akan kerja-kerja PNAC yang melibatkan tindakan ketenteraan terhadap Afghanistan dan Iraq yang memang sudah lama dirancang sebelum kejadian 9/11 itu.

Setakat Julai 2001, kerajaan AS telah melihat bahawa rejim Taliban sebagai sumber kestabilan di Asia Tengah yang membolehkan pembinaan saluran paip hidrokarbon daripada telaga gas dan minyak di Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, melalui Afghanistan, dan Pakistan untuk disalurkan ke Lautan Hindi. Kumpulan Taliban merupakan satu-satunya kerajaan tunggal yang mampu menentukan kedamaian dan kestabilan kepada Afghanistan selama lebih dua dekad. Apabila Taliban enggan menerima syarat Amerika Syarikat, wakil Amerika telah memberi kata-dua kepada mereka: “sama ada anda menerima tawaran kami yang merupakan permaidani emas, ataupun kami tanam kamu di bawah permaidani bom”. Itulah yang mereka lakukan dengan kelentungan kerana Afghanistan telah melindungi Osama bin Laden dan Amerika mahu ‘membebaskan’ rakyat Afghanistan.

Inilah yang telah diperjelaskan oleh Osama bin Laden sebagai motif sebenar kenapa dia menepis segala tuduhan terhadapnya melalui kiriman faks kepada Al-Jazeera, sejurus meledaknya peristiwa 11 September, 2001. Beliau telah berkata: “Pada saat ini saya ingin nyatakan bahawa saya tidak melakukan tindakan yang nampaknya dilaksanakan untuk kepentingan Amerika semata-mata.”

Bersambung ke Bahagian 9

Bahan asal dan grafik: Hakcipta © Jihad Unspun
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/ashes2light08.html
Siri 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11

Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN) - 15.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: