 |
.... |
Patriotik
Retorik ... getik beno teman ...
Oleh:
Tupai Rambo |
".... Ia menunjukkan
betapa rakyat Malaysia menerima Jalur Gemilang sebagai simbol negara dan
masing-masing berlumba untuk menunjukkan betapa mereka menghargai simbol
negara kita. Ini satu petanda baik kerana rakyat kita begitu patriotik
sekali," kata Madey di Ipoh ketika merasmikan Perhimpunan Ketua-Ketua
Darjah Sekolah-Sekolah Malaysia pada 25 Ogos 2001.
Huh ...! Bendera terbesar di dunia.
Berukuran 159m x 108m. Kembang hidung Madey memuji sakan. Patriotik sungguh
bebudak dan cikgu sekolah di Ipoh ni. Menurut MHI pagi tadi, lebih RM65,000.00
dibelanjakan untuk menyiapkan bendera terbesar itu. Berat pulak tu ...
3 tan ... loripun boleh pancit tayar. Penyiapan bendera itu memakan masa
selama 19 hari sahaja.
Ketika kerja-kerja menjahit bendera
itu dilakukan, sumpah seranah kepada jembalang Madey tak henti-henti keluar
dari mulut cikgu dan pelajar. Celaka betui Madey ni. Tapi apakan daya,
tekanan yang diterima daripada pimpinan pendidikan negeri dan pusat
tidak daya untuk ditepis. Kang tak pasai-pasai kena tukar ke ceruk. Sambil
buat kerja, perut kenyang dijamu. Sebab itu 19 hari boleh siap bendera
yang dihajati. Patriotikkah mereka ...?
Komen Madey ... beliau sangat gembira
dan bangga dengan semangat patriotik pelajar. Patriotik mendenya .... cuba
jangan bagi peruntukan ... alamat tak siaplah hajat dicita. Sanggupkah
cikgu dan pelajar mengeluarkan wang sendiri sebanyak itu semata-mata untuk
menghasilkan bendera terbesar di dunia. Pirrrahhhh ... kalau tak bagi peruntukan,
jangan haraplah ... usahkan bendera besar ... bendera seposenpun tak halal
untuk dibeli.
Tidak cukup dengan bendera, pada
hari yang sama ditambah dengan satu lagi rekod dipecah. Persembahan orkestra
terbesar dunia dengan melibatkan 312 pelajar Daerah Kinta. Seminggu bermalam
raptai di Hotel Majestic. Makan tanggung berak pam ... Seronok bebudak
tu dapat tinggal di hotel, walhal rumah di sekitaran hotel itu sahaja.
Tapi demi Madey bebudak tu pada masa ini adalah raja yang mesti dilayan
.... dah selesai majlis nanti, lantak demeler ...
Di awal raptai, pelajar dan guru
dijanjikan akan menerima t-shirt berkolar sehelai seorang, elaun RM2.00
sehari dan sijil penyertaan bertandatangan pengarah. Di samping itu mereka
juga disediakan makan dan tempat tinggal. Tidak sabar-sabar pelajar menantikan
t-shirt free untuk kenangan bila balik kampung nanti. Boleh dipakai ke
hulu ke hilir ke darat ke baruh. Buat raptai cukup hebat, maklumlah habuan
dijanji ada menanti.
Setelah t-shirt diagih diberi, muka
sedih tanpa lonjakkan di awal raptai. Mungkin mereka membayangkan t-shirt
yang hebat ... tapi rupa-rupanya memang hebat. Kainnya yang berkualiti
bertambah segak dengan pameran gambar Madey di belakangnya. Amat berdisiplin
pelajar ini. Tidak seperti selalu berebut-rebut memilih barang free. Tahniah
Madey kerana berjaya mendisiplinkan pelajar ini.
Sehari selepas majlis berlangsung,
terdapat beberapa helai t-shirt tersadai di longkang-longkang sekeliling
dewan. Di bawah pokok sehelai t-shirt kotor dengan kesan-kesan kuah dan
nasi dijumpai pekerja. Mungkin sebagai pengelap tangan sebab air terlalu
jauh. Ketika dibuka tong-tong sampah untuk membuang sisa-sisa makanan,
juga terdapat t-shirt Madey tersengeh berbau haprak.
Betulkah pelajar-pelajar ini patriotik
... kalau betul mereka patriotik, kenapa mereka tidak menghargai pemberian
Madey ... pemberian seorang haprak.
Pelajar pulang gundah gulana ...
mana dia elaun RM2.00 sehari ... patutnya dapat RM10.00 ... guru pengiring
jenuh menepis ... tapi mereka sampai juga ke ceruk rantau ... mak minta
tolong ambil kain buruk lap meja ... tapi t-shrit Madey putih merelip diguna
lap meja ... harap-harap nanti Madey jadi tak betul ... tiap-tiap hari
pi Pekan Rabu lap mana-mana yang patut ... he he he
Hei jembalang angin, jembalang tanah,
seru Madey siang dan malam,
Madey haprak punya kerenah,
rakyat benci buat-buat tak faham.
Tupai Rambo
26 Ogos 2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
|