 |
.... |
Kisah
PPRT, Annuar Musa dan wang RISDA
Oleh:
Ramlan Jantan |
ADA kisah menarik berlaku
dalam seminggu dua ini. Pertama kisah penyelewengan wang peruntukan PPRT.
Ada sumber mengatakan RM47 juta dan ada sumber mengatakan tidak sampai
RM37 juta.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk
Azmi Khalid nampaknya macam jujur sangat, kononnya dia yang membuat aduan
polis mengenai penyelewengan ini. Azmi Khalid ni pernah dibantu Dato’ Seri
Awar Ibrahim melangsaikan hutang. Jika tidak, bukan sahaja dia tidak boleh
jadi menteri, malahan bertanding pilihan raya pun tidak layak Bekas menteri
pula, Datuk Annuar Musa berhempas pulas menjawab kononnya dialah yang paling
kehadapan dalam isu ini untuk membantu polis.
Sepucuk surat layang yang tidak bertanda
tangan sudah tersebar minggu lalu mendakwa Annuar Musa buat macam-macam
projek atas tanah kepunyaannya, tanah isterinya dan tanah milik bekas Setiausaha
Politiknya, Alwi Che Ahmad.
Polis Malaysia terlalu sibuk menjaga
para demonstrator menyebabkan aduan Azmi Khalid sejak setahun yang lalu
baru disiasat sehari dua ini.
Rakyat sedang memerhati dengan teliti,
pertelingkahan komunis (Tan Sri Abdullah
Ahmad) yang disebut sebagai seorang yang tidak “graduate” tetapi menjadi
jutawan dengan Annuar Musa yang membeli secara tunai tiga buah kereta mewah,
Mercedes WCE 1, sebuah Lexus (4X4) dan sebuah
Mercedes Van selain rumahnya bernilai
RM14 juta di Damansara Height.
Ketika mereka memunggah kekayaaan,
mereka tidak pernah memikirkan nasib orang-orang miskin. Pelbagai alasan
boleh dicipta. Suatu ketika, menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengeluarkan
kenyataan mahu mencetak poskad untuk disebar ke seluruh dunia kononnya
Datuk Seri Anwar mendapat layanan istimewa ketika dalam tahanan polis.
Annuar Musa ketawa melihat Dato’ Seri
Anwar ditangkap dan diseksa. Hari ini, baru dakwaan dibuat terhadapnya
secara rambang, dia sudah tidak boleh tidur malam. Perlu takut apa kalau
tidak buat apa-apa kesalahan?
Annuar Musa jangan menjadikan orang
lain “kambing hitam”. Kos mencetak kalendar yang terpampang gambarnya juga
bukan kecil jumlahnya. Menghadiah jam dinding yang terpampang gambarnya
juga bukan sedikit. Ini tidak termasuk dengan t-shirt dengan kurikutur
wajahnya yang dihadiah kepada kanak-kanak di kawasan Parlimen Peringat
juga terlalu banyak.
Rakyat juga tahu pakaian Annuar cukup
mahal. Rakyat juga tau cincin permata merah di jari tangannya bukan kepalang
mahalnya. Rakyat juga tertanya-tanya bagaimana Syarikat Trinas Sdn. Bhd
boleh bertukar menjadi Hambra Sdn. Bhd. dan 12 anak-anak syarikatnya yang
beroperasi di sebuah “istana” di Desa Pandan.
Rakyat tertanya-tanya, suatu ketika
Trinas Sdn. Bhd mendapat projek buat jalan di Jeli atas lobi Annuar dan
kemudiannya Annuar mengambil-alih syarikat ini dan ditukarkan dengan nama
Hambra Sdn. Bhd.
Banyak lagi kisah duit RISDA diselewengkan.
Annuar jangan cuba lari dari kenyataan. Itulah sebabnya dia tidak boleh
menerima kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, khuatir rahsianya “terburai”.
Ramlan Jantan - 14.11.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|