TAG 1592-4:
Rahsia Besar Pengerusi FELCRA, Hamzah Zainuddin, Sudah Terbongkar (Bhgn 4)
(The ‘big secret’ of the Chairman of Felcra, Hamzah Zainuddin, revealed) Oleh Raja Petra Kamarudin - 28.04.2004

Kisah Hamzah Seterusnya

Hamzah sudah lama menceraikan isterinya Noraini, yang merupakan seorang wanita yang hidupnya bersahaja, untuk mengahwini seorang wanita muda yang bergaya. Inilah wanita yang dikatakan telah dipujuk rayu oleh Anwar Ibrahim. Sebenarnya Hamzah memperisterikan wanita muda itu sebagai hiasan untuk mengembangkan perniagaan. Lagipun dia sudah tidak selesa dengan isterinya yang pertama kerana memikirkan beliau terlalu bersahaja dan tidak menampakkan selera hidup yang amat diidamkannya.

Selepas itu Hamzah telah memujuk isteri mudanya untuk menarik minat Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan tujuan agar Anwar memberikan kontrak kerajaan padanya. Beliau sudah terlalu yakin yang isteri mudanya akan berjaya untuk memerangkap Anwar.

Akan tetapi, Anwar sudah begitu jelak dengan panggilan telefon yang dibuat bertubi-kali oleh isteri Hamzah sehinggakan beliau memberi arahan agar panggilan beliau disekat dan tidak membenarkan sesiapa dapat menghubunginya. Inilah yang menaikkan kemarahan Hamzah yang kemudiannya menuduh Anwar telah membuat perhubungan sulit dengan isteri beliau dan kemudiannya memberikan kontrak kerajaan kepada syarikat beliau.

Usaha haprak Hamzah tidak mengena. Hamzah bertambah marah dan berikrar mahu membalas dendam terhadap Anwar. Hamzah memang mampu berbuat begitu sehingga merelakan sesiapa menggunakan khidmat isteri mudanya asalkan beliau turut menikmati habuan kewangan darinya.

Cara hidup Hamzah pada masa silam

Hamzah memulakan kerjaya sebagai seorang kontraktor kerajaan pada sekitar 1980-an, kira-kira 20 tahun dahulu. Semasa itu dia mengepalai satu syarikat bernama Justera Sdn. Bhd. Justera merupakan sebuah anak syarikat kepada Construction and Supply House Berhad (CASH). Inilah satu syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur, yang dikepalai oleh Dato Syed Ibrahim, seorang kroni Daim Zainuddin. Semasa Daim menjadi Menteri Kewangan Malaysia, CASH merupakan salah satu syarikat proksi beliau.

Justera telah terlibat dalam apa juga kontrak kerajaan di merata Malaysia, tetapi semua kontrak itu telah gagal. Cara Hamzah berurusan ialah mendapatkan kontrak kerajaan dan menuntut bayaran ‘progress payment’. Sejurus menerima wang kemajuan kerja itu dia akan menghentikan projek kerajaan itu. Antara contoh kegagalan beliau ialah projek Perumahan Jabatan Agama Kedah dan Lebuhraya Gerik. Ini hanya merupakan dua contoh kontrak kerajaan yang memberikan beliau berjuta-juta keuntungan hanya dengan meninggalkan kontraknya.

Akhirnya syarikat beliau disenarai-hitam dan dia sedar tidak lagi mempunyai peluang mendapatkan kontrak kerajaan. Kemudian dia ubah cara kerjanya dengan memberikan sebutharga yang paling murah kepada tender kerajaan. Kemudian dia akan berjumpa pemborong Cina dan menawarkan kesediaan menarik diri daripada tender kerajaan itu dengan balasan wang ringgit juga, daripada mereka.

Dengan cara mengemukakan tender dan menarik semula permohonan itu Hamzah meraih keuntungan sekitar RM500,000 setiap kontrak. Dengan kadar lima hingga sepuluh kontrak setiap bulan, membolehkan beliau mengaut berjuta-juta ringgit dalam ke dalam akaun bank.

Inilah sebabnya beliau memiliki banyak wang sehinggakan mahkamah menganggap layak memutuskan agar Hamzah membayar pampasan sebanyak RM11.206 kepada janda beliau. Wang pampasan sebanyak itu hanya merupakan sedikit sahaja daripada nilai harta karun beliau yang sebenar.

Hamzah jual barangan farmasi haram untuk industri ternakan babi dan ayam

Besar kemungkinannya antara punca keuntungan terbesar yang diusahakan oleh Hamzah ialah dalam penjualan barangan farmasi haram untuk industri khinzir dan ternakan ayam. Inilah cara beliau melakukannya:

Hamzah telah menubuhkan satu syarikat bernama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Syarikat ini kemudiannya, bertindak sebagai pengimport tunggal yang rasmi bagi Rhone Poulenc, sebuah firma Perancis yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Perancis. Sudah tentu James Aw, Pengurus Besar Rhoune Poulenc mempunyai dalam Medik & Kimia 2000 kerana ia juga berfungsi sebagai rakan niaga terlindung (sleeping partner) dalam urusan itu.

Apa perlunya Rhone melantik Medik dan Kimia 2000 sebagai pengimport tunggal? Kenapakah Rhoune Poulenc tidak mampu menjajakan barangan farmasi mereka sendiri?

Sebabnya ialah semua ubatan itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Veterinar.

Ubat dan farmasi tersebut dibawa masuk melalui lapangan terbang Subang dan para pegawai di Subang diberikan sogokan lumayan agar menutup sebelah mata terhadap kemasukan haram segala barangan yang haram itu. Selalunya apabila barangan farmasi tiba di kawasan ternakan, pemeriksaan rapi kerap dilakukan oleh Jabatan Haiwan. Kalaupun pemeriksaan dibuat, pegawai kerajaan itu sudah disogok dengan wang yang lumayan untuk menentukan semua pelanggan Medi and Kimia 2000 tidak terlibat dengan pemeriksaan jabatan tersebut. Kalau terlibat pun, mereka diberikan isyarat terlebih dulu untuk membolehkan mereka memastikan segala barangan haram dikumpulkan dan disorok di tempat yang dikira selamat. Lagipun pegawai tertinggi jabatan veterinar memang sudah puas menerima sogokannya.

Berjuta-juta ringgit telah dikumpulkan melalui cara perniagaan haram ini sepanjang tempoh kegiatannya di teruskan. Apabila orang teratas dalam Jabatan Veterinar bersara akhirnya, Rhone Poulenc dan Medik &Kimia 2000 tidak dapat meneruskan kegiatan haram mereka. Sebagai satu tindakan terakhir mereka telah menyedut keluar dana berjumlah RM1.3 juta dan menutup Medik &Kimia 2000.

Untuk melindungi mereka daripada libasan undang-undang, James Aw dan Hamzah telah memalsukan satu dokumen untuk ditunjukkan kepada ibu pejabat syarikat itu di Perancis betapa wang sejumlah RM1.3 juta itu telah dijamin oleh dua orang yang terlibat. Kemudian, mereka telah menyaman dua individu yang dikatakan memberi jaminan itu sedangkan dua orang itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kegiatan syarikat tersebut. Tetapi James Aw dan Hamzah telah bertindak ganas untuk mengisytiharkan dua orang ‘penjamin’ itu menjadi muflis. Setelah begitu lama mereka menjalankan kegiatan haram dan menambun wang ringgit darinya, James Aw dan Hamzah berjaya menerima bayaran sebanyak RM1.3 juta daripada dua insan yang telah mereka memufliskan.

Sememangnya Hamzah sudah kaya raya sekarang ini. Janda beliau pun boleh diberikan pampasan melebihi RM11 juta untuk menyelesaikan masalah penceraian mereka. Jumlah ini hanya merupakan sebahagian apa yang ada padanya. Tetapi Noraini berpendapat kekayaan Hamzah melebihi jangkaan semua pihak. Cuma dia tidak dapat maklumat yang cukup mengenainya. Ini sebabnya dia memakan masa yang panjang untuk menyaman Hamzah.

Hari ini Hamzah tidak lagi merupakan seseorang yang sukar dikenali. Semua rakyat Malaysia kenal beliau dan kegiatannya. Tidak lain dan tidak bukan dia hanya merupakan seorang konspirator kelas bawahan yang mentohmah Anwar dan menjadi kaya-raya dengan cara mencuri hasil keringat golongan miskin sambil menyogok, menipu dan menjual ubatan palsu kepada industri khinzir dan ayam. Inilah dia musibat yang tidak berjaya menjajakan khidmat isterinya untuk menjebak Anwar Ibrahim sebagai tukaran mendapatkan kontrak kerajaan sebagai habuannya. Tamat

-Raja Petra Kamarudin - 01.05.2004 - Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN