 |
.... |
MERITOKRASI:
MELAYU
UMNO TUNGGU APA LAGI?
Oleh:
Sham Abadi |
Mahathir menggila lagi.
Kali ini sistem kuota pula yang hendak diperkosa. Ini tak lain dan tak
bukan kerana orang Melayu dan pelajar-pelajar Melayu telah terang-terang
menunjukkan penentangan terhadap pemerintahannya. Yang tinggal cumalah
orang Umno yang telah berjiwa hamba , yang tidak berani menyanggah segala
titah perintah Mamak Bendahara yang sememangnya menganggap orang Melayu
itu HAPRAK dan tidak layak untuk dibela.
Kalau kita sorot kembali sejarah sistem
kuota ini, ia bermula daripada penolakkan orang Melayu terhadap Umno dalam
pilihanraya Umum 1969 dan peristiwa hitam 13 Mei adalah kemuncak kepada
rasa tidak puas hati tersebut . Bila diadakan ujian dan analisis
punca kepada ketidakpuasan hati orang Melayu adalah terdapat jurang yang
amat dalam antara orang Melayu dan bukan Melayu baik dari segi ekonomi
maupun pendidikan. Hasil daripada konvensyen ekonomi Bumiputra maka wujudlah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menuntut diusahakan 30% kek ekonomi negara
kepada Bumiputra dan sistem kuota kemasukan pelajar Bumiputra ke IPTA iaitu
sebanyak 70 % dan di kurangkan sedikit demi sedikit mengikut peredaran
masa sehinggalah sampai ke 55 % dan akan kekal di situ.
Penghapusan sistem kuota dan bakal
digantikan dengan meritokrasi adalah natijah daripada politik balas dendam
Mahathir terhadap bangsa Melayu kerana telah menolak kepimpinannya . Statistik
dalam pilihanraya umum ke 10 yang lalu menunjukkan 64 % orang Melayu memberikan
undi kepada BA dan kemenangan BN hanyalah kerana undi total orang bukan
Melayu terhadap BN. Meritokrasi adalah merupakan HUKUMAN Mahathir terhadap
orang Melayu.
Gara-gara hendak menawan kembali undi
orang Melayu Mahathir telah menyerang pula orang Cina dengan harapan orang
Melayu akan kembali menyokong BN. Akibatnya undi orang Cina memihak kepada
BA dalam pilhanraya kecil Teluk Kemang dan Lunas. Tetapi undi orang Melayu
masih lagi kekal dengan BA . Malah menurut laporan risikan daripada para
SB yang saban hari memberikan laporan terus kepadanya menunjukkan peratusan
orang Melayu yang menyokong BA telah meningkat kepada 68 % . Inilah
yang melemaskan Mahathir dan Dollah Badwi. Kita juga telah sedia maklum
sikap orang Melayu yang sentiasa setia terhadap Parti yang didokong kecuali
sesuatu yang besar berlaku seperti kes Anwar Ibrahim yang menyebabkan peralihan
undi orang Melayu daripada BN kepada BA dan kita juga tahu setakat ini
berbagai percubaan dilakukan uintuk menarik kembali sokongan orang Melayu
tetapi masih lagi gagal.
Jadi dalam kepala otak Mahathir ,
jika undi Melayu telah lepas dari genggaman maka terpaksalah berjinak-jinak
dengan undi Cina pula walau pun dia tahu undi Cina tidak pernah kekal kepada
satu – satu parti . Undi Cina lebih bersifat ‘pendulum’ dari satu pemilu
ke pemilu yang lain. Maka meritokrasilah satu dari jalannya.
Dengan meritokrasi, jumlah pelajar
Melayu yang layak masuk ke IPTA hanyalah tidak sampai 10 % . Adakah ini
yang orang Melayu Umno mahu ? Supaya bangsa Melayu ini BODOH dan mudah
di LEMBU kan oleh UMNO BARU’A’ . Nyatalah UMNO BARU’A’ ini PENGKHIANAT
BANGSA dan menjadi BARUA Mahathir.
Wahai orang Melayu Umno BaruA jika
meritokrasi ini diluluskan oleh parlimen nanti adakah jaminan anak-anak
tuan-tuan dan puan-puan akan di terima masuk ke IPTA jika hanya lulus sederhana
SPM atau STPM nanti. Adakah anda semua tidak bercita-cita untuk melihat
anak-anak Melayu ke Menara gading. Dalam keadaan Negara mengamalkan sistem
kuota pun jumlah anak Melayu yang menjadi tenaga Professional hanya dalam
lingkungan 20 % sahaja dalam Negara kita ini. Jika meritokrasi dilaksanakan
bilangan Professional Bumiputera mungkin tinggal kurang dari 5 % sahaja
.Inikah yang anda mahu ? Inikah yang dikatakan Umno dan Mahathir itu penyelamat
Melayu ? Ingatlah wahai Melayu Umno baruA anak cucu anda akan mengencingkan
kubur anda sekiranya meritokrasi ini menjadi kenyataan. Anda Orang Melayu
sedangkan Mahathir itu Bukan Melayu dan MAHATHIR
ITU PENGKHIANAT MELAYU!!!
Benarlah kata Hang Tuah Takkan Melayu
Hilang Di Dunia. Yang Hilang adalah JIWA dan SEMANGAT MELAYU . Yang
tinggal hanyalah Melayu berjiwa Hamba yang boleh dibeli dengan RM 50.00
dan kain pelikat 5 tahun sekali. Itulah Melayu Umno Baru ‘A’.
Wahai Melayu Umno Baru ‘A’ nak tunggu
apa lagi ? Ini bukan persoalan politik tetapi ini adalah soal ‘survival’
Melayu di Tanah Melayu. Jangan jadi seperti pepatah “Ayam di kepuk mati
kelaparan, Itik di air mati kehausan”. Bertindaklah sekarang sebelum nasi
menjadi bubur. TURUNKAN MAHATHIR DARI PUNCAK KUASANYA.
NYAH MAHATHIR!!!
NYAH DOLLAH “BAD DEVIL”!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
SELAMATKAN ANWAR KERANA DIALAH
PENYELAMAT BANGSA KITA !!!!!
ALLAHUAKBAR !!!!! 3X
REFORMASI !!!!!!! 3X.
Reformis keADILan,
Sham Abadi
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|