 |
.... |
Kisah
Norkhaila bohongi setinggan
Oleh:
Ramlan Jantan |
AKHBAR-AKHBAR melaporkan
bahawa penduduk setinggan di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan tunjuk
perasaan disebabkan wakil rakyat kawasan itu,
Norkhaila Jamaluddin mungkir janji untuk bermesyuarat dengan
mereka.
Apa perasaan rakyat di kawasan Dewan
Undangan Negeri Taman Medan membaca laporan ini?
Sebenarnya, inilah moral wakil
rakyat Umno. Mereka menjadi wakil rakyat kerana mahu mengumpul kekayaan
untuk diri sendiri, mengayakan kroni dan sanak saudara masing-masing.
Ingat! Rakyat usah tertipu lagi. Pilihan
raya akan datang, pastikan seluruh Negeri Selangor dapat dikuasai calon-calon
Barisan Alternatif (BA). Kalau ada berlaku pergaduhan hingga meragut banyak
nyawa, merekalah kononnya menjadi pembela denga publisiti berlebih-lebihan
dari media upahan negara yang dikuasai Zainuddin Maidin yang tidak lulus
SPM tetapi dapat jadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan kerana
mengampu dan membodek.
Usah menaruh kepercayaan kepada wakil-wakil
rakyat Umno dan BN. Mereka bukan mahu berkhidmat tetapi mereka sibuk dengan
agenda sendiri.
Cukuplah apa yang sudah mereka lakukan.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang ditangkap kerana membawa wang seberat 19
kilogram masih boleh menang Naib Presiden Umno, memberi erti bahawa Umno
memang parti rasuah dan pemimpinnya, tidak lagi bekerja untuk rakyat dan
pengundi.
Dalam Umno, soal maruah dan moral
tidak lagi menjadi persoalan. Yang mereka kejar ialah projek dan wang.
Boleh jalan dengan rakyat dan setinggan.
Ayuh! Kuatkan tekad dan tukarlah pemerintah
dalam pilihan raya akan datang. Pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan
dengan menumbangkan BN dalam pilihan raya.
Ramlan Jantan - 22.10.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|