.... To' Hamid Zainal Abidin Laksanakan Impian Mahathir
Oleh: To' Perak

Sekali lagi Hamid Zainal Abidin menjalan-kan tugas dengan jaya-nya!!! Tahniah di-uchapkan. Mungkin ta’ lama lagi bergelar Tan Sri.

Tuan Guru Haji Razali Pondok Matang Kunda dan Tuan guru Haji Mohd Radzi selekoh Bagan datok bukan kepalang di-hormati pendudok setempat. Malah ramai anak murid-nya di- Perak selatan hingga ke Kuala Selangor dan daerah Manjong khas-nya Pasir Panjang Laut. Perlu di-ingat!!! Kedua-dua Tuan Guru tersebut walaupun telah pergi meninggal-kan kita semua, namun pertalian kita maseh ada.

Sepanjang ingatanku tidak pernah kedua2nya mengajar kita menzalimi makhlok Allah. Tapi kini!!! Masok yang kedua kalinya Datok menzalimi sesama manusia. Untok menjaga kedudokan datok sanggup mengikut kahendak Mahathir. Kita sedia ma’alom yang mahathir itu anti-Islam. Sampai nama Islam pada sebuah parti politek pun nak di-hapus-kan. Tuhan itu Maha Kaya dengan kahendakNya juga raja2 Melayu mempertahankan nama Islam pada perti tersebut, tetapi Datok bagaimana??

Pada himatku, pengajian datok dengan TG Nik Aziz dan TG haji Hadi tiada bezanya, tetapi kenapa berlainan pendapat?? Apakah kedua2 TG tersebot tidak tamat pengajian mereka?? Saperti juga Astora jabat. Mungkin juga Datok dan hamid Osman saja yang lulus!!! Itulah sabab-musabab nya berlainan pendapat. Kalau tidak mana mungkin Datok begitu patoh menurut perentah MAHA?!!

Semua gerakan Islam ingin di-lenyapkan dari muka bumi malaysia !! Apakah datok ingin melihat Turki kedua di alaf baru? yang pertama Kamal Attartuk yang kedua pula Mahathir Atatok Kutty!!

Sabesar mana-kah anchaman Al-Arqam kapada Malaysia? Tidak bolehkah datok2 memperbetolkan akidah mereka tanpa diISAkan ahli2nya? Di-mana-kah kepakaran datok2 semua? Itukah yang di-ajar oleh kedua2 Allahyarham kepada kita? Ini tidak, ambil jalan mudah, tak payah bagi tarbiah ISA-kan saja, sehingga sewel jadi-nya. Kasehan ABUYA. Namun pengikut2 mu berjaya dalam bidang ekonomi, Shabas Abuya.

Berita terbaru yang kami terima, datok memberi nama kapada musoh2 politek Mahathir dengan nama Mujahiden Malaysia!!! Mereka berjuang ala-militan konon!! Datok, inilah silapnya kerajaan pimpenan Mahathir, tiap2 saorang Pegawai tentera yang di-naik-kan atau di-tauliah-kan pangkat di-misti-kan melalui ujian2 tertentu. Bukan mudah mencapai tahap yang tertinggi. Tapi Datok sendiri bagaimana?? Datok seorang bekas pegawai tentera. Walaupun datok dari kor Ugama, tentu Datok dapat menilai dari segi logik-nya akan penentang2 Mahathir di-beri nama Mujahideen Malaysia mengancham keselamatan negara. Apa dato dapat pastikan kelengkapan persenjataan Mujahideen malaysia ini??

Apakah datok fiker mudah untok menumbangkan sebuah kerajaan?? Datok….datok!! Kalau di Afghanistan dan Ambon mereka mungkin menggunakan senjata, tetapi ini di malaysia!!! Tidak mungkin datok!! Mereka adalah orang muslim yang patoh kapada Al-Quran dan Al-Hadis. Mana mungkin mereka membunoh saudaranya sendiri. Lain-lah dengan Umno, mereka tidak kira siapa. LIHAT saja kes Memali!!! Sedar-lah kira-nya yang tersesat. Kembali-lah ke-pangkal jalan sebelom terlambat. Lihat saja-lah teman2 Datok yang tidak lagi bersekongkol dengan mahathir, apa-kah mereka ini tidak ingen hidop mewah??  Bukan mereka tidak tahu hidop di-luar kepompong mahathir memang susah. Namun sedap-nya pun dengan mahathir sementara juga, Azab tidak terkira, dalam neraka-lah padah-nya.

Datok!!! Berbalik kita kepada Mujahiden Malaysia pulak. Kalau datok sendiri tak dapat membokti-kan kelengkapan persenjataan mereka biar aku sendiri yang menyata-kan. Mujahiden Malaysia memang mempunyai senjata yang hebat dan ditakoti Mahathir. Yang pertama, senjata yang paling canggeh ialah lidah yang tajam. Kedua, otak yang sihat bukan-nya yang nyanyok. Ketiga, budi pekerti yang baik tidak suka memfitnah. Keempat tidak suka mengikut sikap orag munafik.

Itulah senjata mereka yang aku tahu. Apakah kerana yang itu mereka di-ISA-kan? Takot benar-kah juak2 Mahathir menentang hujah mereka yang tajam dan bernas. Datok, Ku harap jangan di-sekat pergerakan Islam. Islam itu suka kedamaian.

- To' Perak
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!