Malam tadi merupakan malam ke-27 kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di sesetengah tempat malam ini kenduri besar diadakan, di belah utara ni popular dengan "More nasi daging". Bagi orang yang beriman dan beramal soleh mereka merasakan cukup singkat waktu ketika bersama Ramadhan. Tidak seperti di tahun-tahun yang lalu Ramadan kali ini disambut agak sunyi, ini kerana larangan Tazkirah serta ceramah oleh " Kerajaan Islam UMNO". Jika ada tempat -tempat yang cuba juga menganjurkan program Tazkirah maka tindakan yang keras telah diambil seperti mana yang berlaku semalam 11 Dis semalam di Markaz Pas Kawasan Serdang dimana imam Tarawih Ustaz Mashadi telah ditahan untuk soal siasat oleh Jais yang diirngi oleh kira-kira 15 orang anggota Polis di bawah seksyen 12C Jais. Ustaz Barul Amin juga ditahan kembali oleh Anggota Keselamatan Mahatir selepas dibebaskan bersyarat kerana mengimami solat hajat . Itu di Selangor di Pulau Pinang pula
YB Mohamad Sabu juga turut ditahan pada 3 Dis yang lalu, beliau ditahan
selepas memberi ceramah Nuzul Quran.Turut ditahan bersama beliau ialah
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Yb Hamdan Abd Rahman selaku penganjur
dan Ust Othman Ibrahim kerana memberi Tazkirah Ramadhan pada awalnya pi
Markaz Pas Negeri setelah digempor hampir beratus orang anggota keselamatan
Mahathir .Pada 6 Dis
http://www.parti-pas.org/paritbuntar/buletin/berita/taklimat-ceramah.html Di markaz Pas Juru Pulau Pinang Tok Imam Masjid Juru beserta tiga empat orang anggota keselamatan Mahathir telah cuba mengganggu Tazkirah Ust Moin di Markaz Pas Juru. Tok imam yang baru dilantik kejawatan pengerusi JKKK oleh ADUN dari BN yg bukan Islam itu, laksana Abu Jahal cuma menghalang Tazkirah Rasullullah di Bukit Safa', sehinggalah Allah maki Abu Jahal dalam Al-quran dengan "celakalah kedua tangan Abi Lahab" . Begitulah antara contoh peristiwa hitam sepanjang Ramadhan yang hendak meninggalkan kita yang sempat penulis ikuti. Ini menzahirkan lagi sifat munafik yang ada pada Kerajaan Islam UMNO yang bertindak dengan berselindung disebalik jubah Majlis Agama serta anggota keselamatan. Kita hairan dengan sikap Majlis Agama mengapa majlis ilmu seperti Tazkirah amat ditakuti serta diperangai habis- habisan. Pelbagai akta dikenakan antaranya akta 12C Jais bagi mendakwa imam serta Ustaz yang menyampaikan Tazkirah .Sedangakan masih banyak kerja mungkar yang berlaku dibulan Ramadhan dan di luar bulan Ramadhan yang tidak diambil tindakan . Contohnya tarian bogel di The Beach Kl seperti yang didedah dengan meluas dalam Laman-laman web, kenapakah kerja-kerja mungkar ini tidak mendapat perhatian dari pihak Majlis Agama. Tidak adakah peruntukan undang-undang dalam Majlis Agama Islam Malaysia ?? - Tok Perang - 12.12.01
|