 |
.... |
Meritokrasi....
Ugutan Alaf Baru
Oleh:
Seterujabat |
Memang sah dan tepat
sekali apa yang selama ini saya nyatakan bahawa Kumpulan yang kita panggil
Kumpulan Eli serta Pakar Akademik di negara ini kebanyakan nya ‘Kuda
Kayu’ dan ‘Pak Turut’ dan dalam Loghat orang Perak dipanggil
‘Tengin’ (dan tongong dan di utara, 'HAPRAK' - WM).
Apa yang ingin saya nyatakan disini
adalah soal dan Isu hangat dan isu yang sekali lagi memperlihatkan Pembunuhan
Melayu di Negara ini oleh Mahafiraun iaitu Mahathir Mamak Malbari. Selepas
44 tahun negara menyambut Kemerdekaan mengapa pada tahun 2001 ini pula
timbul soal sistem ‘Meritokrasi’?
Bagaimana kah Mahafiraun dan Kerajaan
hendak menidakkan segala tindak tanduk mereka adalah atas ‘alasan Politik’
dan bukan nya selain dari taktik politik? Mengapakah tahun 2001 ini pula
tiba-tiba Mahafiraun nampak yang Kaum Melayu peratusan cemerlangnya lebih
rendah dari Kaum Cina? Apakah selama ini peratusan Melayu pernah menandingi
Kaum Cina?
Kalau lah alasan hendak memastikan
pelajar Melayu lulus dengan cemerlang serta hendak memastikan pelajar Melayu
belajar bersungguh-sungguh, bahawa ini menunjukkan yang si Firaun perut
hijau itu amat sayangkan bangsa Melayu lah ye? Sebab itulah dia lakukan
sedemikian, ATAU pun si Mahazalim ini terkilan dan geram sangat kerana
terlalu ramai Siswa-siswi Melayu yang tidak memuja nya lagi. Dan yang terpenting
sekali adalah strategi Mahazalim itu pada tahun 2004 nanti.
Cuba kita bayangkan, sekiranya Tidak
ada kes DS Anwar Ibrahim, tidak ada parti keADILan, tidak ada Barisan Alternatif,
tidak ada semangat REFORMASI dikalangan bangsa Melayu dan tidak ada kekuatan
sokongan Melayu pada PAS, tidak ada keruntuhan UMNO, tidak ada kehilangan
maruah UMNO (UMCINO), pendek kata tidak ada sejarah Hitam seperti sebelum
tahun 1998 dahulu. Adakah Soal Sistem Meritokrasi ini akan wujud ?
Disinilah mengapa saya mengatakan
yang Pakar Akademik negara ini kebanyakannya ‘Kuda Kayu’ dan sebenarnya
mereka adalah ‘Nasi Tambah’ buat Mahathir dan tidak lebih dari itu. Selepas
sahaja Mahazalim mengeluarkan arahan akan mengenakan sistem Meritokrasi,
maka berboyot-boyotlah Naib Canselor dan Pakar Akademik menyokong saranan
tersebut, Persoalannya, mengapakah tidak mereka-mereka ini sendiri yang
mengemukakan usul ini sebelum ini sekiranya mereka ini di gelar Tokoh dan
Pakar Akademik negara?
Saya rasa saudara masih lagi ingat
akan isu PAS.UM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) sedikit masa dahulu.
Cubalah kita nilai kepakaran serta ketokohan mereka ini sehinggakan keputusan
muktamad terpaksa di letakkan pada tangan seorang Doktor dan bukannya Pakar-pakar
serta Tokoh Akademik….di manakah letaknya kredibiliti mereka sebagai ketua
Institusi Pengajian Tinggi. Di mana letaknya kelayakan mereka? Dalam peti
besi Mahathir?
Apakah di Universiti sendiri dibawah
kongkongan Mahathir? Di manakah letaknya profesionalisma sesebuah Universiti?
Apakah Tokoh-tokoh Akademik serta
Naib-naib canselor Universiti percaya akan cakap Mahafiraun tua itu yang
amat terkenal dengan Maha Pembohong serta Maha Penipu yang sistem Meritokrasi
tidak akan mengurangkan Jumlah Kuota Bumiputera masuk ke Universiti? Apakah
mereka sudah melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan format serta
syarat-syarat Sistem Meritokrasi tersebut secara hitam putih?
Percayakah anda bahawa mulai tahun
hadapan proses pemilihan pelajar memasuki ke Universiti akan mengambil
masa yang cukup lambat dan tidak seperti selalunya, dan semua ini akan
di seragamkan ke semua Universiti di Malaysia. Mengapa ini terjadi?….kerana
orang-orang Politik yang bertopengkan Tokoh Akademik akan meneliti dan
memproses borang-borang permohonan. Mana-mana bapa yang di ‘Black List’
sebagai penyokong BA….inilah masanya untuk tahu apakah akibatnya menentang
Mahathir.
Kalau dah dasar tak pedulikan nasihat
dan mengikut perlembagaan sepertimana yang di lakukan terhadap Pemimpin-pemimpin
keADILan dan PAS dengan memenjarakan mereka di bawah akta ISA (Ikut Suka
Aku). Apakah luak nya si Mahafiraun tua itu membuang serta menerajang pelajar-pelajar
Melayu yang di dapati masih tidak menyokong si Tua kutuk itu. Bukan kah
pelajar-pelajar ini telah pun menandatangani borang pengakuan (Sistem Meritokrasi)
semasa masuk ke Universiti dahulu. Apakah kesannya bapa-bapa Mahasiswa
yang di buang itu membuat bantahan terhadap anak-anak mereka yang di buang
Universiti ? kalau dah SUHAKAM yang dilantik oleh kerajaan sendiri membuat
cadangan dan bantahan itu pun di tolak mentah-mentah oleh si Mahafiraun
Tua kutuk tu…..inikan pula beberapa orang bapa pelajar MELAYU yang bangsat-bangsat
dikaca mata Mahafiraun?.
Percayakah anda dengan janji serta
cakap Mahafiraun itu? Sistem Meritokrasi adalah untuk menentukan yang pelajar
Melayu cemerlang dalam pengajian mereka? Apakah akibatnya jika apabila
sistem Meritokrasi tetap di jalankan dan kecemerlangan pelajar-pelajar
Melayu masih di takuk lama? Apakah semua mereka itu akan di buang dari
Universiti? Berapa orang yang tinggal? Siapa yang untung?
Sudah beberapa kali Forum dan perbincangan
dalam TV yang melibatkan tokoh-tokoh Akademik membincangkan akan perkara
kecemerlangan ini, rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pendapat bahawa
Mahasiswa Melayu adalah malas dan suka berpolitik malahan itu bukanlah
sebab mengapa Mahasiswa Melayu kurang Cemerlang.
Mengapakah tidak sistem Meritokrasi
ini di buat pada pasukan Bolasepak negara, di buat pada pasukan Sepak Takraw
negara, dan dibuat pada mana-mana pasukan sukan yang tidak cemerlang? Bukankah
dasar dan tujuannya adalah sama iaitu mengapa orang lain lebih cemerlang
dan kita tidak cemerlang? Mengapa tidak sistem seperti ini di buat terhadap
Kakitangan Kerajaan? Dibuat pada mana-mana Jabatan Kerajaan yang tidak
menunjukkan kecemerlangan? Di buat pada mana-mana Wakil Rakyat yang tidak
cemerlang? Mengapa pula pada Pelajar-pelajar Universiti?…. Kerana mereka
orang kampung dan MELAYU?
Mengapa perkataan ‘Manja’ dan ‘Malas’
di lemparkan hanya kepada Mahasiswa Melayu, walhal kita semua kedengaran
akan perkataan ‘Malas’ dan ‘Manja’ juga di lemparkan terhadap Ahli-ahli
sukan negara, mengapa mereka ini tidak di kenakan Sistem Meritokrasi?
Mengapa pula Pusat-pusat Serenti bertambah
setiap tahun dan wang rakyat hangus begitu sahaja bagi tujuan memulih yang
sukar di pulih dan peratusan yang pulih adalah amat memilukan serta amat
merugikan negara. Mengapa pula penagih-penagih ini tidak di kenakan Sistem
Meritokrasi? Apakah dengan membuang pelajar Melayu dari Universiti semata-mata
kerana fahaman politik lebih menguntungkan dengan melabur wang negara yang
sebegitu banyak untuk memulihkan yang belum tentu pulih? Saya bukannya
hendak menentang dan tidak menghormati akan bekas-bekas penagih dadah akan
tetapi bukankah ini adalah perumpamaan yang terbaik?
Pikir-pikir.
Seteru Astora Jabat.
seterujabat@freeanwar.com.
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
Melayu+Siam = MeSiam
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|