 |
.... |
UMNO
Permatang Pauh Yang Kepanasan
(2)
Oleh:
Tok Perang |
Permatang Pauh 5.11.2001
- Petang semalam ketika pulang dari kerja singgah minum di sebuah gerai
bersebelahan Masjid Kubang Semang . Masjid yang dibina penuh barokah hasil
dari wang yang dikumpul dari anak
kariah serta masyarakat sekitar.
Tidak ada satu sen pun wang dari kantung KERAjaan yang memerintah dan diberitakan
kos perbelanjaan banggunan tambahan dua tingkat itu mencecah jutaan ringgit.Sambil
menunggu minuman sampai terpandang banner besar yang bertentangan
di simpang jalan utama
Banner ;
PERLAWANAN BOLA 9 SEBELAH UMNO
BAHAGIAN PERMATANG PAUH
Tarikh : 11.11.2001
Tempat : Maktab Tengku Bainun
Siap gambar keris bogel bersilang
dikiri kanan banner. Hebat UMNO ni nak buat program parti boleh guna semua
kemudahan awam yang ada. Nak guna padang Maktab Perguruan Tengku Bainun,
Padang Politeknik, guna dewan orang ramai dan masjid tak jadi masalah.Kalau
pembangkang segala macam tekanan yang akan dikenakan.
"Aku pelik la Dato Mat Saad ..dia
ketua bahagian.. yang dia pi biaq Pak Nan masuk campur tu pasai apa???"...
keluh sorang pemuda dalam lingkungan umur 30 an dimeja sebelah kepada rakannya
yg lain.
"Hang tau ka pasai geng muda kampong
dia buat lawan bola hari tu. Pak Nan pandai -pandai pi kensel tukaq pi
14 haribulan"
"Habih tu banner tu lekat buat apa??"..soal
rakannya di sebelah.
Nampaknya perang antara kem Dato Adnan
Ramli dan Kem Dato Ahmad Saad di parlimen Permatang Pauh makin hebat. Dato
Adnan Ramli @ Mat Isa Ramli atau *Cikgu Adnan .Mungkin lepas ni banyak
lagi penyelewengan- penyelewengan yang akan kita ketahui.
[Dalam pilihanraya 1999 Dato Adnan
Ramli semasa berkempin di kawasan Parlimen Kubang Pasu ,kawasan Tok
Det diperkenalkan sebagai "Cikgu" yang datang dari parlimen Permatang Pauh
yang kenal rapat dengan DSAI.Tapi hakikatnya dia cuma seorang "peon" sekolah
rendah sebelum berkecimpung dalam politik]
"Aku kalau jadi Dato Mat Saad ,aku
tak biaq kat Pak Nan. Hang tau di Kg. Pelet nu sebab nak kurangkan pengaruh
Pak Nan lah, Mat Saad pi tubuh satu lagi cawangan UMNO..tapi la ni dengaq
cerita AJK Cawangan tajaan Dato Mat Saad ni semua dah sokong Pak Nan balik
ada yang pi lompat masuk Pas pun ada".
" Pak Nan dia hemoi"..sampuk rakannya
disebelah.
" Bijak -bijak dia main politik 4
haribulan haritu terkena jugak..ingat kut ceredik la dah besa jadi Yb lebih
3 penggal... orang baru pelekat poster dah gelabah biawak ..report
pi sampai Ketua Polis Negeri nu... tu pun jangan dok keras jugak nak jadi
Pengerusi Masjid ..kah,kah,kah"
Semakin rancak perbualan orang -orang
muda di meja sebelah.
" Aku kalau depa tukaq pi 14 haribulan
ni ..aku tak mau main !!!..depa nak main bola ka nak main politik ??...baik
main bola yang Keadilan anjur hari tu..UMNO ni kalau orang muda macam kita
ni tak pi main tak ada sapa dah nak
ikut prigram depa..aku tak kira sapa
anjur pun akau main..tapi kalau dok politik macam ni haruih tak pi dah."
Saya kira budak muda dimeja sebelah
masih lagi tak menganggotai mana -mana parti dalam lain perkataan ahli
DAP (Dok Ataih Pagaq kata orang utara).Seharusnya pihak BA (Pas dan Keadilan
) harus memberi penekanan khusus terhadap golongan remaja dan pemuda.Pihak
BA seharusnya mamperbanyakkan program-program yang dapat menarik minat
remaja untuk turut serta. Perbagaikanlah program antaranya perkhemahan,
sukan, XPDC dan sebagainya bagi memastikan kemenangan bagi Parlimen permatang
pauh dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang. Mulalah gerak kerja
dari sekarang walaupun ceramah umum tidak dapat kita
anjurkan adkanlah program-program
peringkat dalaman.
Sekian dulu.. bersambung lagi insyaallah
Tok Perang
6/11/2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|