 |
.... |
TERJEMAHAN
ARTIKEL GLOBAL (236)
LIKAS-
Tentera, Polis, Ketakutan dan Gangsterisme UMNOBN
Oleh
Spirit of Truth |
Pilihanraya kecil Likas
telah merupakan satu bencana yang disungkupi penipuan dan salahlaku, di
mana tentera, polis, suruhanjaya pilihanraya, jabatan pendaftaran, agensi
kerajaan, wang, sogokan telah disalah-gunakan dan dilacurkan tanpa tepian,
tanpa segan-silu semata-mata kerana mahu memenangi satu pilihanraya sebagai
hadiah kepada seorang pemimpin politik yang telah melakukan jenayah besar
bersiri sedangkan rakyat telah lama menolaknya dan terus membenci. Adalah
sesuatu yang menyayat hati menyaksikan kereputan negara menjadi sebuah
negara berstatus pariah, yang semakin berunsur totalitarian dan sungguh
zalim, terperangkap secara paksa oleh UMNOBN dalam tipu muslihat salahguna
kuasa. Belum pernah terjadi dalam sejarah negara sebelum ini, di mana setiap
institusi kerajaan telah disalah-gunakan oleh seorang penzalim yang mempunyai
hanya satu agenda untuk terus bernafas lega dalam dunia politiknya tidak
kira apa cara jua. Negara ini serta rakyat jelata, pentadbiran yang baik-baik
dan etika berpolitik yang molek, dan segala nilai murni yang cantik boleh
pergi jahanam masuk neraka, asalkan si bedebah ini mampu terus bernyawa
dan bebas daripada sebarang usaha menangkapnya kerana segala jenayah yang
melambak banyaknya. Antara jenayah yang berat itu termasuklah salah-guna
kuasa polis dan badan kehakiman negara ketika menangkap dan mengenakan
tuduhan terhadap Anwar Ibrahim yang tidak pun berdosa.
Pilihanraya Kecil Likas, satu lagi
kegagalan UMNOBN
Pilihanraya kecil Likas yang
baru berakhir, menunjukkan betapa UMNOBN sudah semakin kejam dan ganas.
Usaha menakutkan para pengundi dengan kehadiran besar anggota tentera,
polis dan samseng-samseng UMNOBN telah berjaya menakutkan para pengundi,
sehinggakan hanya pengundi yang menyokong ataupun mudah disogok yang keluar
mengundi. Daripada jumlah 26,000 pengundi berdaftar, hanya setengah yang
datang mengundi sehingga membantutkan rencana UMNOBN untuk berlagak bahawa
mereka sudah menang besar. Pengundi hantu yang merupakan setengah daripada
pengundi BN yakni lebih-kurang 4000 ramainya, telah membantu BN menang
secara menipu. Sebenarnya UMNOBN hanya mendapat 5000 undi, yang lain adalah
pengundi hantu. 5000 undi daripada 26,000 adalah merupakan kurang dari
20% dan dengan peratusan yang kecil itu mereka berlagak sombong dalam media,
membohong rakyat jelata yang mereka menang besar juga. Inilah contoh politik
Mahathir yang semakin mereput, yang penuh penipuan, pembohongan dan kerap
mengugut membuatkan orang takut. Inilah musibah yang melanda negara disebabkan
wujudnya sebuah regim yang korup.
Mahathir menghancurkan negara
dan menjadikannya negara pariah
Kini, satu generasi rakyat Malaysia
sedang terkapai-kapai menyaksikan dengan perasaan yang kusut masai keruntuhan
sebuah negara; baik dari segi moralnya, ekonominya ataupun politiknya.
Kerajaan yang diterajui oleh Mahathir yang zalim ini telah menghamba-abdikan
kedaulatan undang-undang menjadikan badan kehakiman sebagai khadam kepada
penguasa. Para hakim yang mengeluarkan penghakiman telah diberi amaran,
dan dipaksa mengikut arahannya sahaja. Pasukan polis yang mengikut perlembagaan
diarahkan menjaga keselamatan negara dan menguat-kuasakan undang-undang
secara profesional telah menjadi alat yang mudah kotak-katikkan oleh regim
yang gila ini. Polis cawangan khas (SB) telah memainkan peranan sebagai
pengganyang rakyat, ‘spy’ ataupun perisik yang mengekori marhaen, mencari-cari
kalau ada unsur-unsur yang memusuhi Mahathir, mengugut sesiapa sahaja dengan
deraan dan keazaban, menangkap mereka dengan tuduhan yang sengaja diada-ada,
menuduh mereka sebagai anti-kerajaan. Begitulah teruknya keadaan negara,
setelah dirasuk dengan teruknya oleh seorang penzalim yang korup dan tidak
bermoral, yang telah menggunakan waima secebis kuasa yang masih ada untuk
menyelamatkan diri daripada ditangkap dan dipenjarakan kerana segala jenayah
yang melambak kini. Pilihanraya yang penuh penipuan di Likas adalah satu
lagi jenayah yang dilakukan oleh Mahahtir. Keengganan mengnyahkan pengundi
hantu, kedegilan menyekat Yong daripada bertanding semula walaupun wujud
penghakiman terhadap beliau, menggunakan tentera dan polis untuk menakutkan
dan mengugugt rakyat jelata, menyogok dan membeli undi adalah segala jenayah
yang dilakukannya.
Mahathir tidak boleh kalah
melalui peti undi tetapi mesti dihumbankan
Penyalah-gunaan tentera, polis,
sogokan, kesamsengan di Likas menunjukkan bahawa pilihanraya bukanlah satu
cara yang berkesan untuk mengnyahkan diktator zalim yang semakin ketakutan
ini. Dia mesti dihumbankan kalaulah kita mahu menyelamatkan Malaysia. Membiarkan
negara mereput disebabkan kekejaman seorang diktator yang tahu memerintah
hanya melalui budaya takut dan rasuah, akan mengundang musibah dan bencana
sosial untuk negara. Mahathir tidak akan mengundurkan dirinya, dia akan
terus bergayut kepada kuasa untuk terus hidup. Seperti juga para diktator
lain dia akan tentukan kuasa akan terus ada di tangannya, untuk menyelamatkan
diri dan suku-sakatnya sekali, termasuklah segala bahalol yang dikira para
kroni. Penipuan pilihanraya kecil di Likas oleh UMNOBN sepatutnya menjadi
satu iktibar kepada BA. Serang Mahathir dan tangkap dia, selagi dia berkuasa,
segala proses pilihanraya adalah satu jenaka sahaja. Tidak ada pilihanraya
yang demokratik yang dikira sah di bawah pentadbiran Mahathir. Dia sudah
menjadi seekor harimau yang luka, ketakukan sentiasa dan memikirkan cara
mana membaham musuhnya untuk terus bernyawa.
Rakyat Malaysia Mesti Berkeras
Dengan Mahathir
Carilah cara dan upaya untuk
berkeras dengan bedebah zalim ini. Kalau boleh henyaklah dia sekerap yang
terdaya supaya dia akan naik takut dan cabut. Hentikanlah sikap berfoya-foya
menari mengikut tandaknya, dia mahu rakyat menghormati demokrasi sedangkan
dia mengamalkan sikap seorang diktator . Dia mahu kita mematuhi undang-undang
sedangkan dia melanggari undang-undang. Dia mahu kita taat setia kepadanya
sedangkan dia memusuhi kita. Kita mesti memeranginya di balapan yang setara.
Lawan dia setara kekuatannya. Kalau dia cuba menakutkan kita, tibalah masanya
kita manakutkan dia pula. Kalau dia putarbelitkan minda kita, kita putarbelitkan
minda dia pula (itupun kalau masih ada otaknya – penterjemah). Kalau dia
cuba “menyedarkan” kita, kita sedarkan dia pula. Memang tidak ada satupun
strategi yang demokratik yang mampu melawan seorang diktator yang zalim.
Mahathir adalah seorang penjenayah
yang mesti ditangkap
Penipuan pilihanraya Likas sekali
lagi membabitkan Mahathir. Dia telah melanggar undang-undang dengan menggunakan
tentera untuk menakut-nakutkan para pengundi. Dia telah salah-urus suruhanjaya
pilihanraya, dan menyalah-gunakan agensi kerajaan. Mengikut undang-undang,
semua ini adalah jenayah berat yang membawa hukuman berat juga. Membiarkan
beliau bebas bererti kita bersubahat dengan jenayahnya. Marilah sama-sama
serang dia, tangkap dia secara mengejut dan bawa dia ke muka pengadilan.
Hanya dengan cara ini Malaysia boleh diselamatkan daripada segala kezaliman
yang jijik dan mengazabkan itu.
Semangat Kebenaran
Terjemahan oleh: SPAR
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INISEBARANG
KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|