.... Kini Giliran Akhbar / Tabloid Tak Berkala Pula
Oleh: Sham Abadi

Rancangan Mahathir dan Dollah Badawi untuk menutup segala ruang demokrasi yang masih berbaki sedikit ini berterusan sehinggalah semuanya berkubur barulah puas hati mereka. Sehingga langsung tidak ada suara penentangan terhadap kedurjanaan yang mereka lakukan laksana beraja di mata dan bersultan di hati. Kekejaman demi kekejaman yang mereka lakukan mendapat sokongan daripada para juak-juak dan Mat yeh – Mat Yeh yang mendapat habuan duduk di kerusi empuk dalam kabinet ikut jalan belakang. Para pendekar Umno yang turun gelanggang bertanding menentang BA dalam pemilu ke 10 yang lalu dan menang pula hanya terlopong menggigit jari melihat kerusi idaman mereka diserahkan bulat – bulat oleh Raja Mendeliar kepada Mat Yeh – Mat Yeh tadi. Padan muka, kalau dah memang tak bertelor dan tak berani menegur Raja Mendeliar itu maka terliur aje le kerusi kabinet dikebas orang. Dah dasar berjiwa hamba tidak berani  menuntut hak. Itulah sebenarnya pemimpin Umno yang ada pada hari ini hanya tunduk kepada segala arahan Mahathir dan Dollah Badawi tanpa mengambil kira prinsip perjuangan Umno sebenar.

Maka semakin dangkallah Mahathir dan Dollah ini merobek dan merogol sistem demokrasi yang ada di Malaysia ini. Bermula daripada kes Anwar Ibrahim dimana segala institusi kerajaan yang berkaitan diperkudakan sewenang – wenangnya hanya untuk melenyapkan sama sekali pengaruh Anwar yang telah berakar umbi di jiwa dan hati rakyat marhaen. Namun nampaknya Isu Anwar ini tetap segar dalam ingatan rakyat dan akan tetap relevan selagi keadilan ke atas Anwar tidak ditunaikan.Ini disusuli pula dengan penahanan ISA terhadap kepimpinan Pemuda keADILan. Namun isteri – isteri, anak – anak dan ibu –ibu mereka pula yang tampil ke hadapan membela nasib mereka , sekali lagi sangkaan dan terkaan Mahathir dan Dollah meleset. Populariti Umno dan Mahathir menjunam merudum ke bawah malah menjadi bahan cercaan rakyat pula.

Usaha diteruskan lagi , kali ini dengan arahan larangan berceramah pula . Dengan kekuatan anggota Polis, PGA dan FRU Dollah pula menjadi dalangnya memaksa dan mengugut dengan tangkapan terhadap rakyat yang datang untuk mendengar pandangan alternatif dari BA. Sedangkan kita semua tahu dalam perkara 10 Perlembagaan Malaysia membenarkan rakyat bersuara dan berhimpun secara aman . Manakala akta Polis pula menyatakan untuk berhimpun lebih dari 5 orang perlu mendapatkan permit dari pihak polis dan pihak polis pula atas budi bicara setelah berpuas hati perhimpunan itu tidak menimbulkan kekacauan hendaklah membenarkan perhimpunan tersebut diadakan.

Sekarang kita mahu bertanya kepada pihak polis adakah perhimpunan kita itu berkesudahan dengan kacau bilau terhadap ketenteraman awam jika pihak polis bertindak secara professional? Belum pernah terjadi perhimpunan kita berakhir dengan kekacauan jika pihak polis tidak memulakannya dahulu. Saya pernah menyertai perhimpunan hapuskan ISA di Kemunting, Perak dan berakhir dengan ceramah berapi-api oleh para penceramah di markas PAS Kemunting tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kerana pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan provokatif. Begitu juga perarakan besar-besaran penyokong BA semasa penamaan Calon dalam pilihanraya kecil Lunas . walaupun helikopter polis terbang rendah di atas kepala yang menyebabkan debu berterbangan menyesakkan nafas para penyokong BA , namun para penyokong BA tidak pun menunjukkan sebarang tanda melawan terhadap polis, sedangkan jumlah penyokong BA pada hari itu melebihi 30,000 orang . Mana terlawan oleh polis jika para penyokong BA mengamuk pada hari itu. Tetapi tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku walaupun 2 minggu sebelum itu peristiwa malang berlaku di lebuhraya Kesas yang mana pihak SUHAKAM telah dengan terang menyalahkan polis yang bertindak ganas. 

Setelah larangan berceramah berkuat kuasa atas alasan menggugat keselamatan negara, penjualan VCD secara terbuka pula diharamkan kononnya untuk membenteras VCD lucah dan cetak rompak. Serbuan demi serbuan dijalankan dan berakhir dengan serbuan ke atas peniaga yang menjual VCD ceramah BA. 

Sebenarnya matlamat utamanya adalah untuk membenteras penjualan VCD ceramah BA dan berselindung disebalik VCD lucah. Kita rasa pihak penguatkuasa ini begitu bodoh sekali kerana sepanjang pengalaman saya yang telah hampir mencecah 30 tahun ini belum pernah saya melihat penjualan VCD lucah dijual secara terbuka . Malah bodoh sangatlah peniaga itu jika berani menjual VCD lucah secara terbuka.

Kelmarin saya terbaca pula dalam akhbar The Star, Dollah berkata akhbar / tabloid Lucah tak berkala pula adalah sasaran seterusnya. Sekali lagi kita nak tanya mana ada majalah atau tabloid lucah tak berkala dijual ? Yang ada hanyalah majalah Lucah yang mendapat permit dijual seperti majalah MANGGA yang memaparkan gambar artis dengan gaya seksi meksi. Apabila gejala sosial , keruntuhan akhlak berleluasa dikalangan remaja kita GURU yang dipersalahkan sedangkan majalah tadi yang mendapat permit KDN lah yang patut dipersalahkan kerana para artis itu adalah idola kepada remaja ini.

Penulis meramalkan tujuan Dollah menimbulkan isu ini adalah berfokuskan kepada tabloid politik tak berkala dan bukannya majalah lucah tak berkala. Sebab majalah lucah yang berkala memang telah wujud, apa perlu kepada majalah yang tak berkala jika yang berkalanya telah ada dan mendapat permit pula. Ahmad Lutfi Othman , Tarmizi Md. Jam , Suria Janib dan lain – lain kini giliran anda pula untuk menerima bahananya bersedialah………

Kepada para GURU dan warga pendidik sekelian yang telah diserang habis – habisan oleh Utusan Meloya , penulis bakal menyediakan satu lagi artikel untuk anda semua……

Reformasi 3X……..Allahuakbar 3X…………

Reformis keADILan,

Allahuakbar 3x…………..Reformasi 3x…….

Reformis keADILan,
ShamAbadi

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!