Di Sebalik Serbuan BPR ke MPKS..kini MBAS..TK
Oleh Tapai

Pagi ini, sedang saya mula menulis artikel 'Antara Gembira dan Sedih Baca Akhbar Hari Ini', seorang rakan lama bekas KCS (Kedah Civil Servant) tetiba telefon, nak datang jumpa..... Katanya..... saja datang melawat sejak lama tak contact. Sebab tu posting saya agak lewat.

Antara perbualan hari ini, rakan saya menceritakan perihal serbuan BPR ke Majlis Perbandaran Alor Setar (MPKS) yang kini Majlis Bandaraya Alor Setar...Taik Kucing (MBAS...TK). Rupa-rupanya serbuan BPR ada kaitan dengan perlantikan Datuk Bandar (Datuk Yusof Nayan). Telah diketahui umum bahawa Tuanku Sultan sangat sayangkan KCS... itu satu. Dua.... Chop Nayan sangat rapat dengan Man Che Puan iaitu adik kepada Che Puan yang bakal ditabalkan sebagai Sultanah Kedah 10 Januari nanti. Semua kontrak parking di Alor Setar diberikan kepada Man Che Puan.

Menurutnya lagi, Che Puan telah lama lobi Tuanku supaya perkenankan Chop Nayan yang pada waktu itu YDP MPKS supaya dilantik menjadi Datuk Bandar. Ini amat bertentangan dengan kehendak Pak Tuan Syed yang lebih beragendakan politik dengan percubaan menolak seteru-seterunya ke tepi dan memegang jawatan yang tidak mengizinkan mereka bertanding!! Chop Nayan jugak didendami MB kerana serah semua projek pada sorang tokey Cina.... Sheng Li. Inilah satu-satunya orang yang sapu semua kerja-kerja pembinaan jalan, lampu jalan dan Star Walk di bawah kelolaan MPKS ketika itu. Tentulah Chop Nayan ada hoon... MB ada hoon ke tidak.... tidaklah dapat dipastikan!!

Antara tujuan Pak Tuan Syed adalah untuk melantik Man Tok Pin (seterunya) supaya tidak mengganggu gugat untuk menjadi calon di Jerlun. Empat calon teratas dalam senarai yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultan adalah Datuk Rahman Ariffin (Man Tok Pin), Datuk Ismail Shafie (bekas SS), Datuk Omar (bekas SS) dan Tan Sri Osman Aroff (Tok Man Ghaup bekas MB).... dan yang nombor Lima ialah Chop Nayan yang terkebawah sekali dalam senarai.

Adapun setelah dipersembahkan dengan senarai tersebut, Tuanku Sultan secara sinis bertanya apakah calon nombor Lima tidak layak?? Pak Ku Nahar SS menjawap..... LAYAK Tuanku...!! (berani kata tak layak... kang kena buang negeri kott??) Maka terpilihlah Chop Nayan adanya....

Ini membuatkan Pak Tuan Syed fenin lalat seketika!! Lalu muncullah mentol lampu atas kepala Pengkhianat Bangsa dan Bahasa itu (ada ka... dia pi tukaq Alor Setar jadikk Alor Star??) Maka diarahkan BPR menyiasat MPKS bagi memburukkan Chop Nayan supaya tidak boleh dilantik sebagai Datuk Bandar!! Walau bagaimanapun... Pak Tuan Syed sekali lagi terkecewa apabila Tuanku Sultan masuk campur dan meminta supaya BPR Putarjaya tidak mendakwa Chop Nayan. Yang menjadi mangsa ialah akauntan, budak pejabat dan kakitangan MPKS yang lain (bilis je..), malah supervisor projek Star Walk ditahan 4 hari untuk membantu siasatan. Budak ni rapat dengan Chop Nayan tapi tak nak ngaku. Sementalah itu, tokey Sheng Li bergegas membayar wang sogokan kepada Pegawai Tinggi BPR di Putarjaya untuk mendiamkan kes itu. Makanya.... senyaplah hingga ke hari ini. Tak tahulah jika ianya akan muncul kembal macam biskut!! Sekejap ada...sekejap takdak!! Wallahu'alam.

Menurut rakan saya, Tuanku Sultan sering menyelamatkan KSC kerana kasihankan mereka. Mungkin Tuanku dapat melihat.... jerung-jerung besar UMNO di Kedah sering terlepas tetapi ikan bilis seperti KCS sering dimangsakan. Ini adalah campurtangan kedua dalam kes BPR, setelah sekian lama sejak kes Shafie Burung Antu (kes tipu mileage claim). Chop Nayan dikatakan sangat bernasib baik!!

Sebab itulah kita dapat baca di akhbar, wartawan ditengking oleh Pak Tuan Syed bila bertanyakan soal lantikan Chop Nayan sebagai Datuk Bandar!! Pak Tuan Syed sudah resah kiri kanan, ditambah dengan senarai pencalonannya ditolak oleh Pak Lah. Pak Lah mahukan seorang lagi 'bekas exco' yang bermusuh dengan Pak Tuan Syed (dalam barisan Exco Tok Man Ghaup) bertanding..... ini amat-amat tidak dipersetujui oleh Pak Tuan Syed. Bekas Exco ini silap hari bulan boleh jadi MB!!! Tapi namanya terpaksalah saya rahsiakan buat masa ini....

Apapun.....untuk 'Bekas Exco' itu, saya harap Datuk tinggalkan sikap lama selepas peristiwa menyayat hati ke atas keluarga Datuk. Insaflah... jangan jadi macam dulu!! Setakat yang saya kenal Datuk masa mula-mula jadi wakil rakyat... Datuk seorang yang mudah didekati, kerja kuat dan tak ada protokol. Cumanya tegurlah sikit sikap sombong Datin..... Ikhlas nie Datuk.. jangan ambil hati plak!!

Oleh Tapai - 25.12.2003 (dipetik drp Sudut Bincang-bincang Forum M@RHAEN)

MAKLUMAN: Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, sila daftarkan emel anda ke Mailing List M@RHAEN. (klik untuk membaca penerangan berkaitan Mailing List M@RHAEN)

Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: