.... Sajak:
APABILA NAIB CANSELOR UiTM MENJADI BARUA UMNO

Apabila Naib Canselor UiTM menjadi barua UMNO
Pada siapakah lagi bicara ilmu dan keadilan?
Harap dimanakah lagi daulat sebuah universiti?

Apabila Naib Canselor UiTM menjadi barua UMNO
Perkembangan intelek disemai dimusnah
demi secebis sanjungan UMNO
Naib Canselor UiTM dan orang-orangnya
semakin mengampu dan kejam

Tidak jauh dari mereka adalah siswa pemberani
ya siswa-siswa berani disekeliling sengsara
menderita serba tak kena, dan Naib Canselor UiTM happy 
megah menunjukkan kuasa kononnya kekuatan
di manakah  status Naib Canselor UiTM yang berilmu?

Apabila Naib Canselor UiTM menjadi barua UMNO
masa depan dan maruah siapakah dizalimi?
Kroni bebas mengertak sesuka hati
macam UiTM mak bapak dia yang punya!

masa depan dan maruah siapakah yang dizalimi?
kalau bukan masa depan siswa, maruah siswa
dan peranan siswa

Apabila Naib Canselor UiTM menjadi barua UMNO
pengurusan universiti menjadi apa?
cuba kau bilang, temanku!

Apabila Naib Canselor UiTM menjadi barua UMNO
dan siswa diajar hanya mengejar akademik
siapakah yang peduli pada keadilan?
siapakah yang peduli pada kebenaran?
siapakah yang peduli pada kebebasan?

Tiada yang lebih daripada itu
Hidup senang buat diri sendiri
Itulah falsafah dan perjuangan UMNO
Itulah identiti Melayu baru ya temanku!

Apabila Naib Canselor menjadi barua UMNO
maka gopohlah bercakap tentang keutuhan bangsa
seolah-olah dialah Hang Tuah alaf baru
UiTM kini memuja Naib Canselornya
Hidup mesti angkuh terhadap siswa
UiTM kini memuja Naib Canselornya
Menyalahguna kuasa sedang siswa makin beku
UiTM kini menunding siswanya
Tidak pandai berusaha untuk menjadi UMNO

Wahai Naib Canselorku masihkah ingat Muhammad Rasul kita?
Atau Dr. Mahathir atau Pak Lah itu junjungan baru?
( aku serius bertanya, bukan bergurau )

Apabila Naib Canselor UiTM menjadi barua UMNO
Wahai temanku, kita semua menjadi apa?

(Didedikasikan untuk semua Pensyarah UiTM dan Mahasiswa UiTM yang cintakan tradisi keilmuan)

SA’ID JUBAIR
Diploma Sains Komputer
Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam Selangor DE
5 September 2001
s_jubair@yahoo.com

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!