.... Busuknya hati Aziz Shamsuddin
Oleh: Ramlan Jantan

TIDAK habis-habis Aziz Shamsuddin mahu memenuhi niat jahatnya untuk menggelapkan masa depan anak-anak Melayu dengan menuduh ada pula pelajar Pusat Pengajian Tinggi terlibat dalam Kumpulan Militan.

Aziz sipendek yang berhati busuk dan jahat ini membuat dakwaan ketika berada di depan pemberita selepas majlis penutup seminar English For Today’s Generation anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang dekat Ipoh.

Sipendek yang dapat jadi Ketua Umno Bahagian Gopeng hasil anugerah Dr. Mahathir dan Dollah Badawi memang tidak ada kemampuan menjadi Timbalan Menteri Pendidikan. Jadi, tugasnya hanya mengugut pelajar, ugut guru-guru dan ugut pensyarah universiti dengan pelbagai bentuk ugutan.

Mana dia ada saranan untuk mengubah nasib anak bangsa Melayu? Apa sumbangannya kepada perkembangan pendidikan negara? Apa yang dibuatnya di Kementerian Pendidikan selain dari mahu memecat orang!

Wahai pelajar-pelajar, guru-guru dan pensyarah-pensyarah semua, mari kita tumbangkan BN supaya dapat kita mengajar sipendek bernama Aziz Shamsuddin ini. Dulu dia pernah bercinta dengan isteri orang yang sama nama dengan isterinya sendiri.

Bila isterinya mati akibat kemalangan jalan raya, dia berkahwin dengan kekasihnya itu tetapi hanya sebulan. Lepas itu dia ceraikan wanita ini dan meranalah Asmah sekarang akibat meninggalkan suamikan sendiri mengejar sipendek Aziz Shamsuddin tetapi kemudiannya dia ditinggalkan oleh Aziz yang sibuk sekarang mahu menggugut pelajar-pelajar.

Hari ini, Aziz akan ke mana-mana dengan lagak sebagai Perdana Menteri. Kononnya apa sahaja yang dia mahu dia akan cakap kepada Perdana Menteri dan PM akan ikut sahaja cakapnya.

Kalau kita tengok wakil-wakil rakyat, ketua-ketua Umno bahagian dan menteri-menteri akan tunduk apabila berdepan dengan Aziz. Mereka menganggap Aziz adalah Perdana Menteri Malaysia dan Dr. Mahathir akan ikut sahaja apa arahan Aziz.

Rupa-rupanya timbalan menteri di Malaysia tidak perlu buat kerja lain melainkan ugut nak tangkap pelajar dan nak tangkap guru-guru. Tidak ada idea lain ke Aziz? Bila hidup menduda ini rupa-rupanya jadi sasau. Kalau awak masih guru, bolehlah gertak anak-anak murid awak, mungkin mereka takut tetapi sebagai Senator dan Timbalan Menteri yang masuk Parlimen dari pintu belakang, tidak usahlah berlagak sombong seperti itu.

Hari ini awak berkuasa, awak ugutlah sesuka hati tetapi sampai satu ketika esok, kubur awak pun dikencing manusia. 

Aziz benar-benar manusia durjana. Selepas berjaya mendapat habuan hasil kerja menyusun fitnah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini dia sibuk mereka-reka fitnah memburuk-burukkan imej pelajar-pelajar, guru-guru dan pensyarah universiti.

Jangan maafkan manusia berhati binatang ini!

Ramlan Jantan - 21.08.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!