Maklumat Mengenai Koperal Amran Mungkin Salah
Oleh MahaKuda
MAKLUMAT oleh Mat Sepai (“Rahsia Besar” Koperal Amran Yang Ditembak Perompak Kedai Emas) bahawa Koperal Amran Abd. Aziz terlibat dalam penyerbuan ke rumah Anwar Ibrahim pada malam 20 Sepember 1998 mungkin tidak betul.
Amran sebenarnya bertugas sebagai anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang berkhidmat untuk Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Yang pasti anggota UTK yang bertugas bersama Anwar tidak terlibat dalam serbuan peristiwa hitam itu kerana ia dilakukan oleh unit lain, untuk mengelakkan percanggahan kepentingan / konflik.
Jadi maklumat bahawa Amran terlibat diragui.
Harap dapat pengesahan daripada pembaca lain.
Mahakuda - 18.08.2004 9.45 pg (suntingan M@RHAEN)
![]()