.... JG ... Pelajar Mangsa Terbaru
Oleh: Tupai Rambo

".... inilah masanya untuk kita menaikkan satu bendera - Jalur Gemilang, menyanyikan satu lagu - Negaraku, untuk satu negara - Malaysia. Inilah masanya untuk kita mengenepikan perbezaan fahaman kita dan bersatu merayakan Hari Merdeka ..." - Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir 
 
Fuihhhhhhh ... Madey nak tengak 15 juta bendera di jalan raya. Banyaknyaaa ... Ahli UMCINO dikatakan hampir tiga juta. Setiap ahli ada lima kenderaan. Pasang kat semua kenderaan ... tentu dapat 15 juta.
 
Teringat aku tahun 1997 dan 1998. Waktu itu teringin benar aku nak kibarkan bendera di kereta buruk aku ... kat luar rumah sewaku ... bahkan di sudut meja tulisku. Tapi waktu itu susah sangat nak dapat bendera ni. Bendera Jalur Gemilang. Bangga aku pada waktu itu ... siap puji sakan Madey haprak ni sebab bagi nama JG. Nyesal aku memujinya ...
 
Tapi aku terus mencari dan mencari. Nak dapat free memang tak dapat. Siapalah aku yang layak dapat free bendera tu. Aku terpaksa pergi ke banyak kedai untuk mendapatkan bendera tersebut. JG sudah habis. Bendera Perakpun sudah habis. Bendera Perlis adalah. Jadilah ... Perlispun Perlislah ... janji ada. RM5.00 weiiii ... Aku tanya bila boleh dapat JG ... minggu depan mungkin ada. Seminggu datang lagi ... RM6.00 pula ... selamattt... tapi aku puashati ... hajat di hati tercapai sudah. 
 
Selepas Madey membuat honar, memecat DSAI tanpa bukti benar, bendera yang kulipat renyuk tersimpan di almari usang. Selagi namanya JG, selagi itu tiada hasratku untuk mengibarkannya dengan rela. JG itu adalah sinonim Madey haprak.
 
Hari ini JG diberi percuma. Tak payah minta ... pergi sahaja ke Pejabat Penerangan atau mana-mana majlis patriotik tentu dapat ... minta satu diberi sepuluh. Lebih mudah kalau singgah membeli petrol atau diesel di mana-mana stesen minyak Petronas dan Caltex. Tak payah minta ... dah dihulur. Mula-mula pump attendant tolong lekatkan di cermin depan sebelah kiri pemandu, tetapi sekarang tak berani lagi nak lekatkan sebab kena maki dengan tuan punya kereta ... rosak cermin kereta aku. 
 
Esok lusa bila datang beli minyak dapat lagi bendera free. Tiap-tiap hari dapat bendera, tapi tak nampak kat mana bendera tu dikibarkan. Kesian aku ... JG ... JG ...
 
Rakyat remaja dan dewasa yang telah baligh terasa malu nak kibarkan bendera di khalayak ramaja. Lesu mereka untuk menurut arah. Silap-silap lebih arah, boleh naik 'seh'. Jangan memandai nak paksa mereka. Bila naik 'seh' terjulanglah 'tok sheikh' ...
 
Hanya satu sahaja pilihan yang ada. 15 juta bendera free harus diagihkan kepada rakyat sebelum 31 Ogos 2001. Rakyat dewasa dah tak boleh buat kawan ... hanya boleh buat lawan sahaja. Bebudak sekolah menjadi taruhan. Pelajar sekolah rendah dan menengah  boleh membantu mengibarkan bendera ... tak perlu dilekatkan di kenderaan ... kibar di tanganpun sudah memadai.
 
Di semua sekolah diarahkan menyediakan sekurang-kurangnya satu program patriotik. Paling mudah berarak mengibarkan bendera di jalan-jalan kampung atau di pekan-pekan kecil. Bebudak tadika pula melukis atau mewarna JG. Janji ada program ... kalau tidak boss kena sueeii ...
 
Di peringkat sekolah menengah pula lagi advanced. Siap ada pelancaran oleh Madey sendiri. PERHIMPUNAN PATRIOTIK PEMIMPIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Hari Sabtu, 25 Ogos 2001 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh akan berlangsung perhimpunan tersebut. Perhimpunan julung-julung kali Madey bersama ketua-ketua darjah Malaysia. Hebat juga jadi ketua darjah ni ... Madey respect oooiii ....    
 
Persiapan awal sedang berlangsung. Pagi petang 100 pelajar berbaris berkawat di luar stadium, manakala 300 lagi berokestra di dalam stadium. Penginapan pelajar di Hotel Majestic di tengah Bandaraya Ipoh. Kalau kurang percaya, esok lusa sila lihat sendiri di tempat-tempat berkenaan ... dah lihat bagitahu lekas kat sini ... 
 
Setiap sekolah diwajibkan menghantar 20 pelajar ke perhimpunan itu. Di Perak ada hampir 400 buah sekolah menengah. Berapa ribu weiii ... tak campur dengan guru pengiring, pengetua/wakil pengetua dan negeri-negeri lain. Seronok Madey, ramai yang hadir .... lantak kamulah Madey!
 
Dalam minggu ini pelajar tingkatan lima sedang menduduki peperiksaan SPM, sudah tentu mereka akan terganggu. Pelajar yang diarahkan pergi tentu terbuang masa emasnya. Pelajar yang tinggal pula ketiadaan guru sebab gurunya diarah paksa memberi senyum pada Madey ... Dah nasibmu menjadi pelajar di era Madey ... 
 
Pengetua pula memujuk pelajar dan guru, ... kalau tak pergi, nanti sekolah malu. Biar pelajar malu kerana kandas dalam SPM asalkan pengetua mendapat pujian melangit dari pengarah dan menteri ... manalah tahu kut-kut ada rezeki, adalah peluang naik pangkat ... siol betuiii ...
 
Di pihak guru dan pegawai yang terlibat, inilah masanya boleh claim perjalanan, lojing dan makan. Bukan mudah nak ambil duit claim ni tanpa sebab bersebab. Inipun belum tentu dapat ... kekadang janji kosong sahaja ... dapatlah duit minyak dan sehirup kopi tongkat ali  
 
Difahamkan sebanyak RM800,000.00 peruntukan disalurkan untuk menjayakan perhimpunan ini. Kerajaan Perak menyumbang RM300,000.00. Banyaknyaaa .... tapi mungkin banyak yang terlepas ke kantung kroni ...    
 
Mungkin di tahun mendatang, Madey akan buat perhimpunan bayi Malaysia. Setiap bayi diarahpaksa kibarkan bendera ... kalau tidak anak derhakalah bayi tersebut ...  he he he ..
 
Benderaku sepi diungkap rindu
mendayu jiwa meronta kalbu
JG dinamai tanpa direstu
Madey haprak punya nafsu.
 
 
Tupai Rambo
22 Ogos 2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!