.... Mahathir Pengkhianat Bangsa Melayu
Oleh: Tok Perak

Dasar Meritokrasi Ke Universiti : Mahathir Pengkhianat Bangsa Melayu 

Tidak habeh-habeh Mahathir mengkhianat, apa-kah ia perlu berbuat demikian untok mempertahankan kedudokan di-singgah-sana?!!! Apa-kah ia tidak empunyai sifat baharu? 

Dulu dia mengkhianati almarhum Tengku. Apa yang dia ta’ kata, lepas itu satu-satu-nya parti yang di-sayangi bangsa Melayu UMNO berkubor dek kerana siapa? Yang ada pada hari ini bukan-lah tulen, ia tiruan, barang tiruan tang tahan lama!!! “UMNO Baru” tidak sama perjuangan-nya dengan yang asal, UMNO dulu berjuang untok bangsa dan negara!!! UMNO Baru berjuang untok keluarga dan keroni-keroni khasnya perut sendiri, orang lain biar mati!!! Dulu tiada politek duit tapi kini duit menentukan kedudokan sesaorang. 

Di-zaman Tun Abdul Razak menjadi PM, ramai anak bangsa yang dapat menjejak kaki ke menara gading sama ada dengan skolaship atau persendirian. Apa-kah merika-merika tidak mengikuti perkembangan politek tanah ayer?? Perlu di-ingat satu masa dulu ada saorang Dr UMNO di-singkir oleh Tengku kerap memasuki universiti meminta bantuan dari pensharah-pensharah untok mendapat pentas!!! Untok apa??? Ta’ lain ta’ bukan merachuni pemikeran penuntut supaya penuntut bangun menentang kerajaan. Siapa pengkhianat??? Melayu tidak lupa!!! Jika bangsanya di-khianati. 

Tiap2 anak bangsa yang sampai ke menara gading sudah tentu otak-nya bergeliga.Tahu membezakan baik burok satu2 perkara yang terjadi di-dalam negara. Mereka bukan-lah kanak2 tadeka yang ta’ tahu apa2. Apa-kah mereka perlu diam dek kerana skolaship kerajaan??? Sedangkan kemungkaran di-depan mata, apa perlu-kah mereka menutup mata dan mulot?? Untok memperbetulkan kepinchangan yang berlaku, mereka mesti menghabiskan pengajian dahulu. Adelkah pemerintah kepada penuntut?? Tidak ada gunanya fakalti Sains Politik  di-Universiti jika penuntut di-tegah berpolitik!! 

Sayang anak bangsa-ku, sunggohpun bergeliga otak mu, Firaun takot kepada orang yang lebeh pandai dari-nya. Kalau Firaun dulu bunoh kanak2 laki2 tapi kini Firaun yang ini tidak bunoh chuma dia membuat tekanan dan sharat2 tertentu untok ke Universiti. Apakah dia berfiker dengan berbuat demikian orang boleh diam??? 

Ingat!!! Bangsa Melayu sudah meluat dengan gelagat dan fe'el yang seko ni. Achapkali mahthir berkata kerajaan menanggong kerugian kerana penuntut2 tidak belajar bersunggoh2 dek gangguan pembangkang kunun!!! Dia lupa masa dulu!!! Kita ta’ lupa!!!! 

Aku ingen nak tahu tentang kerugian yang diheboh2kan itu!!! Itu bukan duit bapak kamu.!! Bukan juga duit Umno!!!! Duit Ra’ayat!!! Berapa banyak yang dihabehkan oleh penuntot, kalau dibandengkan dengan duit ra’ayat untok membantu Sarikat Perkapalan, Perwaja, MAS dan Renong. Untok kroni2 kamu diam!!! Untok anak bangsa kamu heboh, barangkali kamu bukan angsa Melayu!! Pernah dikata Tunku berdarah champoran Siam!!! Tapi kamu!! Bagaimana??? Muhammad Iscander Kutty itu nama bangsa apa?? Barangkali Melayu Baru…!!!! 

Jangan di-buka keaipan orang, kini keaipan kamu pula di-buka. Aku berdoa supaya kita di-panjangkan umor, jangan mati dulu!!! Biar sama2 kita rasai bagaimana Anwar merasai penderitaan angkara kamu. 

Wahai bangsaku sedarlah!!! Kita di-khianati oleh bangsa Haprak!!! 

- Tok Perak

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!