 |
.... |
Siapa
‘bapa bahan lucah’ negara?
Oleh:
Ramlan Jantan |
HARI ini, Isnin 22 Oktober
2001 akhbar Berita Harian (baca Berita Hairan) melaporkan anak-anak
di beberapa Tanah Rancangan Felda di Johor berkongsi bahan lucah bersama-sama
ibu dan bapa masing-masing.
Kajian USM ini cukup mengejutkan!
Tetapi siapakah yang bertanggungjawab terhadap kawalan bahan-bahan lucah
ini. Jawapannya ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi. Kementeriannya meluluskan ratusan permit bahan-bahan lucah
dalam bentuk bercetak.
Jika majalah politik dan akhbar politik
yang tidak menyokong Umno dikawal dengan ketat tetapi bahan-bahan lucah
dibenarkan oleh Abdullah Badawi. Cubalah kita ke kedai-kedai majalah, kedai
akhbar dan kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur. Tidak kurang 100 majalah
lucah, cerita dan gambar-gambar dedah terjual dengan meluas.
Semua majalah ini diberikan permit
oleh Kementerian Dalam Negeri. Sempena dengan kejayaan ini, Abdullah Ahmad
Badawi yang baru sahaja menerima kehadiran 65,000 jemputan di majlis perkahwinan
anaknya patut dianugerahkan gelaran “bapa bahan
lucah negara”.
Taikun-taikun dunia percetakan cukup
gembira dengan sikap dan pendirian Abdullah Badawi dan mereka bila-bila
masa sahaja sanggup mengadakan majlis besar-besaran bagi menyampaikan anugerah
tersebut kepada Abdullah dan pasangannya Endon Mahmud yang berambut merah
kehitam-hitaman.
Satu ketika Pejabat Menteri Dalam
Negeri mewah dengan permit pendatang asing dan perlanjutan visa, kini mereka
sibuk pula dengan usaha-usaha mengeluarkan permit majalah-majalah lucah
di samping VCD porno.
Ramlan Jantan - 22.10.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|