 |
.... |
Itu
Baru Hembusan Bayu.....
Oleh:
Tengku Mazlan |
Kelmarin, 500 orang
bertungkus-lumus selama lebih lima jam untuk mencuba sekali lagi apa yang
tidak terlaksana dua minggu yang lalu. Usaha menegakkan Jalur Gemilang
yang merupakan bendera terbesar di dunia kecundang sekali lagi.
Jalur Gemilang yang berukuran 105m
x 159m tidak dapat ditegakkan kapada bingkai besi yang disediakan di Padang
Ipoh. Pada 29 Ogos dulu, usaha itu kecundang kerana bendera itu dikatakan
telah dibasahi hujan sehingga membuatkannya berat di luar dugaan. Usaha
menaikkanya gagal apabila jahitannya dikatakan tetas sehingga terbatal
usaha mengibarnya pada hari ulangtahun kemerdekaan ke-44.
Yang lucunya alasan benang tetas itu
tidak pula disebut ketika itu. Yang diberitahu ialah lakaran bendera itu
yang tersilap, sehingga mencetuskan tandatanya apakah guru-guru yang melakarnya
tersilap kira.
Kelmarin, bedera itu cuba ditegakkan
dengan cara menyediakan bingkai besi yang berbaring condong. Usaha itu
melegakan ramai yang ada kerana sudah menunjukkan hampir berjaya. Tiba-tiba
belumpun sempat bendera itu meniti bingkai di bahagian atas, hampir berbaki
30m lagi, usaha ramai itu terbantut juga, disebabkan hembusan bayu yang
datang melanda..
Siapakah dapat menduga bayu boleh
berhembus ketika bendera hampir dapat ditegakkan? Kecundang lagi usaha
lebih 100 pelajar, guru-guru dan segelintir ibu bapa SMK Seri Ampang yang
dikatakan telah menyumbang sebanyak RM65,000 ke arah projek itu. Hanya
hembusan bayu telah menggagalkan usaha segelintir manusia untuk memuji-muja
seorang diktator tua. Wang rakyat yang disediakan oleh wakil rakyat untuk
membuatnya semata-mata dengan tujuan riak dan berbangga boleh digagalkan
oleh hembusan bayu.
Bagaimana agaknya nanti apabila kedatangan
hembusan sangkakala?
Tengku Mazlan
8/9/01.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|