 |
.... |
Dialog:
Khalifah Umar Abdul Aziz Vs Mahathir Mohamad Kutty
Oleh:
Sham Abadi |
Bayangkan sekiranya
Khalifah Umar Abdul Aziz, (KUAA) seorang khalifah kerajaan Bani Umaiyah
yang terkenal dengan keadilannya memerintah berlandas hukum-hukum Islam
hidup di zaman ini dan menguasai sebuah empayar yang besar di mana Malaysia
di bawah pimpinan Mahathir Mohamad Kutty (MM) adalah sebahagian daripada
negeri yang bernaung di bawah pemerintahannya.
Tatkala Mahathir Mohamad Kutty mengisytiharkan
bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam Moden yang pemerintahannya berlandaskan
hukum Islam.
Maka Khalifah Umar Abdul Azizpun menghantar
utusan kepada Mahathir, mengarahkannya mengadap Khalifah di Istananya di
Damsyek.
Sesampainya Mahathir di sana dan terus
mengadap Khalifah Umar Abdul Aziz, maka antara butir perbicaraan mereka
adalah seperti berikut:
KUAA : Selamat datang wahai PM MM
ke Istana beta yang sederhana ini.
MM : Terima Kasih Tuanku. Berapakah
harga membina Istana Tuanku ini kalau tidak menjadi keberatan bagi Tuanku
patek bertanya ?
KUAA: Ohh !!! sangat mahal harganya
tidak layak dengan kedudukkan beta sebagai Khalifah lebih daripada RM10
juta. Terlalu tinggi harganya !!!!
MM : Ohh… itu tidak mahal tuanku dengan
kedudukan Tuanku sebagai Khalifah yang memerintah Empayar Islam dari Afrika
sampai ke Timur jauh itu tidak mahal…. Istana Patek di Putrajayapun berharga
lebih RM 200 juta.
KUAA : Tidak mengapalah PM MM dengan
apa anda datang ke mari ?
MM : Patek datang ke mari dengan menaiki
jet peribadi patek yang berharga lebih daripada RM200 juta.
KUAA : Wah !!! hebat kenderaan kamu
PM MM. Beta hanya menunggang unta dan kuda sahaja untuk bergerak. Nampaknya
kamu gemar dengan angka dua?
MM : Benar Tuanku … malah patek percaya
angka 2 itu selalu memberikan tuah kepada patek walaupun Ulama di negeri
patek kata menilik nasib itu adalah syirik tapi patek masih percaya kepada
tuah angka 2 itu kepada patek. Sebab telah terbukti patek adakan pilihanraya
Umum yang lalu pun berpandukan angka 2 . 29 hb. Nov. 1 + 1 =2 dan 2 + 9
= 11 ,1 + 1 = 2 juga Tuanku.
(Pilihnaraya kecil N8 Indera Kayangan:
19 Jan: 1+9+1 = 11 = 1+1 = 2!)
KUAA : Jadi kamu percaya kepada bertenung
nasib PM MM?
MM : Benar Tuanku dan telah terbukti
kebenarannya ..
KUAA : Tapi kamu baru sahaja mengisytiharkan
Malaysia sebagai Negara Islam …. Tahukah kamu wahai MM yang bertenung nasib
dan berjudi itu adalah salah satu dari tujuh kesalahan besar di sisi Allah
MM?
MM : Orang besar patek bekas Ketua
Polis Negara patek mendakwa .. tidak jumpa ayat melarang berjudi dalam
Al-Quran …. Tuanku !!! Sebab itulah walaupun kami negara Islam, kami ada
pusat perjudian terbesar di Asia Tenggara ini di Genting Highland, nama
tempatnya tuanku. Oleh kerana pengarahnya tidak jumpa ayat yang melarang
berjudi dalam Al-Quran maka Malaysia bolehlah diistiharkan sebagai Negara
Islam.
KUAA : Oh… begitu helah kamu ya MM
, …. Siapa pula di sebelah kamu itu wahai MM ?
MM : Perkenalkan ini isteri patek
Asmah namanya dan di sebelah sana pula Timbalan Patek Dollah Badwi dan
Isterinya Hendon.
KUAA : Wahai MM kamu sebagai seorang
ketua negara Islam, mempamerkan Isterimu di hadapan beta tanpa menutup
aurat ???? dan Timbalan kamu juga membawa isterinya tanpa menutup aurat
?? Kamu pula mendakwa Malaysia sebagai sebuah Negara Islam ????
MM : Benar tuanku … soal menutup aurat
itu adalah hak seseorang itu, kalau seseorang itu menutup auratpun tidak
bermakna yang dia tidak melakukan maksiat tuanku dan yang tidak menutup
aurat itu juga tidak bermakna dia melakukan maksiat tuanku….sebab itulah
negara Islam patek tidak mewajibkan mereka menutup aurat tuanku…. Lagipun
Isteri patek ini hanya memakai wig tuanku bukannya rambut betul…….
KUAA : Wahai Dollah Badawi isteri
kamu Hendon mengingatkan beta kepada peristiwa Perang Uhud. Perempuan yang
memamah dan cuba menelan hempedu Saidina Hamzah r.a. Hendun juga namanya.
Dollah Badawai : aaa…….????????????????
KUAA : Wahai.. Dollah kamu cucu seorang
Ulama terkenal di negeri kamu apa kamu tidak tahu perbuatan isteri kamu
menyalahi hukum Islam dan kamu tidak menasihatkan MM ini tentang hukum
Islam ????
Dollah Bad. : Benar tuanku malah datuk
patek adalah antara pengasas Parti Islam Se-Malaysia Tuanku. Tetapi patek
tidak menyokong mereka kerana MM kata mereka ini Militan walaupun patek
tahu itu yang sebaliknya. Tapi tuanku patek hanya menurut perintah MM tak
boleh di tegur tuanku….nanti patek akan menerima nasib yang sama dengan
Anwar Ibrahim……..
Dollah Bad. : Memang menjadi dasar
patek untuk menurut perintah ketua patek secara membabi- buta tuanku… sebab
itu dulu ketua patek Samad Idris suruh patek jadi bendahari Nasrul Haq
sebuah pertubuhan yang diistiharkan sebagai ajaran sesatpun patek terima
juga tuanku….
MM : Tuanku… tentang penasihat itu
sebenarnya patek telahpun mempunyai penasihat hal-ehwal Islam ..Hamman
namanya.. tuanku ..
KUAA : Apa ?? Hamman yang serupa macam
di zaman Firaun itu ?
MM : Bukan begitu sepenuhnya tuanku
tetapi adalah sedikit persamaannya .. Patekpun suka di gelar Mahafiraun…
maka penasihat patek tentulah Haman gelarannya…. Sekarang ini adalagi satu
gelaran untuk patek………… MAHAFRAKAUN gelaran diberi…kununnya lebih hebat
dari Mahafiraun tuanku..
KUAA : MM dan Dollah beta lihat pakaian
kamu seperti tidak melambangkan kamu sebagai pemimpin sebuah Negara Islam
.
MM : Sebenarnya tuanku zaman Rasullullah
dulu tidak ada Gillete untuk cukur janggut pasal itulah Nabi dan para sahabatnya
tidak cukur janggut kalau ada Gillete pasti Nabipun berpakaian seperti
kami ini tuanku ……
Dollah Bad. : Benar sebagaimana yang
dikatakan oleh Boss saya MM tu tuanku…..
KUAA : Bukankah mengikut perbuatan
Nabi Muhammad saw itu adalah satu sunah… ???
MM : Si Haman yang menjadi penasihat
patek tak kata apapun mengenainya tuanku… malah dia bertepuk tangan bila
patek sebutkan pasal janggut Nabi itu tuanku…..
Dollah Bad. : Benar tuanku malah bila
rakan kami Sammy Vellu berkata Al-Quran boleh bikin lebuhraya ka ??? pun
Haman sengih saja bila ahli-ahli Umno kami tepuk tangan tuanku….
KUAA : ??????!!!!!??????? ………. Ini
kah yang kamu katakan Negara kamu ini Negara Islam wahai MM dan Dollah
Bad. ???
Wallahhuaklam………….
Dialog ini terhenti di sini kerana
Khalifah Umar Abdul Aziz amat murka … dan menghentikan perbualan mereka
setakat itu sahaja……
Artikel ini hanya rekaan semata-mata
………….tetapi…………….
ShamAbadi - 02.12002
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://e-umno.tripod.com/