 |
.... |
GANDINGAN
MAHA-BEDOLLAH HILANG ARAH
Oleh:
To' Perak |
Sudah tidak ada chara
lain untok di-gunakan. Kekuatan BA pula bertambah mantap. Walaupun
Akta ISA digunakan, ra’ayat tetap juga memberi sokongan kapada PAS dan
Keadilan. Segala usaha telah di-lakukan. Tv setiap hari digunakan, suratkhabar
pun serupa - sampaikan Duli2 Tuanku pun ingen di-gunakan mereka.
Nampaknya pemimpen2 BN ini sudah terdesak
sangat!!! Kalau kamu semua bodoh, janganlah ra’ayat di-paksa ikut bodoh
sama.!! Chobalah fiker betol2!! Jika PAS ingen melakukan chara militen,
sudah lama ia lakukan. Bukan baru sekarang!! Kini pakatan barisan Alternatif
sudah mantap. Mereka tidak susah dan payah lagi. Dari dahulu sehingga kini,
PAS berperang tidak menggunakn senjata api!! Hanya bercheramah saja. Mereka
tidak menggunakan Polis, SB atau FRU. Hanya permit saja yang mereka perlu.
Setelah tiada jalan lain lagi, kerajaan
mereka-chipta KMM pula!!! Sekiranya KMM ujud, janganlah dilibatkan dengan
parti politek!!! Ini boleh menyebabkan kesabaran rakyat menipis dan menghilang.
Apa puncha ini berlaku?? Mahathir dan bedollah mesti mechari puncha nya.
Nak di-katakan PAS terlibat?? Sudah 44 tahun negara merdeka, kita semua
sedia ma’alom- pendokong2 PAS bukanlah sembarang orang. TIDAK MUNGKIN!!!
Satelah lama bergelumang dengan pahit manis perjuangan di-tambah pula dengan
kehadziran ulamak2, doktor2, jurutera2, peguam2 dan kelompok cerdik pandai
lain. Bukankah ini satu aset perjuangan yang mantap? Apa gunanya kekerasan?
Satelah PAS mempunyai kekuatan? Tidak mungkin sama sekali.
Untok meraih sokongan ra’ayat janganlah
di-fitnah musoh politek kalian. Kalau betol bagai di-kata KMM ujud di negara
ini, salahkan diri sendiri!! Renonglah!!! Cherminlah diri sendiri!! Amati
dan chari di-mana silapnya. Adil-kah aku!??? Zalim-kah aku?? Jujo-rkah
aku atau pendusta-kah aku???
Kalau ra’ayat ingen memberontak, bukanlah
sekarang masanya!! Masanya telah berlalu. Ra’ayat negara ini maseh lagi
patoh kepada amalan Demokrasi. Ra’ayat negara ini maseh lagi waras. Mereka
tidak ingen di mana tempat makan di situlah tempat berak. Bukan polis dan
tentera saja yang sanggup berjuang di-luar negara. Rakyat biasa pun sanggup,
tambang sendiri pulak tu!! Apa-kah negara tidak berbangga mempunayi ra’ayat
yang berani?? Sudah sepatutnya mereka diberti penghormatan negara!! Ini
tidak, yang bukan2 di-banggakan. Pelayar negara-lah, pendaki gunonglah,
penjelajah kutob lah!!! Tentang perjuangan terhadap musoh Islam kamu diam
dan fitnahkan, KENAPA???? Adakah kamu semua musoh Islam??
Kalau tidak!!! Segeralah umomkan
kapada ahli2 Umno khasnya para pengampu dan pembodek semua untuk berjuang
di Palestin. Jangan pandai berchakap saja!! Kita lihat nanti siapa ynag
menyahut chabaran. Ashek malaysia boleh, malaysia boleh!! BOLEH APA?????
Mahathir dan para kroni BOLEH-lah sapu bersih khazanah negara. Ra’ayat
biasa di-biar papa kedana. Kamu semua makan isi dan biarkan ra’ayat hirop
kuah. Tak apa……..
Janganlah berbangga di atas usaha
perjuangan orang lain. Sedang kamu tidak sadikit pun mengikut chara2 pemimpin
terdahulu!!! Malu…malu…. Malulah siket!!! Bagiku malaysia belum merdeka
lagi. Malaysia kini dijajah oleh Mahathir dan kunchu2nya. Ingat!! Mahathir
dan kunchu2nya!!!!!
- To' Perak
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|