 |
.... |
Annuar-Dolah
: Siapa telanjangkan siapa?
Oleh:
Ramlan Jantan |
ANTARA Annuar Musa dengan
Dolah Komunis, masing-masing sedang ‘menelanjangkan’ antara satu dengan
yang lain.
Dolah kata Annuar mempunyai harta
setinggi gunung walaupun hanya 10 tahun menjadi menteri.
Pada masa yang sama Dolah mengakui
hartanya cuma setinggi ‘busut’.
Para pembaca setia laman-laman web
pro-reformasi, perhatikanlah tingkah laku mereka berdua. Pergaduhan ‘dua
generasi’ yang sama-sama sempat memunggah kekayaan ketika memegang kuasa.
Usahlah Annuar cuba melarikan diri
dari isu sebenar, ‘menelan’ wang peruntukan PPRT. Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohamad sudah pasti akan menyelamatkan Annuar kerana
Annuar adalah Ahli MT Umno dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Negeri Kelantan.
Apakah rakyat di kampung-kampung,
fakir miskin dan pemimpin Umno di peringkat cawangan masih lagi mahu mempertahankan
Umno walaupun mereka “secara terang-terang” menelan hak rakyat termiskin
(saya ulangi…termiskin).
Selagi Umno dibenarkan berkuasa, BN
dibenarkan memerintah negara ini, selagi itulah nasib rakyat terbanyak
tidak dibela. Mereka bukan memohon kepada kerajaan supaya peruntukan yang
sedia ada ditambah, malahan apa yang ada mereka telan.
“Saya sedia ditembak,” Annuar Musa
dipetik sebagai berkata.
Hari ini dia bina Putra di Peringat
atas tanah kepunyaan orang politik. Kononnya dari Putra Peringat, Annuar
bercita-cita hendak melangkah ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri.
Kalau peristiwa seperti ini pun
masih tidak dapat memberi kesedaran kepada pengundi dan rakyat di kampung-kampung,
apakah ‘bala’ lebih dahsyat baru dapat memberi keinsafan kepada kita semua?
Inilah Umno. Inilah perangai para
pemimpin Umno. Banyak lagi yang terlibat tetapi belum terungkai semuanya.
Para pendokong dan penyokong ombak reformasi, bersabarlah dan teruskan
kesetiaan mengikuti perkembangan ini.
Usah terpengaruh dengan laporan-laporan
berita dari Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kedua-dua akhbar ini sedaya
upaya akan cuba mengambarkan Pas, keADILan, DAP dan PRM sedang dilanda
masalah. Yang kuat dan semakin kuat ialah Umno. Pergolakan dalam MCA sedaya-upaya
mahu dilindungi. Kononnya satu kocakan dalam cawan kopi.
Hari ini, para pemimpin Umno sudah
tidak berkuasa kecuali Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Zainuddin
Maidin sahaja. Kalau menonton Berita RTM, kenyataan yang kerap keluar dan
panjang berjela-jela tentunya mereka bertiga. Apa jawatan Zainuddin atau
Zam dalam Umno tidak perlu dipersoalkan tetapi dialah yang paling banyak
dan paling kerap muncul di media massa.
Kepada jutawan Annuar Musa, jutawan
Dolah Komunis dan para jutawan dalam Umno, tunggulah masanya. Rakyat akan
mengajar kalian apabila sampai masanya. Jangan cuba menyorokkan bangkai
gajah dengan nyiru!
Ramlan Jantan - 26.11.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|