 |
.... |
Puaka
Seranah Untuk Pak Lah
Oleh:
Tupai Rambo |
Pak Lah ... ternyata
aku masih mampu memanggilmu Pak Lah ... bukan kerana aku masih menghormatimu
... bukan kerana aku kagum dengan kedudukanmu sebagai TPM ... tapi kerana
aku masih teringat akan Allahyarham ayahmu ... Ustaz Ahmad Badawi ... itu
sahaja.
Engkau menjadi TPM bukan kerana rakyat
sukakanmu ... kami rakyat dipaksa untuk menerimamu ... paksa dalam luka
... setelah demokrasi diliwati oleh tuanmu ... engkau hanyalah boneka
yang dirompak untuk merompak ... dulu engkau Long Ranger dalam UMNO ...
sekarang engkau malaun merempat di sisi Melayu ... apalah ertinya UMNO
tanpa Melayu ...
Pak Lah ... simpati aku buatmu ...
simpati yang telah luput tanpa mahu dikenang bila bermulanya ... aku kecewa
yang amat sangat ... kecewa sehingga tiada lagi ruang maaf untukmu ...
engkau anak yang memalukan Allahyarham ayahmu sendiri ...engkau puaka belaan
...
Sedikit harapan telah aku pertaruhkan
atas bahumu ... harapan untuk membuktikan yang engkau unggul bersama rakyat
... tapi engkau hanya unggul di sisi tuanmu ... walaupun mungkin lehermu
akan dijerut dicekik diterajang ... umpama sampah berulat berbangkai berlangau
... dan harapan yang sedikit itu ternyata tiadakan kesampaian buat aku
...
ISA ... Ikut Suka Aku ... sememangnya
engkau puaka belaan yang hebat ... berpadu nafsu serakah bersama tuan puakamu
... menyimpan penunggu di Kamunting ... dengan harapan suatu hari nanti
boleh menjadi hantu untuk berkawan nafsu dengan tuan puakamu ... tapi terfikirkah
engkau yang penunggu itu adalah keramat yang sedikit demi sebanyak sedang
menghakis kuasa puaka UMNO ... puaka tanpa berani bersuaka.
Hari ini engkau buat hal lagi ...
dengan bangga dan angkuh engkau berkata ramai lagi yang akan ditangkap
diISAkan ... engkau berharap kami meronta meraung berhimpun memerangi puaka
... tapi kami bukan hantu seperti engkau ... kalau kami meraung berhiba,
tiada beza kami dengan engkau ... kami akan berpadu di hati penuh sabar
menanti 2004 ...
Engkau terlalu berharap agar Pilihanraya
2004 tidak menjadi kenyataan ... sekiranya terjadi tiada cukup tanah untuk
engkau dan tuan puakamu berlari ... kami akan hambat dan yang pasti engkau
dan puaka-puaka yang lain tersungkur semput tanpa sempat melangkah setapak
...
Jangan harap kami melatah kerana
kami sedar kami akan diratah ... amukkan melatah kami hanya akan menggembirakan
engkau dan tuan puakamu ... menjadi alasan untuk tidak mengadakan Pilihanraya
2004.
Kami akan sentiasa sabar menanti
2004 ... tangkaplah kami seramai mungkin ... supaya kami boleh berkampung
di Kamunting ... dan kami yakin dan penuh yakin, insyaAllah sebelum 2004,
engkau yang terlesing dalam permainan pusing-pusing tuan puakamu ...
Huaaaa ... ha ... ha ... ha ... Akulah
Madey ... Madey puaka ...dan Pak Lah pula puaka barua ...
Tupai Rambo - 6 Ogos 2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
|