.... MAHATHIR BETOL2 NYANYUK SEKARANG
Oleh: To' Perak

Nampaknya  mahathir ni makin lama makin nyanyuk. Fikerannya sudah tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dia sebagai saorang Perdana Menteri mestilah mempunyai fikeran yang waras dan bernas. Jangan ikut emosi saja. Bukankah ahli2 SUHAKAM itu yang terbaik, sebeb itu mereka dilantek menganggotai badan bebas tersebut. Apakah logiknya mereka 2 ini terpengaroh dengan chara Barat di-dalam menjalankan tugas!!!

Wahai Mahathir! Tolong terangkan kapada ra’ayat negara ini, malapetaka apakah yang menimpa negara ini
disebabkan perhimpunan Haram?? Berapa ramaikah ra’ayat yang chedera dan mati kerananya??

Wahai Mahathir! Sadarlah kesilapan diri sendiri!! Tidak selama2nya orang menyebelahi kamu!!! Tambahan pula perilaku kezaliman yang kamu lakukan terhadap ra’ayat negara ini.

Apabila timbol sesuatu masaalah atau perkara yang tidak menyebelahi kamu, dengan tidak berfiker panjang lantas kamu menyalahkan orang lain!!! Dek kerana SUHAKAM tidak menyebelahi kamu, kamu kata mereka terikut2 chara Barat. Terfikerkah kamu siapkah mereka2 itu?? Mereka bukan kanak2 sekolah rendah!!

Kisah ‘oral seks’ yang berlaku di sekolah kamu bebankan kapada Guru Agama ashik berpolitik sahaja!! Inikah chara seorang Perdana menteri berchakap?? Kamu pernah berkata jangan lebehkan Agama dari matapelajaran Sains dan matematik. Ha!!! Inilah padahnya jika Agama di-ringan2kan. Jangan di-salahkan Guru Agama dalam hal ini!!

Tentang perpechahan pula kamu salahkan PAS. Kamu katakan kedatangan PAS lah sebagai puncha perpechahan. Oi Mahathir! Sadarlah siket, PAS telah lama ujud di bumi Malaysia ini. Tiga orang Perdana Menteri Malaysia dahulu tak pernah mengatakan PAS sebagai puncha perpechahan bangsa Melayu!!

Arakiannya, di zaman kamu Mahathir, berapa kali bangsa Melayu berpechah!! Salah siapa?? Apakah kerana PAS Umno terpechah dua?? Dari mana datangnya Semangat 46?? Dari mana datangnya Umno Baru?? Aadkah itu semua kerana PAS? Sadalah siket bahaw Umno yang memperjuangkan kemerdekaan sudah tidak ada! Yang ada sekarang ialah Umno Baru(a)!! Perjuangan pun baru tidak saperti Umno dulu. Umno dahulu pendokongnya terdiri dari pendidek. Akan tetapi kini kebanyakannya dari golongan Korporat2- dari sinilah timbolnya politek wang.

Parti Keadilan tertuboh adakah kerana PAS?? Adohai Perdana Menteri nyanyok, kalau nak chakap tu berfikerlah  terlebeh dahulu!! Jangan ikut sedap mulut saja. Sadarlah segala kepincahnagna yang terjadi di-dalam Umno berpuncha dari kamu.!! Sudah sepatutnya kamu bertanggongjawab di-dalam hal ini. Jangan disalahkan kapada orang lain pula.

Pasokan Polis mendengar kata kamu, kamu puji mereka. Kamu bela mereka. Bagaikan tidak ada chachat chelanya. Hakim yang tidak menyebelahi kamu, kamu katakan ia terbawa2 masaalah peribadi!! SUHAKAM tidak menyebelahi kamu, kamu katakan mereka terikut2 chara Barat. Inikah chara seorang Perdana Menteri berchakap semasa baru pulang dari luar negara? Chakap macam orang tak beriman - (jurutaip tambah! - macam yahudi mabok) Lagi lama kamu menjadi Perdana Menteri, bertambah lah lagi masalah yang timbol!!! Berundorlah segera! Kalau tidak nanti huru-hara kroni dan kunchu2 kamu. Ra’ayat tidak berubah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kroni dan anak pinak dilangsaikan hutangnya, sedangkan ra’ayat berhutang jika tidak di-bayar ke lubang chaching pun diikuti. Sedangkan hutang ra’ayat dan kroni jauh berbeza. Zalim…zalim…..zalim!!!! Kamu tidak adil dalam segala hal. Kamu tidak layak menjadi Perdana  Menteri malaysia. Orang yang bertuhankan wang saja yang sanggop menyokong kamu.

Tidak ada saorang pun di abad ini yang menyerupai Firaun selain dari kamu Mahathir! Choba teliti habis2 perangai Firaun yang dahulu dengan yang ada sekarang. Ia takut pada kanak2 PASTI, takut orang lain lebeh pandai dari dia!!! Orang lain jangan lebeh kaya dari dia. Orang lain jangan lebeh kuasa dari dia. Istana mesti dekat sungai dan tasek. Bukankah ini menyerupai fe’el Firaun???

Ingatlah dan insaflah!!! Sadarlah nasibmu umpama telor di hujung tandok. Hanya menunggu masA saja nak jatoh.

- To' Perak
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!