.... MAHAFRAKAUN VS PILIHANRAYA KECIL (PRK)
Oleh: Sham Abadi

Mahafrakaun begitu seronok sekali mengulas tentang kemenangan BN di Likas. Tersenyum lebar sampai ke telinga dia dalam sidang akhbarnya menyatakan bahawa BN akan meLikaskan negeri Sarawak pula menjelang pilihanraya negeri itu tidak berapa lama lagi. Dalam kenyataannya dia menyatakan bahawa isu Anwar tidak akan menjejaskan BN 4 Sarawak.

Kita akui amat sukar bagi BA Sarawak untuk menumbangkan BN 4 di Sarawak namun kita tidak boleh lupa bahawa dalam politik tiada yang mustahil kerana ‘ politics is a game of possibilities’ . Jika kena pada cara kempen dan pandai pula memainkan isu setempat dan pendedahan demi pendedahan tentang salah laku Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya dalam mentadbir negeri Sarawak BN boleh kita kejutkan.

Di Likas sokongan kaum Cina terhadap BN langsung tidak tergugat , manakala kaum Bumiputra Islamnya pula telah terang-terang diugut oleh SB dan kehadiran begitu ramai pihak tentera menyebabkan peratus orang Islam yang keluar mengundi begitu merosot sekali. Para pemerhati mengatakan peratus golongan Islam yang keluar mengundi adalah tidak sampai 40 % manakala Kaum Cina dan Bumiputra bukan Islam yang keluar mengundi hampir mencecah 75 %. Pengundi Cina di Sabah sebenarnya langsung tidak tersentuh dengan apa yang berlaku terhadap masyarakat Cina di Semenanjung ini. Isu seperti Suqiu, Sekolah Wawasan , Sekolah Cina di Damansara dan pengambilalihan Nanyang Siang Pau dan China Press langsung tidak memberi kesan terhadap masyarakat Cina di Sabah sebab di Sabah orang Cina sudah ada dua Ketua Menteri calon BN itu sendiri dan ketua Menteri yang ada sekarang Chong Kah Kiat.

Jadi masyarakat Cina di Sabah agak selesa untuk memberi undi kepada BN tambahan pula dengan slogan mereka,”  Undi BN untuk Ketua Menteri Cina”. Undi keADILan bermakna menolak ketua menteri dikalangan orang Cina Sabah.

Bagi 40 % masyarakat Islam yang keluar mengundi itu adalah rata-rata penyokong BN yang juga selesa dengan kehadiran tentera yang ramai kerana mereka penyokong BN dan merasa yakin tidak akan di ganggu gugat.

Undi 1720 keADILan dan 2400 PBS itu sebenarnya adalah daripada 4220 undi yang diperolehi oleh PBS dalam pilihanraya negeri 1999 yang lalu dan sebahagiannya telah lari kepada keADILan. Baki 4500 pengundi yang memberikan undi kepada Harris Salleh , Setia dan Calon Bebas tempoh hari telah tidak keluar mengundi kerana takut kepada intimidasi – intimidasi yang dinyatakan tadi. Dalam Berita Jam 6 pada hari pengundian tempoh hari ketika di beritakan jumlah yang keluar mengundi hanyalah sekitar 50 % sahaja , saya memberi tahu isteri saya yang kebetulan anak Sabah dan bekas pengundi di Likas dalam tahun 1986 dahulu bahawa ini sudah tentulah saudara – mara dia yang ramai di Pulau Gaya itu tidak berani keluar mengundi kerana takut pada SB-SB Mahafrakaun itu. Ini disahkan oleh seorang sepupu saya yang bertugas sebagai seorang Inspektor Polis di Ibu Pejabat Polis  Kota Kinabalu yang telah mendapat habuan puluhan ribu RM hanya kerana menjalankan aktiviti – aktiviti subversif untuk menakut – nakutkan para pengundi yang berhasrat untuk mengundi BA.

Kita tinggalkan Likas dan Sarawak buat seketika dan akan kita ulas di lain masa. Apa yang ingin penulis perkatakan sekarang ini ialah dengan kemenangan selesa BN di Likas mampukah Mahafrakaun ini berhadapan dengan BA dalam PRK di Semenanjung ini yang begitu banyak menanti.

Kita ada Beserah, Bayu, Ulu Kelang, Teluk Intan dan Merbok semuanya menantikan petikan suis sahaja lagi. Jika di lima kawasan ini barulah bertemu buku dengan ruas. Beserah dan Bayu BN bakal berhadapan dengan PAS, di Merbok dan Ulu Kelang dengan keADILan dan Teluk Intan berdepan dengan DAP !! Nah! Ini baru hebat semua komponen BA terlibat 4 calon Umno dan 1 calon Gerakan.

Di PRK inilah bakal menjadi prelude kepada pemilu 2003 / 2004 bukannya Likas…..

Kepada Mahafrakaun dan  Dollah ‘Bad Devil’ kita jumpa lagi di kelima-lima tempat tersebut kalau anda anak jantan……..

Reformasi….Allahuakbar…….

Reformis keADILan,
Sham Abadi  ..

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!