 |
.... |
Awas,Drama
Baru Akan Terbit!
Oleh:
Seterujabat |
Sandiwara baru akan
timbul sedikit masa lagi dengan ada puak yang berpakaian ala-pejuang Mujahidin
Afghanistan mengamuk dan menembak serta mengganas di negara ini. Dengan
adanya sandiwara ini maka rakyat Malaysia di ajak meyakini kononnya memang
ujud para pejuang Mujahidin di kalangan ahli Pas. Selepas sahaja insiden
ini berlaku maka satu akta baru akan di bentuk oleh Rais yatim dan tindakan
yang drastik akan di ambil terhadap parti Pas. Inilah sandiwara yang sedang
dirancang oleh Mahafiraun dan Dolah Badawi.
Sandiwara VCD lucah sudah pun sampai
ke ‘Klimaks’ nya dengan pengharaman penjualan VCD secara terbuka. Yang
mana fokus utama adalah para peniaga CD dan Kaset ceramah-ceramah Pas dan
keADILan, fokus utama bukanlah penyebaran VCD lucah itu sendiri. Kalau
tak percaya, kita lihatlah nanti selepas sahaja semua peniaga CD dan Kaset
Pas dan keADILan di rampas dan di sumbat ke Gua Maut maka akan timbul balik
tauke-taukey VCD yang menjual secara terbuka. Sandiwara ini dinamakan ‘Sandiwara
Blues’, maklumlah VCD ‘Debat Olok Umno’ amat laris macam goreng pisang
dan si Mahafiraun itu amat malu dengan kelakuannya serta kebodohan ulama
Umno dalam Debat tersebut. Maka taukeh-taukeh VCD yang menyara mereka sebelum
ini telah di berikan ‘Signal’ yang arahan ini hanya sementara untuk mereka.
Sandiwara ‘Black Metal’ pula sedang
rancak di jalankan, ini adalah untuk membolehkan ramai ibu bapa membenarkan
anak-anak mereka menyertai Puteri Umno akibat takutkan anak-anak mereka
terjebak dengan kumpulan ‘Black Metal’. Malah dalam taktik Umno itu sendiri
memfitnah bahawa ‘Black Metal’ di sokong oleh Parti Pas. Apa punya gila
!
Mana hilangnya Kes Dato’ Fauzi
Abd Rahman?
Mana hilangnya Kes Dato’ Abu Hassan
Omar?
Mana hilangnya cerita si Samseng
Rahim Noor?
Mana hilangnya Kes Pembelian MAS?
Mana hilangnya Kes Pembelian Renong?
Mana hilangnya cerita Penderitaan
Ezam, Badrul Amin dan lain tahanan ISA?
Mana hilangnya Kes Rawatan Anwar
Ibrahim?
Mana hilangnya Kes KWSP?
Mana hilangnya Kes Tabung Haji?
Maka aku amat yakin sekali, Mahafiraun
dan adik Firaun si Dolah Badwi akan melancarkan satu lagi pementasan Sandiwara
‘Teater’ untuk mengutip pejuang-pejuang Pas dan keADILan sehingga ke akar
umbi nya. Siapa yang berani nak marah mereka?…orang UMNO nak marahkan mereka?
Hahahaha…. Bukankah U.M.N.O itu bermaksud ‘Untuk. Money. No. Objection’
(UMNO)
Bukankah Puak-puak Elit di negara
ini semuanya Dayus? Mengaku sahaja Melayu. Dulu bukan main lagi UMNO membantah
penubuhan Universiti Merdeka yang di anjurkan oleh Lee Kim Sai (Ketua MCA)
ketika itu sehingga Najib anak Razak tu tak sedarkan diri mengamuk konon
marahkan puak Cina yang pijak kepala Melayu. Sekarang ini yang peliknya
UMNO pula yang meng ‘Offer’ kepada MCA supaya menubuhkan Universiti Kaum
Cina. Apakah UMNO sudah Gila? Atau Melayu sudah sampai ke akhir zamannya?
Atau sememangnya MAHATHIR MOHAMED telah berjaya dalam ‘Perjuangan Belum
Berakhir’?
Pikir-pikir.
seterujabat@freeanwar.com.
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|