 |
.... |
Siapakah
Musang Berbulu Ayam?
Edisi Khas Teluk Kemang
Terbitan
semula (Petikan drp Fitnah E-Umno) |
Sebelum terciptanya
internet, salah satu senjata yang berbisa dalam sebarang kemelut politik
dunia di mana-mana negara sekalipun ialah penggunaan artikel songsang di
akhbar-akhbar, melalui telex dan faks dan juga melalui iklan yang ditaja
ketika diadakan penganjuran perhmpunan ramai. Perhimpunan ramai itu selalunya
berbentuk suka ria ataupun demonstrasi aman.
Di negara yang
sedang membangun seperti di Afrika dan beberapa negara di Asia, 'sermons'
dan juga khutbah digunakan sebagai forum yang sesuai bagi tujuan ini. Selalunya,
khutbah dan forum ini diperbesarkan lagi pengaruhnya dengan mencetaknya
pula di akhbar pilihan yang memang ditaja oleh penganjurnya.
Amerika sebagai
'The Global Policeman' memang memainkan banyak peranan dalam segala rupa-bentuk
aktiviti ini. Kekuatan Amerika itu terletak pada beberapa aspek penggunaan
infrastruktur pengurusan (management infrastructure) yang tidak mudah diperdapatkan
oleh segelintir kumpulan melainkan kumpulan itu berupa institusi kerajaan
yang memerintah.
Infrastruktur
pengurusan ini boleh didapati dalam bentuk kemudahan berkomunikasi seperti
stesen radio dan segala alat transmitternya. Kerana itu Amerika ada "Voice
of America", ada 'The Christian Science Monitor', 'Radio Marati ' (dalam
Bahasa Sepanyol) dan beberapa jenis majallah dalam Bahasa Inggeris
seperti 'The Truth' dan sebagainya. Terdapat juga beberapa bentuk institusi
sokongan seperti yang dilakukan oleh The American Express, The Citybank,
The Lincoln Center, Kiwanis, Rotary, The Lion Club, The Freemason dan banyak
lagi yang namanya eloklah dipendamkan sahaja ketika ini.
Penggunaan
Perisik Khas Sebagai Talibarut
Selain daripada
itu wujudnya perisik khas dikenal sebagai The
Active Spy, The Passive Spy dan
The Sleeping Spy. Di antara ketiga-tiga
jenis talibarut itu yang nombor tiga itu amat susah untuk dikesan kerana
ia lama memeram bakatnya sehinggalah ia diarahkan untuk bertugas. Dengan
lain perkataan, tugas seorang 'sleeping spy' adalah laksana satu suis di
dinding. Ia hanya menyalakan lampu apabila dipetik.
Untuk Mengkucar-kacirkan
Keadaan
Sama ada disedari
ataupun tidak, kerajaan BN menggunakan formula yang sama dalam menangani
pergolakan politik di negara ini. Justeru itu tidak hairanlah wujudnya
isu yang digembar-gemburkan sebagaimana yang terjadi dalam dakwaan 'krisis
dalaman PKN' beberapa hari lalu.
Justeru perkembangan
dan kemajuan serta sokongan rakyat terhadap pembangkang kian memuncak BN
mesti mengekang perkembangan ini laksana mengekang kuda daripada melonjak
terlalu jauh daripada kawannya. Ini adalah muslihat politik BN yang nyata
mengeksploit setiap isu termasuk ajaran agama Islam yang suci. Krisis sokongan
yang merudum dalam UMNO terutamanya adalah satu faktor yang merunsingkan
kepimpinan BN hari ini. Apatah lagi apabila rakyat mulai menyedari tembelang
mereka.
Kaedah Pengekangan
Yang Sungguh Efektif
Untuk sekian
lama taktik pengekangan yang difikirkan efektif ialah dengan membuatkan
kerajaan Malaysia berbelanja besar dengan rakusnya. Ini telah dilakukan
oleh Mahathir dengan daya usaha Daim. Daim yang diam sebenarnya sudah diperangkap
oleh para perisik Peranchis yang lebih terkenal dengan panggil 'Le Piscine'
(yang bermaksud Kolamrenang).
Ketika Daim
mula bertapak dalam dunia kommersial dia telah diajak ke Paris untuk berbincang.
Tanpa disedarinya dia telah melakukan beberapa kerja maksiat dengan beberapa
perempuan Peranchis dalam satu masa. Semua aksi itu telah digambarkan dengan
jelasnya. Daim terejebak di situ dan terpaksa akur dengan usaha Peranchis
untuk mendapatkan Bank of Paris (Paribas Bank) yang kemudiannya dijual
kepada MCA dan bertukar nama sebagai Multipurpose Bank.
Kepintaran perisik
Peranchis bukan berakhir di situ sahaja. Marina Mahathir pun terjebak sama
dengan disondol oleh seorang di bidang perhotelan. Apa yang jadi akhirnya
? Mahathir terpaksa masuk campur dan memberikan ruang luas kepada Peranchis
sehinggakan kini Peranchis mendapat peluang yang lebih mulia dan lumayan
daripada Kerajaan British.
Peranchis akhirnya
berjaya mengawal pembabitan Malaysia di seluruh 'Francophone countries'
di dunia ini. Kemuncaknya, Peranchis berjaya mendapatkan kontrak lumayan
untuk melancarkan satellite Malaysia di French Guiyana. Terbeliak mata
Amerika, Spanyol, Jarman, British, China dan Russia.
Reaksi yang
spontan dilaksanakan dengan mengerakkan The Passive Spy dan The
Sleeping Spy. 'The Passive Spy' sebenarnya memang banyak didapati di
kalangan ahli UMNO dan juga ahli keluarga pegawai PTD, terutama sekali
para diplomat kelas bawahan yang lama bertugas di luar negara. Terdapat
juga beberapa kerat insan yang datangnya dariapda golongan istana dan juga
para keluarga Mahathir. Bahkan juga para keluarga kroni dan sahabat rapat.
Mereka inilah yang amat rapat dengan diktator itu dan berjaya mempengaruhinya
sehinggakan dia amat percaya kepada mereka. Sedangkan hakikatnya, para
passive spies ini menerima arahan cukup galak melalui majlis keraian, majils
ke gereja secara mingguan dan majlis harijadi dan perkahwinan. Yang paling
mudah arahan datang ketika bermain golf, jetski di persisiran pantai dan
ketika bersantai. Cukup dulu dengan aktibiti yang jelas ini.
Teknologi
Yang Semakin Canggih
Malaysia adalah
negara pertama di mana kerja kerja perisikan dilakukan melalui internet.
Medium yang paling aktif dan menarik minat ialah Laman Pro-reformasi dan
Laman Forum seperti FGR, Sarawak Today, Malaysiakini dan sebagainya. Perhatikanlah
betapa Laman FGR itu dikendalikan oleh satu kuasa ghaib yang mungkin PW
sendiri tidak sedar. Setiap kali ada sesuatu isu yang sensitif terhadap
UMNO dikeluarkan, ada saja seseorang yang mencetuskan satu isu baru untuk
mengalihkan pandangan peserta Forum itu.
Ini bererti
memang ada saja seorang jembalang yang membuat 'diversion' untuk melunturkan
sesuatu isu yang terpapar di FGR itu. Contoh yang baik ialah isu Sanusi
Junid di KLIA.
Segala taktik
yang dilakukan oleh kuasa besar terhadap Malaysia memang ditiru pula oleh
Diktator Mahathir terhadap rakyatnya. Inilah juga taktik yang digunakan
oleh UMNO terhadap parti pembangkang. Kerana itu, segala jenis media yang
dikendalikan oleh pembangkang mesti dikekang. Segala bentuk alat propaganda
yang boeh digunakan untuk melawan propaganda UMNO mesti diharamkan. Demonstrasi
aman mesti diharamkan. Setiap individu yang berpotensi untuk menggugat
kekuasaan Mahathir mesti dihenyak sampai mereka tidak bernyawa.
Untuk mengendalikan
semua ini Mahathir perlu mengambil pakar daripada 'Mossad' yang mempunyai
paspot dan nama Amerikan untuk bertugas dengannya. Kalau kita tanya orang
Amerikan ini akan asal usul mereka jawapan yan diberikan ialah "Oh, I am
from Nevada, Oregon...dan sebagainya. " Ini adalah satu password sebenarnya.
Demikianlah
caranya Mahathir dikawal oleh kuasa besar. Dia dikawal bukan sahaja oleh
Amerika malahan oleh negara barat yang lain. Di sebalik semua itu Mahathir
memang diawasi gerak-gerinya oleh kumpulan haram Chinese Triad yang berpusat
di Hongkong dan San Francisco. Mereka berjaya menembusi pasukan keselamatan
itu dengan meletakkan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Kerja UMNO.
Taktik Baru
Muncul Kini
Diktator Mahathir
adalah dalam keadaan laksana seekor cacing yang kepanasan. Dia menggelabah.
Hidupnya resah gelisah kerana tidak mampu meletakkan salah seorang anak
kesayangannya di mercu tanda kepimpinan UMNO. Ini adalah tugas Daim. Kerana
itu, bila Marina mengahwini seorang Jawa Hindu, Daim berbelanja besar untuk
menaja majlis berinai dan Tepung Tawar di rumah Toh Puan Mahani Idris.
Dengan cara itu Daim boleh mengawal Hasmah dan Mahathir melalui anak sulung
mereka.
Mahathir memang
mahukan kuasa bererusan kerana itu dia terus memberikan mandat kepada belaci
yang memang terjamin kesetian membuta tuli mereka. Tetapi, Allah maha berkuasa.
Apa yang dilakukan oleh Sanusi Joned adalah di luar jangkaan Mahathir seperti
juga apa yang dilakukan oleh Adnan UMNO di Sanggang. Perkara aib ini berlaku
di ambang sesuatu majlis besar. Esok lusa akan berlaku beberapa kejadian
yang mengaibkan lagi, Insya-Allah. Lihat sahaja apa yang terjadi di Pusat
Serenti Rawang apabila rusuhan besar berlaku. Mereka digerakkan oleh isyarat
yang datang dari langit. Inilah yang merunsingkan diktator tua dan
nyayok itu.
Taktik terbaru
Mahathir kini ialah dengan menonjolkan Abdullah Ahmad ex-Tiga Abdul untuk
memainkan peranan yang sekian lama dilakukan oleh Sanusi Joned. Cuba baca
tulisan Abdullah di Utusan Malaysia. Sesat dan menyesatkan. Songsang sesongsangnya.
Inlah taktik paling baru dan akan digunakan sebagai pelancar roket X2000..
Apa yang dilakukan
oleh diktator Mahathir ialah menggunakan kembali semua Laman Pro-reformasi
untuk mengganyang minda orang Melayu. Contoh yang terbaik ialah surat Ariffinjaka@nawal.com
untuk para reformis berdemonstrasi.
Kita harus berwaspada,
kita semakin berjaya kerana kita selalu berwaspada. Tetapi, kita amat gusar
dengan adanya beberapa kerat 'The Sleeping Spy' dan 'The Passive
Spy' yang sudah pun dikenal pasti sebagai duri dalam daging perjuangan
orang Melayu berjihad. Beberapa insan ini adalah nama besar yang mungkin
dipercayai oleh Wan Azizah dan juga Anwar Ibrahim. Kita tidak boleh berbuat
apa-apa dalam hal ini. Cuma kita perlu berwaspada dan terus berhati-hati.
Kita harus berselindung dibalik ketaqwaan agar perjuangan kita sentiasa
direstui Allah SWT.
Oleh: Kemang
Suasa
31 Mei 2000
bersambung.....
.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|