 |
.... |
DR.
BADRUL AMIN TELAH MEMBUKTIKAN PIHAK POLIS DAN KDN ADALAH ALAT POLITIK
UMNO@BN
Oleh:
RDJU |
Akhirnya
Jabatan Polis, Jabatan Penjara dan KDN terpaksa membebaskan tahanan ISA
Dr.Badrul Amin Baharom pada 3hb.Nov.2001, dengan meninggalkan beliau bersendirian
di sebuah perhentian bas di Taiping kira-kira jam 6.30 petang, walaupun
pihak Pengarah Kem Tahanan ISA Kamunting telah memaklumkan kepada Isterinya
agar menunggu pembebasan Dr.Badrul dihadapan kem tahanan tersebut jam 4.00
petang, makin terserlah niat jahat pihak UMNO dan BN dengan memperalatkan
Jabatan yang berwajib ini, walaupun Dr.Badrul Amin telah dibebaskan bersyarat.
Dr.Badrul Amin telah berjaya membuktikan
kepada rakyat marhaen bahawa penahananya di bawah akta GILA ISA adalah
satu niat jahat dan fitnah yang direka oleh UMNO dan BN melalui Jabatan
Polis serta KDN. Kita kembali kepada fakta kes sebab penahanan beliau kira-kira
130 hari yang lepas…???
1. Kerana merancang mengulingkan kerajaan
melalui kekerasan dengan mengunakan senjata api.
2. Merancang perhimpunan besar-besaran
untuk mengancam keselamatan pemimpin kerajaan BN serta keselamatan Negara.
3. Membuat hubungan sulit dengan militan luar negara supaya kerajaan BN
boleh
digulingkan.
Dan pihak polis dan KDN serta MAHAHAPRAK
memaklumkan dalam media cetak atau elektronik, bahawa penahanan Dr.Badrul
Amin bukan diatas dasar POLITIK atau BERNIAT UNTUK MEMUSNAHKAN KARIER POLITIK
DR.BADRUL AMIN tapi seperti 3 alasan diatas.
Tapi pada 3hb.Nov.2001, Jabatan POLIS
dan KDN telah membodohkan diri sendiri serta membuka pekung KERAjaan UMNO
dan BN yang selama ini mereka sebenarnya menahan Dr.Badrul Amin diatas
dasar politik dan takut pengaruh seorang ulama ini mampu meraih sokongan
dari rakyat marhaen, sebagai mana apa yang telah dilakukan terhadap DSAI.
Kita lihat kebodohan pihak POLIS dan
KDN serta UMNO dan BN ini :-
Syarat-syarat pembebasan Dr.Badrul
Amin tanpa had waktu yang ditetapkan…??
1. Tinggal dikawasan terhad, Dr.Badrul
Amin hanya dibenarkan berada di dalam kawasan GOMBAK sehaja, dan mesti
melapur diri setiap hari di Balai Polis Gombak.
Jika engkar beliau akan didakwa dimahkamah
MAHAHAPRAK.
2. Dr.Badrul Amin dilarang keras (diharamkan)
seperti perkara dibawah :-
a) Dilarang menjadi ahli mana-mana
parti politik.
b) Dilarang menjawat jawatan dalam
mana-mana parti politik.
c) Dilarang memberi nasihat atau
pandangan mengenai isu politik.
d) Dilarang dari memberi kenyataan
politik kepada sesiapapun.
e) Dilarang memberi ceramah politik/agama/dsb
dikhalayak ramai.
Jika Dr.Badrul Amin engkar beliau
boleh didakwa dimahkamah MAHAHAPRAK.
Dua syarat bangang dan tolol diatas
telah membuka cerita sebenar dan pekung pihak UMNO serta BN yang sebenarnya
takut dan tidak mampu berhadapan dengan seorang ulama muda yang menunjukkan
jalan yang benar dan lurus buat seluruh rakyat marhaen.
Kini penafian pihak POLIS / KDN /
MAHAHAPRAK …. Boleh diketawakan serta diperlekeh oleh rakyat marhaen ….kerana
kebodohan serta ketakutan mereka kepada insan kerdil Dr.Badrul Amin, telah
menjadilkan mereka gila dan mabuk todi, dengan memfitnah serta menginaya
manusia yang bergelar ulama dan sanggup memisahkan isteri dan suami, anak
dan bapa asalkan karier politik songsang UMNO dan BN dapat dipertahankan
walaupun nyawa umat Islam itu diragut dengan kejam oleh AKTA GILA ISA.
Rakyat marhaen kini telah faham dan
tahu benar tipu-bontan serta fitnah KERAjaan UMNO@BN melalui POLIS / KDN
/ JABATAN PEGUAM / MAHKAMAH ….. ??????
DSAI dan Dr.Badrul, Sdr.Ezam serta
lain-lain tahanan POLITIK ISA telah membukti kepada DUNIA bahawa penahanan
mereka selama adalah di atas DASAR POLITIK DAN BERNIAT MEMUSNAHKAN KARIER
POLITIK musuh politik pemimpin UMNO@BN. Segala tuduhan dan bukti palsu
yang dikemukakan melalui media cetak / elektronik atau kes dimahkamah MAHAHAPRAK
hanya fitnah yang berniat jahat serta penginayaan yang amat teruk oleh
pimpinan UMNO@BN terhadap pejuang rakyat marhaen.
Rakyat marhaen tidak boleh ditipu
dan diperbodohkan lagi….kerana KERAjaan UMNO@BN telah membodohkan diri
sendiri kerana memfitnah serta menginaya pejuang REFORMASI.
“ SILA SEBARKAN KESELURUH NEGARA “
RDJU – 4/11/2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|