Islam Hadhari Dan ‘Gencok’ Hadhari
Konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Tuan Guru Dollah Badawi sejak mula diperkenalkan semakin bercelaru. Dulu ada Ghazal Parti Kepala Batas, sekarang ini ada pula Sarkas Kepala Batas. Gencok adalah sebutan dialek utara berhubung tarian, para pemain Ghazal Parti suka bergencok (menari) dan sekarang ahli Kumpulan Sarkas Kepala Batas juga bergencok dengan irama Padang Pasir (Hadhari) yang disesuaikan mengikut cita rasa yang disukai ramai, “Ya gamil ya gamil li ya gamil,’ala hubbakh lidalil, manakhaiyyir albimin, yam hayar albima’ad, yam ghayyir fikhrirrawarad… , kata tuan guru mereka, mari kita bergencok .(memetik senikata popular nyanyian Ghazal Parti Kepala Batas, di bawah pimpinan Ustaz Ramli Sarif dan Idris Saidi pada tahun-tahun 1970-an dulu, satu nostalgia)

Konsep Islam Hadhari ini diperkenalkan berbetulan setelah PAS mengemukakan Gagasan Negara Islam. Bermula di Putarjaya ianya dibawa ke Kelantan dan Terengganu. Di sana ia diperkenalkan di bawah Program “Islam Hadhari Terengganu Bistari” sebelum kehadiran pengundi hantu semasa pilihanturaya ke-11 yang baru lalu.

Jabatan hal Ehwal Khas (JHEK) Kem. Penerangan adalah penggalak utama program tersebut yang mungkin diilhamkan oleh KP Bahagian tersebut Ustaz “UMNO” Nakhaei Ahmad, dari resolusi Persidangan Muntaqa suatu ketika dulu. Memetik tulisan Ummu Solehah melalui laman ini (Islam Hadhari Hanya Teori), satu lagi rhetoric puak Ameno yang tidak dapat dilaksanakan hanya momokan setelah PAS mewar-warkan gagasan Negara Islam melalui Dokumen Negara Islam pada penghujung tahun 2003 yang lalu.

Sesungguhnya pengenalan konsep ini tidak juga difahami oleh para pendokong ameno sendiri dan menjadi bahan sindiran di kalangan mereka. Apa lagi golongan yang buta hatinya. Nampaknya apa yang diperkenalkan ini tidak ikhlas dan berniat buruk untuk mengelirukan masyarakat marhaen serta memperlekehkan Kerajaan Islam PAS Terengganu seperti kata Pengarah JHEK Terengganu yang diwawancara melalui Bicara Islam, SPM 11/4/04 TV1 bahawa pengenalan konsep ini tidak salah dan tidak bercanggah kerana “PAS memberi satu label yang lucu dengan mengisytiharkan Negeri Islam Terengganu selepas PRU 1999” dan menolak semua aspek lain (beliau merujuk kepada Kerajaan BN dulu) sebagai tidak Islam. Soalnya betulkah apa yang diperkatakannya.

Pengenalan konsep ini membawa kepada keraguan kepada masyarakat, dengan ruang yang tertutup Gagasan Negara Islam tidak dapat disampaikan secara total kepada. Masyarakat seperti dahulu; di bawah pokok buluh, di padang terbuka dan sebagainya. Serangan media kerajaan yang bertalu-talu menutup maklumat sebenar berkaitan Pelaksanaan  Hukum Hudud dan sebagainya yang dibawa oleh PAS. Dan akhirnya faktor inilah dilihat oleh para penganalisis sebagai faktor kejatuhan Kerajaan Islam Terengganu di samping kecelaruan daftar pemilih dan kewujudan pengundi hantu yang dipelopori oleh SUPIR(SPR). Seperti kata YB Ir. Amiruddin Hamzah (ADUN Anak Bukit, Kedah), “selepas tahun 1999 semua saluran maklumat ditutup, kita tidak boleh lagi berceramah di bawah pokok buluh”. Memang kita tidak menafikan kewujudan pengundi hantu ini tetapi kecapaian maklumat yang rendah kepada masyarakat marhaen yang tidak berinternet berkaitan Gagasan Negara Islam (GNI) PAS juga menyumbang kepada keraguan pengundi atas pagar untuk menyokong PAS termasuk para pengundi PAS sendiri.

Golongan atas pagar akan beralih pendirian pada saat akhir tambahan pula “undi bukan lagi rahsia” dengan penggunaan nombor siri, kamera dan sebagainya. Mereka telah berjaya membahagi dan menghenyak pemikiran rakyat kepada dua bahagian, satu memikirkan tentang Islam Fundamental dan satu lagi Islam Moden. Dengan berbagai gula-gula yang ditabur rakyat ragu adakah Islam yang dibawa oleh PAS berbeza dengan Islam yang dibawa oleh Ameno. Ini adalah strategi menggunakan psikologi dan strategi perang saraf! Inilah yang sedang ditanam di dalam pemikiran anak-anak muda di bawah PKN seluruh negara, bahawa PAS tidak baik, kuno dan sebagainya. Dan hasilnya lihatlah belum pun tamat program ini telah menjadi kacau bilau kerana ianya tidak dilaksanakan secara ikhlas dan mengambil modul yang dikawal oleh syariat; tiada program Sembahyang Berjemaah, pergaulan bebas dan sebagainya, yang dibawa setelah Islam disesuaikan secara ‘hadhari”. Keraguan ini bukan sahaja berjaya diwujudkan di kalangan masyarakat Islam tetapi juga di kalangan masyarakat bukan Islam. Anak kecil seawal 7 tahun juga bertanya apakah selama ini tidak Islam? Apek tua bertanya, ada Islam baru pulak?

Bukti kecelaruan dan betapa dungunya pengikut Islam Hadhari ini boleh dilihat melalui Segmen Forum Bicara Islam, Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1, Ahad 11/4/04 jam 8.00 pagi  di bawah Kementerian Kadiag ‘Bow’ dan Zam ‘mamak’ Maideen. Seperti kata Marhaenmuda “jemput Prof. Madya Abd. Razak Mohaideen buat filem Mami Jarum Sequel, ambil 2 mamak ini jadi pelakon”, pasti box office. (Kabinet Haram Dolah Ubai, Ulul Amri Haram)

Ahli Panel yang dijemput adalah Pengarah JHEK. Dalam forum tersebut seperti biasa dibuka soalan kepada pemanggil melalui telefon. Semua yang bertanya tidak menyokong apa yang dikatakan oleh ahli panel tersebut. 100% penyoal diberitakan anak Terengganu dan akhirnya segmen tersebut ditamatkan secara tiba-tiba “kununnya” untuk memberi laluan kepada segmen Sarawak, apa yang nyata adalah untuk menutup segala kelemahan mereka yang dipancarkan ke seluruh negara secara langsung. Tiba-tiba sahaja dihidangkan dengan nyanyian dan gencok (tarian) dari Kumpulan The Queen dari Singapura, yang pernah popular pada tahun 1980-an lalu. Isi nyanyian berkisar kepada hubungan cinta anak muda, inikah ‘hadhari’, nasib baik tak dimainkan lagu dari ‘Kak Yah Kari’ (Mariah Carey). Tahniah kepada pengendali segmen selingan… buat-buat atau sengaja? Baguih senikata tu “"jika kau punya teman jangan khayal dulu... jangan sampai engkau gigit jari". Mungkin ahli Panel peminat setia penyanyi tersebut.

Lihatlah (3) soalan yang diutarakan oleh pemanggil melalui telefon berkaitan topik yang dibicarakan, dan lihatlah pula jawapan dari penganut Islam Hadhari (ahli panel) tersebut:-

Soalan(1) – Dari Puan Noor, Kuala Terengganu
Beliau menyokong apa sahaja yang dibuat melalui usaha-usaha memartabatkan Islam di Malaysia. Beliau bertanya berkaitan ‘satu pihak cuba mengetengahkan Islam Hadhari, manakala satu pihak lagi menyuburkan budaya Hedonisme di kalangan anak muda contohnya penajaan konsert, hiburan DBP.
Jawapan hadhari:
“Islam hadhari merujuk kepada. syariat, apa-apa saja yang dapat membangunkan masyarakat hendaklah diteruskan dan apa sahaja yang tidak membangun hendaklah dihentikan dan disesuaikan” (~lihat ada pengertian penyesuaian kepada perkembangan semasa) dan “agama tidak anti hiburan, seni, dan budaya. Hiburan dalam agama pun ada, mungkin menari juga tidak dibolehkan dalam Islam (?), hiburan maksudnya luas, semasa saya bersekolah dahulu saya baca buku Bahasa Arab dan melihat gambar tarian dalam Islam, dan tarian ini diterima oleh masyarakat Terengganu…”

Soalan(2) – Dari Pemanggil 2, Terengganu
Beliau bertanya berkenaan komponen-komponen Islam hadhari
Jawapan hadhari:
“Aqidah adalah pokok utama / komponen utama, sebagai contoh Barat maju tidak boleh panggil Islam”, jawapan terhenti dengan ngomelan pengerusi panel, sebagai burung jampuk, interrupt jawapan tersebut

Soalan(3) – Dari Pemanggil 3, Terengganu
Beliau mengatakan kaedah perlaksanaan (Islam hadhari) mesti bersih, sedangkan kerajaan yang ada sekarang  naik secara pengundi hantu. Camana nak bersih. Beliau menyanggah pendapat ahli panel berkaitan ‘tidak ada kemajuan selama PAS memerintah “dengan memberi contoh kejayaan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri, pendidikan dan sebagainya. di bawah pemerintahan PAS, yang cemerlang dan baik pendidikan

(akhirnya soalan tenggelam dengan ngomelan Burung jampuk dan sayup-sayup terdengar suara pemanggil menyebut “buatlah camana pun Allah maha mengetahui”, panggilan diputuskan)~tahniah kepada pemanggil ini

Jawapan hadhari:
“Saya tak payah ulas,benda ini akan diwartakan dan nanti mahkamah akan tentukan, dulu semua aspek, diketepikan walaupun  tidak menolak & menafikan contohnya  melabelkan yang lain tidak Islam. Label lucu selepas 1999 adalah PAS mengisytiharkan Terengganu sebagai Negara Islam. Saya  tidak nafi kemajuan yang dicapai tapi kejayaan adalah hasil dari penumpuan yang diberi oleh kerajaan pusat melalui dana khas yang cukup oleh Kementerian Pendidikan….”

Kata Burung Jampuk “kita berehat sebentar dan kembali dengan segmen yang lain” (~dihidangkan dengan nyanyian dan gencok Hadhari, bagi menutup kelemahan)

hjlabu - 11.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN