 |
.... |
Lagi
Kisah MB Kedah
Oleh:
Ramlan Jantan |
APA masalah sebenar
yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain hingga
terpaksa menggugurkan beberapa soalan dari Adun-Adun Barisan Nasional (BN)
dalam Persidangan Kali Ke-3 Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini?
Beberapa Adun BN dipanggil untuk menemui
Speaker DUN, Dato’ Badaruddin Amiruldin kononnya mengelakkan soalan-soalan
yang sudah digugurkan itu ditimbulkan semula oleh beberapa Adun BN yang
jelas “tidak sehaluan” dengan kepimpinan Syed Razak.
Khabar bertiup kencang, Md Rozai yang
tewas di tangan Dato’ Othman Abdul bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian
Pendang sudah menghantar surat perletakan jawatan Adun.
Namun, banyak pihak tidak yakin dengan
cerita-cerita seumpama ini kerana Adun BN tidak mempunyai kekuatan sehingga
sanggup mengosongkan kerusi. Kata mereka yang tahu senario politik Kedah,
Md Rozai hanya mengacah-acah Syed Razak supaya melantiknya menjadi Exco
Kerajaan Negeri, mengisi tempat yang dikosongkan Dato’ Zainol Md Isa.
Md. Rozai juga berkali-kali menceritakan
kepada orang-orang yang rapat dengannya, dia adalah bakal Menteri Besar
Kedah, seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri. Khabarnya Perdana
Menteri tidak berpuashati dengan kemampuan Syed Razak.
Syed Razak bukan sahaja tidak faham
ekonomi, malahan semua perkara mahu dibuat sendiri dan tidak langsung mengagih-agihkan
tugas parti kepada rakan-rakan lain. Kalau boleh semua dia hendak “lakukan”.
Ramalan pertumbuhan 15 peratus dan
menjadikan Negeri Kedah sebagai negeri maju dalam tahun 2010 juga menjadi
bahan jenaka orang ramai di Kedah. Kata mereka, pembacaan ekonomi Syed
Razak jauh “lebih maju dan terkehadapan” dari Menteri Kewangan, Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad.
Mengapakah Dr. Mahathir tidak mempelawa
Syed Razak menjadi Menteri Kewangan Malaysia jika dia mempunyai bacaan
“lebih terkehadapan” dari beliau sendiri? Atau Syed Razak memang tidak
lulus matematik ketika ambil periksa SPM dahulu!
Sesiapa menghadiri Persidangan Dewan
Undangan Negeri Kedah pasti tahu Syed Razak tidak pernah menjawab sebarang
pertanyaan dari Adun-Adun, termasuk pertanyaan Adun-Adun BN.
Dia tidak menjawab disebabkan dia
takut orang tahu “kepandaian” dia setakat mana. Khabarnya bila Adun Lunas,
Saifuddin Nasution Ismail menyebut “IRR” semua Adun BN ternganga mulut…tidak
faham apa maksud “IRR”.
Bolehla YB Saifuddin yang baru menang
jawatan Timbalan Ketua Pemuda keADILan buka kelas “mengajar” YB Khaidir
apa makna “IRR” dan apa dia “PAC” dan Jabatan Audit Negara.
Bukan sedikit pegawai-pegawai kerajaan
yang tertawa secara perlahan-lahan menyaksikan Adun-Adun BN di Kedah yang
dipilih oleh Tan Sri Sanusi Junid mewakili BN dalam pilihan raya umum 1999
yang lalu.
Ramlan Jantan - 14.11.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|