.... Wahai Umarak Ulamak Umno/BN, Sedarlah.....
Oleh: Sorayanii

Assalamua’alaikum WW
Salam Sejahtera , Salam Reformasi Saudara Saudari seperjuangan 
….Memohon izin menyambung bicara….

WAHAI UMARAK ULAMAK UMNO/BN SEDARLAH………..

Alkisah maka tersebut lah Sang Utusan Meloya tentang patung Buddha kedua terbesar di dunia berada di Kelantan. Ahai sedap juga propaganda Sang Utusan nii serampang bermata dua,  kata kannnn. Yang satu promo yang satu lagi provok, maksud nya begitulah lebih kurang. Yang promonya menguntungkan negeri Kelantan kerana memberi pengiklanan percuma kepada Kerajaan Negeri tidak perlulah Tok Guru nak iklan panjang lebar tentang perbezaan dan pelbagai agama yang wujud dalam negeri Kelantan.Tidak perlulah Tok Guru menceritakan dalam Brochure pelancongan yang diKelantan ada berhala tidur baring, berdiri dan duduk semua telah diceritakan kalau orang UMNO  @ BN nak datang ziarah tawaf dipersilakan. Terima Kasih …. Kepada wartawan UM @ Media Perdana  lagi pula berat tanggungan Tok Guru nak iklan kepada bakal bakal pelancong kerana tindakan demikian adalah haram, hukum nya murtad mengajak atau menyeru manusia supaya datang menyembah lain dari Allah SWT. Kalau penganut agama Buddha sekadar menziarahi berhala mereka apa salahnya kan kan kann

Yang provok pula nak cerita kepada rakyat Marhaen Bahawa negeri Kelantan, Serambi Mekah mempunyai berhala terbaring yang kedua terbesar di dunia yang terduduk dan terdiri pun ada; semua dikutip derma olih mereka tanpa bantuan sokongan pihak Kerajaan punnn!!!

Yang meluluskan pembinaan semasa pemerintahan siapa ye !! Tanyalah  dulu...
 
Dulu semasa zaman jahiliah sebelum Rasulallah SAW di nubuwahkan orang orang kota Mekah menyusun dan menyembah berhala keliling Kaabah hingga didalam Kaabah pun wujud beberapa buah patung besar besar. Yang melucukan lagi apabila Saidina Omar (sebelum Islam) dalam keadaan lapar telah memakan patung nya sendiri yang diperbuat  dari buah kurma. Apakah kejahilan mereka dihapuskan dengan kapak dan pedang? Tidak sekali!!! 
Rasulallah SAW menghapus kejahilan dengan akhlak, iman amal dan pengorbanan 

Pernahkah saudara-saudara terfikir bagaimana Mahathir telah membawa satu berhala yang sangat besar fitnahnya hingga masakini? Sedarkah kalian agama apa yang dibawa oleh Mahathir ke Malaysia Boleh ketika itu??? Dari manakah datang nya obor yang berapi untuk meyalakan  kawah api Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dulu??? Rakyat dikerah supaya berhimpun di stadium Bukit Jalil dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Hamid Osman kemudian dinyalakan api di kawah tersebut dan bersemaraklah api justeru bersemaraklah semangat insan yang dalam kejahilan. 

Adakah kita diMAJUSIkan oleh mahathir??? Siapakah api yang kita sanjung ketika itu ??? Tak lain tak bukan iblis yang suatu ketika apabila berdepan dengan Allah ia engkar untuk sujud kepada Adam AS kerana apa ye! Kerana angkuh dan sombong  berkelebihan jasadnye dari api (cahaya) dan Adam AS dari tanah. 

Hari ini kita muliakan api malahan kita menghormatinya kalau tidak ada api tidak sahlah upacara sukan tersebut. Begitulah fenomena anutan agama  kejahilan tersembunyi  yang kita hadapi sekarang. Sepatut nya seseorang Islam muslimin apabila mendongak kelangit melihat kebesaran Allah SWT mencipta apa dilangit dan dibumi seraya berdoa: “Rabbanaa Maa Khalaq Tahaa Zaa Baatilaa,  Subaha na faqina azabannar” kita dinasihat supaya memohon perlindungan dari azab neraka disebabkan olih fitnah di langit dan di bumi (bukan terjemahan) tetapi sebaliknya lain pula telah berlaku di mana penonton bersorak dan bertepuk tangan sambil menghayati tembakan bunga api yang memercikan bunga bunga api melakar diangkasa seraya berkata dan memuji : “ begitu indah cantik dan syahdu sekali”. Bilakah Asar dan Maghribnya??? Doanya mengalahkan para para anbiya tetapi hakikatnya  kemenangan kepada Syaitan dan Iblis Sila semak sejarah sukan Olympik dizaman Greek dahulu kala   
(sebelum Masehi) bagaimana api dinyalakan untuk penyembahan Zeus father of the God dan isterinya Hera berserta dengan 10 buah patung dewa yang berkaitan (di harap ada penulis yang  akan menyambung artikel ini).

Satu lagi detik yang bersejarah (bagi yang menghayati) akan berlaku di mana upacara sukan SEA akan berlangsung pada bulan September nanti, obornya berlegar-legar di seluruh Malaysia satu panggilan atau seruan simbolik untuk umat manusia ambil bahagian, akan di julang begitu bersemangat sekali. Tunggulah ketikanya sampai  kawah api Sukan SEA akan menyemarak bernyala lagi di Stadium Bukit Jalil penyembahan api akan berlangsung lagi dan persaksikanlah dan merasailah apakah bala Allah SWT dan fitnahNya akan menyelubungi seluruh Malaysia yang akan mendatang!!! Kita sama sama tunggu dan lihat !!!! 

Fitnah Sukan Komanwel sudah jelas kita rasai bahangnya Pemimpin hilang arah kepimpinannya, AMANAH bukan lagi LIABILITY tetapi sebaliknya berkesempatan menghakmilikan sebagai ASSET sendiri, badan kehakiman menjadi bahan lawak badut dalam sarkas; maka  ketawalah masyarakat dunia sejagat sebaliknya menangis di hati  Rakyat Marhaen kerana malu, ekonomi Negara merudum mencekik hingga nak naik gila gejala gejala sosial bertambah nekad, hingga menafikan Al-Quraan, bertega mengoyak dan memijak mijakNya. Penyembelihan ahli keluarga sudah menjadi lumrah macam drama swasta, samun rompak dan bunuh perkara biasa dalam kehidupan seperti berada dikota kota Metro.

Adakah ini dinamakan kemajuan masyarakat sejagat, masyarakat madani yang para Umarak dan Ulama laung laungkan? Adakah ini satu kecemerlangan dan kegemilangan rakyat Marhaen yang kehidupannya dibuai mimpi penuh fantasi berwawasan dan angan angan menonggak langit sementelahan diberi ubat pelali @ penenang dengan janji janji yang penuh tipu muslihat . Hari ini pembohongan dan penipuan keatas Rakyat Marhaen sudah semakin jelas dan ternyata ....angkara siapa ye!!!

Wahai Umarak UMNO/BN yang rakyat Marhaen laknati!!! Tunggulah sumpahan Rakyat Marhaen termakbul nescaya akan runtuhlah kerajaan yang membina kota pasir di tepi laut akan hancur dihempap gelombang yang sangat dahsyat 

Wahai Ulamak UMNO/BN warisatul anbiya peliharalah lidah kamu daripada mebelai membelit ayat suci AlQuraan dan hadis Rasulallah SAW semata-mata melindungi dan menutupi kedurjanaan umarak yang menghabuan kan kamu dengan  emas dan perak wang ringgit pangkat dan darjat. 

Berkata benarlah kamu !!! janganlah kamu sembunyi ayat ayat Al-Quran bila sampai masa ada kebenaranNya Janganlah melaung meraung mengikut hawa nafsu menterjemahkan ayat-ayat suci al-Quraan menjual jaja Sunnah Rasulullah SAW semata mata memenuhi kantung mu. Rasulullah SAW berkorban dan kasihkan umatnya sebagai bukti setiap malam junjungan kita menangis dihadapan Allah SWT berdoa akan hidayah dan keselamatan umatnya dunia dan akhirat, tidurnya beralaskan daun daun tamar dilapik dengan kulit kulit binatang yang disamak.

Saidina Omar RA menangis apabila melihat badan Rasulullah berbekas kesan dari daun tamar. Tidurnya bukan layak seorang pemimpin Agama seluruh alam; makan-minum dan pakaiannya tidak seperti pemerintah kerajaan Rom dan Parsi yang hidup mewah dalam istana yang menyergam indah. Beliau ditawarkan oleh Kaum Quraisy, wanita yang cantik jelita, harta menggunung pangkat dan darjat yang tertinggi. Tetapi Rasulullah menafikannya justeru meneruskan amanat mandatnya dari Allah SWT untuk sampaikan Agama Islam kepada kita hingga kini.

Wahai Ulamak UMNO/BN peliharalah keberkatanNya janganlah sampai Rasulullah SAW memalingkan wajah beliau dari memandangmu ketika di ALKautsar.

Peliharalah nada suaramu supaya terpelihara YANG HAQ  dan menafikan YANG BATHIL janganlah sampai menjilat jilat sesungguhnya Jahanam itu menjilat jilat apinya.

Jikalau dipelbagai Dataran Forum Perdana kamu merencanakan untuk berselindung……  bersiap siagalah,!!! AWASLAH !!! KAMU KALIAN DI DATARAN MAHSYAR, rencana akan diperjelaskan

Sekian Wallahualam…,

Sorayanii

Indera Kayangan @ Kingdom of BEN KASSIM
7 Ogos 2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!