 |
.... |
Permata
Yang Hilang… kembali menyinari
Oleh:
Sorayanii |
Bismillahirrahmannirahim……
Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Reformasi
untuk saudara / saudari sekelian
Permata Yang Hilang… kembali menyinari
Sorayanii Ingin menulis lagi…. kali
ini tentang seseorang individu yang unik dimana ketokohannya makin menyerlah
bukan untuk dipuji tetapi untuk ditatap maklum dan perhatian para reformis
dan para BA khususnya Para BA Negeri Perlis.. Indera Kayangan
Kingdom of Ben Kassim
Alhamdulillah….dan syabas untuk saudara
Zulkifli Jaffar anak bekas Menteri Besar Perlis
Walau pun tidak pernah bersua dan
dipertemukan
namun saudara sentiasa dalam perhatian
dan dijejaki….
terlebih dulu dipohon maaf… kan terlajak
kata, terlanjur bahasa, tersasul bicara……
ZJ…satu singkatan yang indah buat
mu…..
Kagum juga setelah mendengar
berita dari sumber maklumat yang diperolihi dan bolih dipercayai; Saudara
telah menolak mentah tawaran projek runding terus membina penjara di Perlis
bernilai RM 200 juta lebih.
Ahaa kenapa ye??? Alahai ikan
tak makan umpan katakan… kalau nak dinilai pada satu sudut kamu adalah
satu insan yang tidak bernilai malahan tidak ada apa apa keistimewaan pada
masyarakat lebih lebih lagi pada kerajaan negeri.Kamu hanya lah satu
insan yang satu ketika dahulu berwibawa dan dihormati dalam era kepimpinan
bapamu (arwah mendengar) Setelah bapamu dipaksa meletak jawatan kerana
keuzuran selepas mengalami pembedahan “coronary bypass”,kehidupan mu sebagai
usahawan ikut meruntuh, menghunjam kebumi bersama sama rumah tangga yang
kau pupuk dan kau semai. Allah SWT Maha Pengasih pada mu, kamu diperjodohkan
lagi tetapi malangnya pernikahan kali yang kedua pun ikut memfasakh!!!
Hidupmu kosong sebulat pembetung
Oh sungguh malang rentetan kehidupan
mu.Pulang nya bapamu keRahmatullah menambahkan lagi kebingungan dan menyulitkan.Segala
galanya hancur luluh menjadi debu….
…. ombak menghempas pantai menderu
deru…..
…..tapi pantai yang menangis siapa
yang tahu
ZJ …
Dalam dirimu memang tersemai benih
dan mengalir darah yang mewarisi ketokohan bapamu…Datuk Jaffar Hassan
(arwah mendengar) beliau seorang yang kuat azam dan kental semangatnya
Beliau anak melayu Perlis yang pertama melangkah keMCKK tetapi malang nya
nasib tidak menyebelahi dirinya kekurangan wang 50 ringgit ketika itu menyebabkan
beliau terpaksa menarik diri. Satu kekecewaan bagi beliau kerana dihimpit
olih kesempitan hidup. Zaman nya berlalu dengan berbagai halangan dan rintangan
tetapi menghala kearah kecemerlangan …….. hingga lah beliau menjadi seorang
peguam bersama Tun Zahir (Speaker Dewan Rakyat masakini) Olih kerana beliau
berpendidikan tinggi beriltizam dan dedikasi pada masyarakat Maka beliau
di pilih sebagai wakil rakyat dengan kemenangan 5 undi yang dihalalkan
olih Ustaz Abu Bakar Hamzah calun PAS-Sanglang. (Pas/BA patut ambil perhatian
tentang perkara ini). Justeru beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perlis.
Semasa kepimpinan beliau, Datuk Jaffar Hassan telah menghadiah sebidang
tanah untuk dibinakan sebuah bangunan Sekretariat PAS Perlis diJalan Sekolah
Derma Kangar Perlis Jasa ini patut dikenang olih PAS/BA. Semangat setiakawan
yang ditonjol membuktikan bahawa beliau tidak fanatik dan kasih sayang
wujud walau pun bermusuhan dalam fahaman politik. Prinsip Perjuangan nya
meletak mandat Rakyat Marhaen dijunjungan, kepentingan diri dipijak nya
Jasanya meniti dibibir Rakyat Marhaen bagi yang mengenang…harta peninggalanya
hanyalah sebuah rumah dua tingkat dan sebuah kereta Toyota Corona model
1980 pemberian CIMA sebagai jasa dikenang. Tidaklah seperti Jagoan politik
UMNO/BN masakini, rumah dan tunggangan bolih di bilang bilang. Mendapat
lebih daripada pendapatan.
ZJ.
…selagi ada mentari yang menyinari
dan hujan yang membasahi… benih baka yang baik walaupun tercampak ditanah
yang gersang nescaya akan bertunas tumbuh, membesar dan membuah kan hasil
. Dengan semangat yang cekal dan ketabahan yang menebal nescaya
kejayaan akan menjelma jua….Nah ZJ!!! Sujud dan syukurlah atas kurniaanNya.
Kamu berjaya melamar Bachelor of Law,
kamu berjaya memiliki Master of Business Administration teruskan lagi hingga
kepuncaknya …PhD.
ZJ…..
Sesungguhnya Rakyat Marhaen
Indera Kayangan sedang mencari cari cahaya yang akan menerangi semula,
setelah buminya mengalami kegelapan…..titik noda jelas menyerlah amanah
diperkosa dengan gelojoh… minda Rakyat Marhaen ditipu bodohkan dengan muslihat…berinya
satu yang mengaitnya berjuta .. tingkah lakunya bagaikan bumi ini tiada
milekNya ohhh kesiannya Rakyat Marhaen tiada yang
memahami!!!!itulah penjajahan UMNO/BN. Sekiranya Arwah Datuk Jaffar Hassan
diizinkan Allah SWT pulang kedunia memantau Politik UMNO/BN masakini nescaya
beliau minta pulang keAlam Barzakh secepat mungkin kerana tidak tahan busuknya
pekung UMNO/BN.
ZJ…
Kau fanakan RM 200juta pemberian
Mahathir kerana kau mewarisi jatidiri Datuk Jaffar Hassan ……tidak pada
Shahidan Kassim dia sanggup bodohkan ahli ahli UMNO dicucuk
hidung lembu lembu rumput kerat niii!!dan melebalkan mereka
TERAS UMNO sebagai UFTI untuk dipersembahkan pada Mahathir membuktikan
kedudukan UMNO Perlis masih kukuh. Sebagai ganjaran!!! Projek RM 200juta
Pembinaan Penjara Negeri Perlis. Akan menjadi milik nya hi hi hi
hi hi hi bodoh punya Mahathir
ZJ
Sesungguhnya Mahathir mudah lupa…..
selepas pemecatan dari MT dan ditendang keluar dari Sri Taman 1969, jalan
dan lenggangnya macam kupang tembaga. Dia sudah lupa siapa kah insan berhati
mulia dan bersimpati yang menumpanginya balik kehotel???
Mahathir mudah lupa ….kepada siapa
dia melobi kehulu kehilir dengan Toyopet hijau kenderaan milek Shaari Jusoh
semata mata untuk balik kepentas UMNO???
ZJ
Ingat kah kau siapakah makluk perosak
yang telah menyebabkan Datuk Jaffar Hassan meletak jawatan??? Beliau membaca
surat beracun hakcipta milek Dato’ Radzi Sheikh Ahmad dalam keadaan terlantar
dikatil dan terketar ketar sambil berlinangan air mata,Arwah adalah mangsa
fitnah dan tohmahan Datuk Radzi Sheikh Ahmad Pariawan Negara yang tiada
berhati perut !!! zalim !!!!
ZJ
Katakanlah “HELL WITH THEM”!!! sesungguh
nya mereka ini memang layak dijahanamkan, mereka perosak bangsa menghapus
jati diri bangsa melayu yang disumbat dengan rasuah
Wahai para BA sekelian khusus
nya Negeri Perlis hamparlah permaidani merah untuknya
Dan bila bertemu bersalam dan peluklah
dia seeratnya moga moga Rakyat Marhaen mendapat berkat.
Sekian Wallahu’alam
Sorayanii
UMNO KunoPerlis
27 Ogos 2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|