 |
.... |
Kisah
Kebodohan Syed Razak di Kedah
Oleh:
Ramlan Jantan |
Seluruh pelajar-pelajar
Islam di Kedah amat rugi bila Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed
Zain bercadang mahu menukarkan Kolej Insaniah dari kepunyaan Kerajaan Negeri
kepada kepunyaan Syarikat Al-Bukhary.
Sebagai MB, dia adalah Pengerusi Kolej
Insaniah langsung tidak menghormati pandangan Mufti, Datuk Sheikh Majid
supaya tidak meneruskan cadangan itu kerana Kolej Insaniah mempunyai program
berkembar dengan Universiti Al-Azahar. Persetujuan Universiti Al-Azahar
mengadakan program berkembar dengan Kolej Insaniah kerana ia dipunyai Kerajaan
Negeri Kedah tetapi jika ia menjadi badan swasta mungkin Universiti Al-Azahar
akan menarik persetujuan mengadakan program berkembarnya.
Inilah yang malangnya rakyat Negeri
Kedah bila Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melantik Syed
Razak yang tidak lulus SPM menjadi Menteri Besar. Bila dilantik menjadi
Pengerusi Kolej, dia tidak tahu untuk mengadakan perbincangan dengan Pengetua
Kolej, dengan Datuk Mufti dan dengan lembaga pengarah.
Yang dia tahu hanya marah dan meninggikan
suara dan terus meninggalkan mesyuarat walaupun cuba ditenangkan Datuk
Mufti.
Lebih malang lagi, hari konvokesyen
ditetapkan sehari dengan hari Perasmian Lima 2001 di Langkawi. Kehadiran
DYMM Sultan Kedah tidak disambut Menteri Besar selaku Pengerusi Kolej sebaliknya
dihadiri seorang Exco yang pintu pagar rumahnya sentiasa tertutup rapat
selepas pukul 9.00 malam.
Khabarnya wakil-wakil rakyat dari
PAS cukup ramai menghadiri hari konvo tersebut. Syed Razak nyata tidak
layak menjadi Menteri Besar, tidak layak menjadi Pengerusi Kolej dan tidak
layak menjadi pemimpin besar Negeri Kedah.
Yang dia boleh, bercakap banyak hingga
tegang urat leher dan dalam masa yang sama cuba melindungi kebodohannya.
Dilemanya ialah tidak mahu diketahui
sebagai “tidak tahu” atau bodoh dan nak cuba tunjuk pandai. Nasihat orang
keliling tak pernah dipakai, yang dia tahu, orang sahaja kena ikut cakap
dia.
Dengan Setiausaha Kerajaan Negeri
(SS) pun bergaduh kes pergi lawatan ke luar negara. Dewan Undangan Negeri
tidak mampu bersidang panjang kerana khuatir kebodohan menjawab di dewan
terdedah.
Khabarnya “Kuala Lumpur” pun tidak
sukakan Syed Razak tetapi serba salah untuk menukarkannya sekarang disebabkan
tiada calon yang sesuai. Mungkin Tan Sri Osman Arof dilantik menjadi Pengerusi
Perhubungan Umno Negeri.
Ramlan Jantan - 22.10.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|