.... MAHATHIR GELABAH DI PUNCAK KUASA
Oleh: Sham Abadi

Dewasa ini Mahathir menjadi semakin tidak keruan, segala kenyataannya memperlihatkan dia begitu risau akan daya tahan BN untuk terus berkuasa dan menguasai institusi  - institusi dan instrumen kerajaan yang telah sedia diperkosainya.

Tindakan berani hakim-hakim yang menyanggah ekspektasinya benar-benar memeningkan kepalanya. Bermula dengan Hakim Hishamuddin Yunus di Shah Alam, kepada Hakim Mohd Kamil di Likas dan seterusnya Hakim-Hakim mahkamah rayuan yang mengendalikan kes Zainur Zakaria. Tindakan Hakim-Hakim ini memberi kita sedikit harapan untuk berhadapan dengan rayuan DS Anwar Ibrahim yang bakal didengari sedikit masa lagi.

Cuba kita bayangkan keputusan rayuan itu nanti bakal menyebelahi DSAI kerana sememangnya DSAI tidak bersalah . Hanya Arifin ‘Joker’ sahaja yang mempercayai Anwar bersalah sedangkan rakyat keseluruhannya menganggap perbicaraan itu sebagai ‘miss-trial’ yang hanyalah untuk ‘menjustify’ pemenjaraan DSAI sahaja agar beliau tidak boleh didampingi rakyat.

Apa akan berlaku apabila Anwar dibebaskan dari segala pertuduhan:

Anwar kembali ke kediamannya di Damansara setelah selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Alpha Klinik, German dalam keadaan yang segar bugar ,sihat wal afiat. Jutaan rakyat akan berpusu-pusu memenuhi setiap ruang ke rumahnya dan ledakan Reformasi kembali bergema dalam keadaan rakyat telah sedar siapa pengkhianat negara yang sebenarnya.

Siapa petualang ekonomi negara ? Siapa memunggah harta rakyat untuk diagihkan dikalangan kroni ? Siapa Bailout anak siapa? Siapa agen Yahudi ? Siapa bertuankan Freemason ?  dan siapa perogol institusi – instusi kerajaan ?

Jawapannya adalah Mahathir @ Mahafrakaun sendiri pun tahu apa jawapannya.

Menyedari akan natijah-natijah yang bakal dilaluinya inilah menyebabkan Mahathir menjadi semakin kuat menekan dan mencengkam kebangkitan rakyat marhaen ini.

Bermula dengan penahanan 10 pemimpin keADILan dan 6 di ISAkan ke kemuntuing diikuti dengan 2 aktivis pelajar . Seterusnya serangan polis dan FRU ke atas perhimpunan anti ISA di Kemunting dimana 41 orang telah ditahan diikuti pula dengan pengharaman ceramah-ceramah umum. Kali ini bukan penganjur dan penyokong sahaja yang di saman malah penceramah juga telah ditangkap dan disaman. Sebagaimana yang dialami oleh YB Mohd Sabu di Jelebu dan baru-baru ini YB Nasaruddin Md. Isa di ganggu gugat.

Kepada para pelajar Melayu yang terang-terang anti Umno, pelbagai ugutan dikenakan baik mengkaji semula AUKU untuk memperketatkan aktiviti pelajar maupun ugutan memansuhkan sistem kuota dan memperkenalkan meritokrasi.

Golongan pendidik pula dipersalahkan kononnya kerana terlalu berpolitik menentang kerajaan sehingga Black Metal berleluasa. Pokoknya semua orang salah kecuali Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Apakah Mahathir fikir dengan ugutan dan penindasan serta tekanan begini  rakyat akan kembali menyokong Umno dan BN? Jika itulah harapan Mahathir maka ternyata harapan itu akan tinggal harapan sahaja. Ini adalah kerana rakyat telah sedar dan telah bertekad untuk menguburkan Umno/BN menjelang pemilu ke 11 nanti. 

Seorang ahli psikologi menyatakan adalah menjadi fitrah manusia bahawa 30 % manusia tanpa mengira kaum dan keturunan adalah golongan pro-establishment, 30% lagi adalah anti-establishment manakala baki 40 % adalah yang atas pagar yang akan memberikan sokongan berdasarkan isu dan sentimen.

Di Semenanjung Malaysia kajian secara rambang ke atas orang Melayu menunjukkan bahawa 68 % orang melayu telah membuat keputusan untuk tidak memberi undi kepada BN dalam sebarang pilihanraya kecil maupun pilihanraya umum kerana begitu kecewa dengan tindak tanduk Mahathir dalam menangani semua Isu yang disebutkan di atas.

Ini bermakna dari 40 % yang bersikap atas pagar, 38 % menolak Umno dan tinggal 2 % sahaja lagi yang menyokong . Itu pun mungkin yang berkepentingan dan berjiwa hamba yang lebih mementingkan kantung dan mempersetankan segala ketidakadilan yang berlaku demi kesenangan hidup di dunia. Percayalah mereka ini bakal disoal di akhirat nanti. 

Sebelum berundur kita nak tanya Mahathir sebagai petualang ekonomi negara siapa yang melarikan RM 1 Billion dengan jet eksekutif ? Halim Saad dan Tajuddin Ramli yang dibail out itu kroni siapa ? Mirzan dan Mokhzani tu anak siapa ? Solomon Barney Smith tu penasihat ekonomi siapa ? Kid Bahadon tu siapa ? Yang memperkuda Institusi kehakiman,peguam negara, ketua hakim negara, Bank Negara, PDRM,KWAP,KWSP, Tabung Haji, Petronas dan lain-lain lagi dan lagi dan lagi tu siapa ?

Jawapannya…rakyat marhaen boleh jawab. Nyah Mahathir !!!!

Reformis keADILan,
Sham Abadi

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!