Antara Gembira dan Sedih Baca Akhbar Hari Ini
Oleh Tapai

Gembira

Nak kata gembira sangat tak juga tapi ada sikit perubahan dengan berita hari ini bila Pak Lah umum untuk tingkatkan pendidikan Agama di sekolah-sekolah. Memang itu yang sepatutnya tapi dipisah dan ditentang sekian lama oleh TKT Mahathir dan para penjilatnya. Apa pun kita harap jangan lah hanya cakap-cakap politik dan mungkin juga Pak Lah tidak melakukannya tanpa mileage politik. Wallahu'alam.

Apa pun...mari kita lihat dari sudut yang positif untuk masa depan anak bangsa dan agama kita. Yang menjadi sedikit kegembiraan ialah kerana sudah terbukti selama ini kerajaan UMNO BN dibawah sang Tun Kepala Taik tidak berusaha kearah perubahan seperti ini, maka benarlah seperti kata PAS!! Terima kasih Pak Lah yang samada sedar atau tidak, telah membuktikannya.....

Sewaktu di sekolah rendah dulu, kami diberikan kelas tambahan untuk belajar jawi, tajwid dan membaca Al-Quran dan saya masih ingat Ustaz Azizi Hj. Abdullah (bekas calon PAS dan sasterawan terkenal) adalah guru saya. Malangnya sejak TKT mengambil alih menerajui negara yang dikatakannya negara Islam ini, pendidikan seperti ini di sekolah kerajaan dipinggirkan terus. Kini diharap Pak Lah dapat mengembalikan semua itu. Bukan kita nak puji Pak Lah...tapi yang baik harus kita akui.....jangan asyik membangkang membuta tuli sampai kita dituduh sebagai pembangkang yang tak ada otak!! Walau pun begitu...yang salah, jangan kita terima dan perlulah kita bersuara!!

Sedih

Sedih dengan berita di dada akhbar hari ini kerana kemalangan menyebabkan ramai yang terkorban. Apa masalahnya kali ini....apakah sikap pemandu atau kereta yang tidak diselenggara dengan baik? Apapun...Toyota Unser bukanlah dalam kategori kereta lama, cumanya ia agak tinggi dibandingkan kelebarannya. Ini boleh menyebabkan tarikan pusat gravitinya semakin lemah jika dipandu laju dan menjadi kurang stabil.

Jika dilihat kepada bagaimana terjadinya kemalangan tersebut....boleh kita simpulkan bahawa kenderaan terbabit (Proton Wira) yang mengorbankan nyawa anggota-anggota TLDM berada di laluannya sendiri tetapi dihempap oleh Toyota Unser dari arah yang bertentangan. Jika dikira hukum adat...perkara ini agak mustahil dengan adanya penghadang jalan yang kukuh di lebuhraya. Tambahan pulak di jalan yang lurus, tetapi itulah ketentuanNya..... Kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit.

Ditambah dengan berita pembunuhan kejam yang berlaku keatas seorang pelajar, Mohamad Hosni Mohamad Amin....saya termenung seketika memikirkan sebegitu teruk nilai kemanusiaan yang ada pada pemuda sekarang, terutamanya bagi pemuda Islam. Sehinggakan tergamak memperlakukan seorang insan seperti binatang, diseksa, dibunuh dan dicampakkan dari kenderaan!! Sifat jembalang apakah yang merasuk mereka ini?? Apakah ini pengaruh dari filem-filem barat yang banyak memaparkan keganasan sebegini?

Diberitakan seorang anak orang kenamaan berpangkat Datuk dipercayai terlibat dalam kumpulan yang melakukan jenayah kejam ini. SEKALI LAGI anak orang kenamaan!! dan begitulah yang sering kita dengar. Khabarnya anak Dato' Nazri Tan Sri Aziz jugak seorang samseng, pemabuk, kaki gaduh dan kaki joli....Kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi?? Semoga kita mendapat ikhtibar dari peristiwa-peristiwa seperti ini dan barang dijauhkan Allah s.w.t. dari perkara semacam ini. Satu kemusykilan....apa yang boleh kerajaan UMNO BN buat???

Oleh Tapai - 25.12.2003 (dipetik drp Sudut Bincang-bincang Forum M@RHAEN)

MAKLUMAN: Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, sila daftarkan emel anda ke Mailing List M@RHAEN. (klik untuk membaca penerangan berkaitan Mailing List M@RHAEN)

Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: