TAG 1592-3:
Rahsia Besar Pengerusi FELCRA, Hamzah Zainuddin, Sudah Terbongkar (Bhgn 3/4)
(The ‘big secret’ of the Chairman of Felcra, Hamzah Zainuddin, revealed) Oleh Raja Petra Kamarudin - 28.04.2004

Hamzah Diarahkan Membayar RM11.206 juta

Pada 8 April 2004, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan perintah agar Hamzah membayar jandanya, Noraini Abdul Rashid sejumlah RM11.20 juta dalam tempoh satu bulan sebagai pampasan penceraian mereka.

Hakim Hassan Basri, berkata jumlah ini merupakan satu pertiga aset Hamzah yang termasuk 21,064,286 saham dalam tiga buah syarikat – Hexagon Holding Berhad (3,013,957 saham), Evermaster Group Berhad (3,496,901 saham) dan Asian Pac Holding Berhad (56,682,000 saham).

Sebagai alternatif, Hamzah dibenarkan membayar bekas isterinya itu sebanyak RM10 juta secara tunai dan gantian kepada saham syarikat. Tambahan lagi, Hamzah diminta menyerahkan kepada Norani dua buah kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya Selangor.

Siapa dia Hamzah Zainuddin?

Hamzah pernah menjadi ketua bahagian Umno Ipoh Barat. Tentu ramai yang sudah lupa bagaimana Hamzah pernah muncul di dalam perbicaraan Anwar, mendakwa bahawa Anwar pernah mencuba memujuk rayu isteri kedua beliau. Semasa perbicaraan itu Hamzah telah mengemukakan satu pita rakaman mengandungi perbualan antara isteri keduanya itu dengan Anwar sebagai bukti menyokong dakwaan beliau.

Sebenarnya ‘suara’ Anwar merupakan suara ciplak yang dibuat-buat oleh seorang pelawak Cina Mualaf (?) yang memang dikenali oleh rakyat Malaysia. Pelawak ini sememangnya pintar dalam meniru gaya dan lentuk suara Samy Vellu, Lim Kheng Yaik, Mohamed Rahmat, Ling Liong Sik, dan ramai orang lain lagi. Beliau pernah mengacarakan ‘TV show’ sendiri di mana dia menunjukkan kemahiran meniru suara pemimpin Malaysia.

Sebenarnya banyak lagi kisah di sebalik episod yang didedahkan di mahkamah. Dalam rakaman itu, suara isteri Hamzah adalah suara yang tulen dan benar. Tetapi 'suara' Anwar di situ adalah mimik suara tiruan dan lenggok yang dilakonkan oleh pelawak yang disebutkan tadi.

Catatan Penterjemah: Kalau pelawak yang dimaksudkan itu ialah Yusof Chong, penterjemah fikir dia bukannya seorang mualaf. Mungkin penulis (Raja Putra) keliru dengan namanya Yusof Chong. Perkataan ‘cong’ pada namanya itu bermaksud tukang karut. Mungkin kawan-kawan lama Yusof (di Pelabuhan Kelang) boleh membetulkan kekeliruan ini. Seingat penterjemah, Yusof pun sudah tidak ada lagi. Mengikut maklumat yang diterima Yusof pun diserang sakit jantung apabila kes mahkamah itu selesai. Ada yang disebut dia telah di'kena'kan untuk mengelak pihak pembela kes Anwar mengeluarkan sapina untuk hadir di mahkamah. Kisah ini (ghaibnya Yusof) seakan-akan kisah bagaimana Jaafar Putih didapati mati secara tidak semena-mena sebaik sahaja keluar dibebaskan oleh tentera Malaysia daripada Bukit Jenalik dalam episod Al-Maunah.

Catatan ini perlu untuk rakaman Sejarah Melayu Moden.

Kenyataan DAP
Gantung Tugas Ketua FELCRA – Kit Siang

Pengerusi DAP dan pemimpin pembangkang di Parlimen, Lim Kit Siang telah meminta kerajaan menggantung tugas Pengerusi FELCRA, Hamzah Zainudin, ekoran pendedahan betapa beliau memiliki puluhan ribu juta ringgit dalam bentuk aset yang tidak disahkan.

Lim berkata: “Kekayaan Hamzah telah menjentik minat masyarakat akan sumbernya, lebih lagi setelah Abdullah Ahmad Badawi berjanji mahu mendirikan satu pentadbiran yang bersih, tidak korup bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

“Saya tidak meminta Abdullah menggantung jawatan Hamzah sebagai pengerusi FELCRA kerana masalah rumah tangganya, tetapi apabila kekayaannya itu telah didedahkan oleh Mahkamah Syariah semasa memutuskan penyelesaiannya.”

Lim juga menyalahkan Bernama kerana cuba menyunting dan menapis laporan akhbar tentang hasil perbicaraan Hamzah oleh Mahkamah Syariah. Menurut Lim, BERNAMA telah menghantar satu nota kepada semua akhbar tempatan sejurus ia mendedahkan laporan mengenai keputusan mahkamah tersebut.

Nota BERNAMA itu berbunyi demikian:

“Harap jangan gunakan (diulang semula – jangan gunakan) berita Bernama mengenai laporan Ipoh bertajuk “Pengerusi FELCRA diperintah membayar pampasan lebih RM11 juta kepada jandanya’

“Ini merupakan satu tindakan campur tangan yang tidak berakhlak terhadap kebebasan akhbar, bertentangan dengan sikap Abdullah Badawi yang mahukan pemimpin Barisan Nasional mengetahui kebenaran.” Kata Lim

Lim meminta BERNAMA mengenal pasti dan menggantung pegawainya yang mengeluarkan arahan agar nota haprak itu diedarkan. Beliau mahukan agensi berita itu mengadakan satu siasatan dan membuat laporan kepada Parlimen sebelum ia memulakan sidangnya yang pertama pada 17 Mei.

Lim turut kesal apabila FELCRA sebagai sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk memelihara keadaan 700,000 peneroka dengan cara penyatuan dan pemulihan semula tanah terbiar – mempunyai sejarah korupsi dan salah guna kuasa.

Ada satu kes mahkamah membabitkan Ketua Pengarah FELCRA yang melibatkan RM40 juta yang merupakan hak milik agensi itu. Begitu juga dengan kes siasatan Badan Pencegah Rasuah melibatkan skandal FELCRA mengenai kontrak palsu mebekalkan baja bernilai RM72 juta.

“Pada 1994, saya pernah suarakan di Parlimen satu senarai salah guna kuasa dan tadbir FELCRA serta urusan projek pembangunannya yang melibatkan penipuan ke atas pekebun kecil FELCRA yang kehilangan hak mereka..”

Kisah yang diterangkan di atas belum lengkap lagi. Akan disiarkan seterusnya banyak lagi cerita yang membabitkan Hamzah Zainuddin.

Akan bersambung ke Bahagian 4 (Akhir).

-Raja Petra Kamarudin - 01.05.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN