|
.... |
Indera
Kayangan:
Masih
Wujudkah Pengundi Hantu?
Oleh:
Sham Abadi |
Indera Kayangan bakal
menjadi medan pertempuran antara BN dan BA seterusnya sementara edah untuk
mengadakan pilihanraya kecil jika berlaku kekosongan masih ada sehingga
penghujung 2002 ini.
Inilah masa yang sesuai untuk pengundi
menghantar mesej yang jelas kepada Mahathir dan kuncu-kuncunya tentang
isu-isu semasa yang sedang melanda negara kita. Undi kepada BA dan seterusnya
menumpaskan BN memberi kesan yang amat ditakuti oleh Mahathir dan Shahidan
Kassim. Agar memberi peringatan kepada mereka bahawa mandat yang diberikan
untuk mentadbir Malaysia amnya dan Negeri Perlis khasnya bukanlah dalam
bentuk "Blank Cheque" yang mana boleh mereka gunakan sewenang-wenangnya
tanpa mengambil kira kebajikan dan perasaan rakyat.
Bersama mandat itu tersedia amanah
dan tanggungjawab untuk memaju dan membela rakyat. Tetapi kini apakah pembelaan
terhadap rakyat yang dilakukan oleh BN ? Jawapannya TIADA kalau adapun
bersama jerat yang terpasang. Laksana Telunjuk lurus kelingking berkait.
Kenaikan 10 % gaji kakitangan kerajaan
di neutralisekan dengan kenaikan kadar indeks inflasi dengan kenaikan harga
minyak petrol dan kadar toll yang mana semua barang keperluan harian di
angkut menggunakan pengangkutan yang memerlukan petrol dan perlu membayar
toll, pastilah harga barangan pun meningkat naik, jadi apalah nikmat kenaikan
gaji 10% itu dapat dinikmati oleh kakitangan kerajaan? Wal hasil balik
asal. Tetapi bagi rakyat yang bukan daripada golongan peniaga dan kakitangan
kerajaan !!!!!!! terpaksa menanggung beban yang bertambah………….
Jadi kakitangan kerajaan yang bakal
mengundi di Indera kayangan penulis menyeru agar jangan mudah terpedaya,
hanya dengan mendapat habuan kenaikan 10 % kita lupa tentang ketidak-adilan
sistem perundangan, ISA, penyalah gunaan institusi kerajaan seperti polis,
kehakiman, Peguam Negara, Ugutan ke atas penerbit media, penyelewengan
kuasa oleh elit pemerintah, rasuah yang berleluasa dan bermacam-macam lagi
kebobrokan dan kepincangan yang terdapat dalam kerajaan pimpinan BN ini.
Gunakan kesempatan yang ada ini untuk menyatakan protes kita…………….
Pembangunan tidak boleh menjadi bahan
ugutan BN lagi kerana Indera Kayangan adalah Bandar Kangar. BN tidak
mampu untuk tidak membangunkan Kangar.
Isu terbesar yang menghantui orang
Melayu mutakhir ini adalah meritokrasi. Penulis telah menulis beberapa
artikel tentang meritokrasi ini. Meritokrasi adalah sistem baru kemasukkan
ke IPTA yang mengikut merit dengan mengetepikan sistem yang telah
teruji selama ini iaitu sistem kuota.
Adapun sistem kuota ini telah menjamin
kemasukan anak Melayu yang berkelayakan ke IPTA tetapi sistem meritokrasi
langsung tidak memberi jaminan kemasukan ke IPTA untuk anak-anak Melayu
kampung yang jauh ketinggalan dari segi kemudahan fizikal untuk bersaing
dengan anak-anak bukan-Melayu yang berada di bandar-bandar besar yang mempunyai
segala bentuk kemudahan pendidikan.
Umno dikatakan kononnnya membela nasib
bangsa Melayu: Itu adalah yang mereka dakwakan selama ini. Tetapi cuba
kita lihat BIASISWA adalah antara komponen yang terdapat dalam perlembagaan
persekutuan di bawah tajuk keistimewaan Melayu. JELAS DENGAN JELAS SEJELAS
JELASNYA bahawa biasiswa itu adalah antara hak keistimewaan Melayu tetapi
kenapa Mahathir sanggup menghapuskannya? dan Umno mendabik dada sebagai
pembela ketuanan Melayu ???????
Tanah Melayu tergadai kepada korporat
Kroni ……… apakah Umno membela nasib Melayu? Apabila kroni yang merampas
tanah Melayu itu mengalami kerugian besar Mahathir menggunakan wang rakyat
untuk "bail out" kroni tersebut sedangkan tanah Melayu terus tergadai dan
perampok yang merompak terus dibela. UMNO bela Melayu ??????
Kalau setakat nak menghulur bantuan
kepada mangsa banjir dengan memberikan beras, tepung, gula dan lain-lain
atau menyediakan majlis berbuka puasa saban hari menjelang pilhanraya kecil
Indera Kayangan …. itulah nak dikatakan membela nasib Melayu …. Maka begitu
rendah sekalilah martabat orang Melayu pada pandangan UMNO/BN ini. Selayaknyalah
Bangsa Melayu dibumi Melayu ini menjadi pengemis di Bumi sendiri gara-gara
menyokong Umno/BN dan yang mengaut segala kekayaan di bumi ini adalah kroni
pemerintah dan tauke-tauke MCA yang sentiasa tidak takut untuk mencurahkan
berbillion RM untuk sesuatu projek kerana mereka tahu jika rugi mereka
bakal diselamatkan oleh Umno/ BN menggunakan wang rakyat ….
Kalau menjadi pengemis di bumi sendiri
dan mengiakan martabat kita pada pandangan Umno/BN itulah yang dikehendaki
oleh para pengundi Indera Kayangan teruslah menyokong BN. Kerana Allah
tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang bertindak
mengubahnya sendiri….
Jadi kepada pengundi Indera Kayangan,
penulis mengajak marilah kita sama-sama berganding bahu tanpa mengira apa
jua keturunan dan kaum. Kita sama-sama turun mengundi memenangkan calon
BA untuk memberi pengajaran kepada Umno/BN agar sentiasa akur bahawa rakyat
adalah hakim negara yang sentiasa menilai tahap perkhidmatan BN…..
Undilah calon BA …….
Allahuakbar 3x …..Reformasi….3x.
Reformis keADILan,
ShamAbadi - 01.01.2002
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://e-umno.tripod.com/