 |
.... |
UMNO
MERACHUNI FIKERAN MELAYU DAN CHINA
Oleh:
Tok Perak |
Terima kaseh di-uchapkan
kapada penyebar berita Mahathir khas-nya TV kerana menebarkan gambar2 patong
Budha di-negeri Kelantan. Jadi ta’ payahlah To' Guru bersusah payah lagi
menjelajah ke-segenap pelusok negeri memberi penjelasan tentang kebaikan
Parti Islam jika ia memerentah. Kerana apa ? BN dah tulong kita berkempen
tentang kebaikan Islam.
Kalau ta' kerana penyiaran gambar2
tersebut orang China ta' akan tahu apa yang sebenar-nya yang terjadi di-bawah
pemerintahan Tok Guru. Terima kaseh !!!! terima Kaseh !!!!TV. Ini baru-lah
adil nama-nya !!! Tunjok yang betol belaka.
Selama ini PM menghasot orang2 China
supaya jangan menyokong PAS, konon-nya PAS radikal-lah , ekstrim-lah ,
ta’ boleh berjudi-lah, ta’ boleh minum arak dan macam2 lagi untuk menakut2kan
orang China. Tapi kita lihat orang2 China di-Kelantan, merika hidop aman
dan tenteram di-bawah pemerintahan PAS, ta' ada satu pun penindasan di-laku-kan
terhadap merika baik dari segi agama mau pun budaya. Tapi yang paling istimewa
orang2 China Kelantan tak serupa China tempat lain, mereka faseh berbahasa
Melayu loghat Kelantan.
Apakah salah pada pandangan Umno dan
PM sendiri dari segi kebaikan To' Guru???? Kepada ra'ayat Kelantan khas-nya
orang China, To' Guru memberi sedikit kemudahan kepada merika, salah-kah
To' Guru memberi sedikit tanah pada merika ??? Membenarkan pembenaan
berhala untuk ra'ayat-nya yang bukan Islam ??? To' Guru menjalankan
tugas yang di-amanah-kan kapada-nya dengan adil dan jujor !!! Apakah itu
menjadi kesalahan ?????
Sejak akhir2 ini kerap sangat orang2
Umno mengguna-kan TV untuk memperkatakan tentang Pakatan BA khas-nya PAS
dan DAP, orang2 China sepatah pun ta’ berkata, sebalik-nya orang2 Umno
pula yang sebok. Apakah merika menjadi juruchakap kapada orang China???
Malulah siket !!! Sepatot-nya orang Umno lebeh menjaga komponen-nya, jangan
jaga tepi kain orang, lebeh baik jaga tepi kain sendiri.
Komponen BN terlalu besar !!!! Apa
di-takut-kan pada BA yang hanya 4 parti saja !!! Umpama gajah dengan tikus
!!! Haiii!!! Gajah badan mu saja yang besar, tikus yang kechil pun kamu
takut.
Orang Umno ta’ ada kerja lain hanya
pandai melaga2kan ra'ayat yang tak tahu berpolitik. Merika menghasut orang2
China supaya jangan bersekongkol dengan PAS dan dalam masa yang sama menghasut
orang2 Melayu supaya membenchi PAS keran pemimpen-nya tidak pandai mentadbir-lah,
tak mengota-kan apa yang di-kata-lah dan membenar-kan negeri-nya di-bena
patong Buddha yang besar. Dengan kata2 ini jangkaan orang Umno, mungkin
orang2 Melayu akan marah. Tidak !!! tidak !!! Jangkaan merika meleset !!!
Kini orang2 Melayu telah bersatu !! Malah orang2 China pun serupa. Merika
nampak dan tahu siapa yang betol dan siapa yang salah. Siapa adil siapa
zalim. Ra'ayat boleh membuat perbandingan. CHUMA YANG TAMAK DAN BERTUHANKAN
DUIT YANG SANGGUP MENYOKONG BN !!!!!!
Di-mata dan hati orang2 Umno hanya
kelihatan DUIT sahaja. Merika mementingkan DUNIA lebeh dari AKHIRAT. ‘Ada
wang semua lapang, ada beras semua deras, ada duit Semua oraiit’ itulah
pedoman hidop merika.
Kami pendokong keADILan dan PAS ta'
ingenkan itu semua, yang kami mahu adalah Keadilan sejati!!!!!!! Juga dengan
izen Allah Subhanahuwataalla BN akan tumbang menjelang 2004. UMNO PUN
MULA GULEN-PEREN. BIOR TUMPO SEKAPE TERUIH !!!!!!!!!!
Wahai ra'ayat Malaysia bukalah mata…..
pandanglah jauh2…..bukalah mata hati dan minda … Fikerlah nasib anak, chuchu
dan chichit kita yang akan datang…..JAUHILAH SI-TAMAK.. SI-FITNAH…SI-PENONGKAT
LANGIT INI DARI PUNCHAK KUASANYA… NYAH MAHATHIR !!!!! BEBASKAN ANWAR
!!! BEBASKAN TAHANAN ISA !!!!!!!!!!
- Tok Perak
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|