|
.... |
Indera
Kayangan:
Apa Peluang KeADILan?
Oleh:
Sham Abadi |
Adalah difahamkan bahawa
Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 02.01.02 ini bagi menetapkan
tarikh penamaan calon serta jika ada pertandingan, menetapkan tarikh pilihanraya
kecil DUN Indera Kayangan .
Dengan itu perang antara BA dan BNpun
akan diisytiharkan secara rasminya, walaupun pihak BN telah memulakan serangan
melalui media cetak dan elektronik dengan penyebaran fitnah dan memutar
belitkan kenyataan pemimpin-pemimpin BA bertujuan untuk mengadu–dombakan
parti-parti terbabit dalam pakatan BA.
Namun, yakin dan percayalah para penyokong
BA sedikitpun tidak akan terpedaya dengan taktik sedemikian kerana alah
bisa tegal dek biasa. Apa lagi yang tidak dilakukan oleh BN dalam merencana
taktik kotor mereka. Para pengundi DUN Indera Kayangan perlu sentiasa diingatkan
selalu tentang kewujudan taktik kotor BN ini.
Para pengundi DUN Indera Kayangan
seharusnya perlu dimaklumkan berkenaan taktik kotor ini. Penulis di fahamkan
Shahidan Kassim telah mengumpulkan kumpulan samseng “Gagak Hitam”
untuk menjalankan kegiatan subversif bagi pihak BN dan akan menggunakan
media yang mereka kuasai kononnya kegiatan subversif itu dilakukan oleh
para petugas dan penyokong BA.
Para pengundi juga perlu diingatkan
tentang kejadian kumpulan samseng bermotosikal menggunakan cat sembur berwarna
hijau yang menyembur pada kain jemuran dan pintu rumah para pengundi atas
pagar lambang PAS saolah-olah perbuatan itu dilakukan
oleh kumpulan samseng upahan PAS sedangkan ia adalah perbuatan kumpulan
gagak hitam ini, anak didik Shahidan Kassim. Kali ini mungkin berlaku
dengan lamabang mata pula !!!!!!!
Sekarang ini telah menjadi rahsia
umum tentang ke arah mana pola pengundian masyarakat Melayu mutakhir
ini yang secara kebetulan bakal menjadi penentu kepada kemenangan calon
yang bertanding di DUN Indera Kayangan ini.
Hasil daripada culaan undi yang dijalankan
pada Pilihanraya Umum 1999 yang lalu pengundi Cina hanya memberikan sejumlah
165 undi sahaja kepada calon keADILan yang bertanding di DUN Indera Kayangan
manakala sekitar 95 undi untuk ke ADILan datangnya daripada pengundi India
dan Lain-lain. Baki 1601 undi yang diperolehi oleh keADILan adalah daripada
pengundi Melayu, menjadikan jumlah undi untuk keADILan sebanyak 1851.
Tetapi itu adalah untuk Pilihanraya
Umum 1999. Kita kaji pula statistik PRU 1999 secara mendalam :
Undi BN =
3825
Undi BA =
1851
Undi Rosak =
154
Jumlah Mengundi =
5830
% mengundi =
72 %
Hasil culaan yang dilakukan mendapati
, pecahan undian mengikut kaum adalah seperti berikut :
Melayu = 1601 , 60 % daripada 2770
dengan 70 undi rosak, Cina = 165, 6 % daripada 2700 dengan 70 undi rosak
dan India dan lain-lain = 95 , 30 % daripada 360 dengan 14 undi rosak.
Dengan mengambil kira undi Melayu
kepada keADILan bakal bertambah sebanyak 10 % lagi dan 70 % pengundi baru
sebanyak 500 pengundi memberikan undi kepada BA menjadikan pertambahan
undi kepada keADILan sebanyak 270 + 350 = 620.
Manakala pengundi Cina yang dulu pada
1999 memberikan undi total kepada BN bakal berubah hati kerana telah mengenali
keADILan yang telah berusia hampir 3 tahun berbanding hanya 7 bulan dahulu.
Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal baru mula mencintai keADIlan. Disulami
dengan isu-isu yang mengguris hati orang-orang Cina seperti Suqiu, Sekolah
wawasan, Sekolah Damansara, Nan Yang Siang Pau dan China Press serta perpecahan
dan pergolakkan yang membarah dalam MCA bakal melihat perubahan sikap pengundi
Cina terhadap MCA / BN. Kita hanya memerlukan perubahan sikap 30 % sahaja
dikalangan orang Cina untuk memenangi kerusi Indera Kayangan ini.
Perhatikan perkiraan ini :
30 % daripada 2700 pengundi Cina yang
berubah hati menjadikan pertambahan undi kepada keADILan menjadi 810 undi.
Dengan mengambil kira 75 % daripada
sekitar 8000 pengundi keluar mengundi iaitu sebanyak 6000 pengundi keADILan
hanya memerlukan lebih sedikit daripada 3001 undi sahaja untuk menang.
Jadi dengan undi sebanyak 1851 yang
sedia ada di tambah pula dengan undi Melayu dan pengundi baru sebanyak
620 dan undi masyarakat Cina yang bakal berubah sikap terhadap keADILan
sebayak 810, undi yang bakal di perolehi oleh keADILan, InsyaAllah adalah
sebanyak, 1851 + 620 + 810 = 3281. Ini tidak termasuk perubahan sikap pengundi
India dan Lain-lain yang kita anggap amat penting dan sebagai bonus kepada
keADILan.
Apa yang menarik adalah mampukah para
petugas keADILan daripada kaum Cina menarik undi masyarakat Cina sebanyak
itu ?
Tugas berat perlu dipikul oleh Ng
Lum Yong dan Cheah Kah Peng dengan ketiadaan Tian Chua yang sekarang ini
merengkuk di Kemunting gara-gara akta Zalim ISA. Di sini bantuan
petugas PRM dan DAP perlu ditagih sebagai mana Lunas.
Difahamkan juga sebuah bas bakal datang
dengan membawa petugas DAP dan keADILan daripada masyarakat Cina Lunas
yang telah berjaya memobilisasikan sokongan masyarakat Cina di Lunas kepada
keADILan dan kita amat berharap misi kita kali ini bakal meraih kejayaan
sebagaimana yang berlaku di Lunas.
Lupakan Likas dan Sarawak sebab Sabah
dan Sarawak amat jauh dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dengan Semenanjung
ini. Manakala perkaitan antara Lunas dan Indera Kayangan ini adalah amat
relevan sekali.
Ayuh para petugas dan pencinta BA
jom pi Pereligh kita LUNASkan hutang Likas dan Sarawak di Indera Kayangan.
Allahuakbar 3X…………. Reformasi 3 X
Reformis KeADILan,
Reformis keADILan,
ShamAbadi - 24.12.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://e-umno.tripod.com/