 |
.... |
Biadap
Sungguh Aziz Pendek
Oleh:
Ramlan Jantan |
BUDAK pendek, Aziz Shamsuddin
atau lebih dikenali sebagai “bapa konspirator”
menunjukkan sikap kurang ajar di Parlimen baru-baru ini. Dia disebut-sebut
bakal berkahwin dengan Ummi Hafilda Ali dalam masa terdekat, kalau Perdana
Menteri setuju disebabkan sudah lama menduda.
Dengan bahasa kesat dan biadap dia
yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan kerana kejayaannya mengatur
konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacah Ahli Parlimen
Kuala Terengganu dan Kuala Kedah.
Apakah “budak pendek” ini ingat orang
ramai tidak tahu rekod skandalnya dengan isteri orang dan bernikah Cuma
sebulan dengan janda yang sama nama dengan bekas isterinya.
Apakah “budak pendek” ini ingat orang
tidak tahu perniagaan apa yang dia jalankan dengan tauke-tauke Cina selain
memaksa Umno bahagian-bahagian membeli air mineral dari syarikat isterinya?
Budak pendek ini sepatutnya menjadi
Presiden Persatuan Orang-Orang Kedil Malaysia tetapi disebabkan dia berjaya
memainkan peranan memperalatkan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar,
maka Dr. Mahathir Mohamad mengupahnya dengan lantikan sebagai Senator dan
Timbalan Menteri Pendidikan.
Inilah “kualiti” timbalan menteri
di Malaysia, naik kerana menjatuhkan orang lain dan menabur fitnah. Bercakap
kurang ajar dengan orang lain dan bahasa yang tidak langsung menunjukkan
dia seorang bekas guru.
Itulah sebabnya hari ini pelbagai
isu timbul kerana pendidik seperti “budak pendek” ini tidak bermoral dan
kerjanya ialah mahu mengatur guru-guru wanita mengandung dan beranak.
Lepas itu, dia sibuk nak berniaga,
kepit sebotol air mineral walau ke mana dia pergi kerana takut mahu menjamah
hidangan makanan yang disediakan khuatir kalau-kalau ada orang yang mahu
menyantaunya.
Dia jahat. Atas sebab itu dia menyangka
orang lain jahat sepertinya. Isterinya mati di depan matanya kerana kemalangan
jalan raya tidak langsung menginsafkannya. Berkahwin baru dengan kekasih
yang pernah bergaduh dengan suami sendiri di Pejabat Setiausaha Politik
Perdana Menteri tetapi cuma tahan sebulan.
Aziz sibudak pendek berangan nak jadi
Menteri Dalam Negeri bagi menangkap lebih ramai penyokong pembangkang.
Aziz sibudak pendek tewas dalam pemilihan
Umno Bahagian Gopeng walaupun lawannya bukan bergelar Yang Berhormat.
Maknanya, Umno Gopeng pun sudah tidak
mahukan dia lagi tetapi disebabkan jasanya besar menjatuhkan Datuk Seri
Anwar Ibrahim, maka dia dapat jadi Senator selama dua penggal.
Bertandinglah jawatan Presiden Persatuan
Orang-Orang Kerdil, kerana kamu tidak layak bergaul dengan orang yang tinggi-tinggi.
Betul kata pepatah orang Cina, orang pendek ni tidak boleh dijadikan kawan.
Ramlan Jantan - 23.10.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|