 |
.... |
UMNO
Permatang Pauh Yang Kepanasan
(3)
Oleh:
Tok Perang |
Fokus Penyelewengan
Dato Hj Adnan Ramli di Permatang Pauh.
Permatang Pauh 7.11.2001: Prestasi
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kg.Pelet, Dato Adnan Ramli
mula dipersoalkan oleh sebahagian besar Ahli Jawatan Kuasa Masjid, ahli
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK Kg.Pelet) ,ahli UMNO serta penduduk kampong
di kawasan ini. Selain dikatakan dikelilingi oleh penasihat dan ahli-ahli
yang punya kepentingan diri dan kelompok masing-masing, Dato Adnan
didakwa meluluskan tanah lot milik Pertubuhan Peladang Kawasan dimasa beliau
selaku Pengerusi PPK terbabit kepada dirinya sendiri, keluarga serta kroni-kroni
yang menjadi pertikaian.
Ramai ahli-ahli "senior" PPK
yang merasa jauh hati dengan sikap Dato Nan yang langsung tidak melayan
permohonan mereka walaupun mereka orang lama yang mempunyai nombor keahlian
yang kurang dari dua digit. Sesebaliknya tanah lot terbabit dianugerahkan
kepada kroni yang entah bila menjadi ahli PPK. “Sekurang- kurangnya Pak
Nan dahulukanlah permohonan ahli sebelum ‘mengagih-agihkan’ tanah
lot yang terletak dibelakang banggunan PPK itu kepada mereka yang disukainya,
tetapi Pak Nan sekarang sudah tunjuk taring walaupun dia bukan lagi seorang
YB ataupun Ketua Bahagian UMNO,” kata satu sumber.
" Dulu masa nak tubuh PPK mesyuarat
kat rumah makciklah, cawan yang pecah guna masa mesyuarat nak tubuh dulu
tu pun depa tak ganti lagi. Bila la ni PPK dah maju , makcik minta satu
lot tanah yang dijual tu pun Pak Nan tak layan.Bukan makcik minta saja,
makcik nak beli" kata seorang makcik tua yang mendakwa sebagai ahli asal
PPK Kg.Pelet.
“Kami ada banyak bukti untuk mendedahkan
penyelewengan ini, hanya tunggu masa yang sesuai saja. Ia pasti menimbulkan
kegemparan dan bonus buat Barisan Alternatif di Permatang Pauh” tambah
sumber itu lagi.
Dalam pilihan raya 1999, Parlimen
Permatang Pauh menyaksikan peralihan undi yang paling tinggi kepada
pembangkang, berbanding keputusan 1995. "Sikap ghairah membahagikan kekayaan
kepada kroni dan kawan-kawan karibnya mesti dihalang. Kalau tidak, pembangkang
akan mendapat modal besar dan cukup berkesan bagi menjatuhkan BN di Pulau
Pinang" kata seorang veteran Umno yang kini hanya memerhatikan gelagat
Pak Nan yang menjadi Pengerusi PPK itu.
Penulis ditunjukkan tanah milik Dato
Nan dimana buat masa sekarang ini didirikan kedai kopi oleh seorang penyokong
kuat Dato Adnan.Apa yang penulis perhatikan banyak rumah -rumah banglo
mewah yang bernilai lebih dari RM 100,000 didirikan diatas lot-lot yang
telah habis dijual itu.Penulis percaya majoriti pemilik tanah lot terbabit
bukan dikalangan penduduk tempatan atau ahli asal PPK yang ada setengahnya
masih lagi tak bertanah dan masih menumpang tinggal diatas tanah milik
orang lain.Rata-rata ahli lama PPK Kg.Pelet ialah pesawah yang setengahnya
mengusahakan sawah dengan cara menyewa tanah -tanah sawah milik orang lain.Mereka-mereka
inilah yang meristis jalan dizaman Allahyarham Hj.Nor semasa menjadi YB
dulu menubuhkan Pertubuhan Peladang Kawasan.Tetapi bila Dato Adnan mengambil
alih kuasa setelah menjadi YB perkara sebaliknya pula yang berlaku.
Tok Perang
7.11.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://members.tripod.com/e-umno/