Rahsia Besar” Koperal Amran Yang Ditembak Perompak Kedai Emas
Kiriman: Mat Sepai


Koperal Amran Abd. Aziz, 32, yang cedera di pipi kanan setelah ditembak penjenayah dalam rompakan kedai emas di Endah Street, Sri Petaling pada Jumaat lepas (13.8.04) tentulah dianggap “wira” polis. Diberitakan beliau bersama 7 rakannya daripada Unit Tindakan Cepat (UTC) berjaya menembak mati 5 penjenayah terbabit dalam kejadian berbalas tembak.

Rupa-rupanya, ada “kisah menarik” di belakang tabir tentang anggota polis ini. Tidak ramai antara kita mengetahui, bahawa Amran salah seorang anggota UTC yang terlibat dalam “Tragedi Hitam- 20 September 1998.” Iaitu peristiwa pencerobohan pihak polis daripada unit UTC ke kediaman DS Anwar Ibrahim.

Tindakan polis ala samseng, bertopeng dan bersenjata dengan memecah masuk kediaman DS Anwar ketika beliau mengadakan sidang akhbar di rumahnya tetap terpahat di ingatan para reformis. Bermula pada malam jahanam itulah, Anwar dibawa ke lokap polis Bukit Aman dan dibelasah Rahim si bapa anjing.

Amran salah seorang budak suruhan Rahim si bapa anjing ketika itu, berasal dari Kampung Mengkuang Semarak, Permatang Pauh. Merupakan bekas pelajar Sek. Men. Keb. Penanti.

Beberapa orang penduduk kampung Mengkuang yang ditemui mengesahkan penglibatan Amran dalam serbuan polis pada malam 20 September itu.

Menurut mereka, kejadian itu diceritakan sendiri oleh Amran ketika pulang bercuti ke kampung Mengkuang selepas selesai operasi tersebut. Jelas mereka lagi, Amran dengan perasaan bangganya juga mengaku dialah yang bertanggung jawab memecahkan pintu kediaman DS Anwar pada malam tersebut.

“Kami juga mendapat arahan untuk menembak sesiapa sahaja yang melawan pada malam itu,” ceritanya dengan bangga.

“Kalau Anwar melawan?” soal salah seorang penduduk.

“Tak kira siapa, dia juga akan kami tembak.” Jelasnya angkuh.

Selepas terbongkar kisah itu, Amran telah dipulaukan penduduk Mengkuang Semarak yang majoritinya penyokong BA.

Keangkuhan Amran dan anggota polis yang semazhab dengannya, Allah boleh beri balasan dan peringatan dengan pelbagai cara. Apakah peristiwa ditembak perompak itu sebagai amaran awal Allah terhadapnya?
 

Amran ketika dirawat di hospital

Gambar Arkib…. Suasana ketika serbuan polis pada malam 20 September 1998 di kediaman DS Anwar 
Kiriman: Mat Sepai - 16.08.2004  

Hantar artikel ini kpd sahabat: