 |
.... |
Siapa
beri idea laksanakan meritokrasi?
Oleh:
Ramlan Jantan |
BEKAS Timbalan Perdana
Menteri yang juga bekas Menteri Pelajaran (kini Pendidikan), Tan Sri Musa
Hitam menyarankan supaya diadakan dialog untuk mendengar pandangan pelbagai
pihak mengenai meritokrasi.
Namun, Perdana Menteri sudah pun membuat
keputusan awal agar meritokrasi dilaksanakan bagi membalas dendam terhadap
pelajar-pelajar Melayu yang dilihatnya tidak menyokongnya.
Siapakah yang memberi idea kepada
Dr. Mahathir supaya melaksanakan meritokrasi? Orangnya ialah sipendek bapa
konspirasi, Aziz Shamsuddin. Bagi Dr. Mahathir, kalau ia datang dari Aziz,
ia mesti sesuatu yang baik kerana banyak perkara yang dilakukan selama
ini memang atas nasihat Aziz.
Walaupun sekarang dia sudah rasa tersilap
tetapi Aziz menyakinkannya, ia perlu diteruskan. Cara paling mudah, menggunakan
Umno untuk berdepan dengan rakyat. Itulah sebabnya, sehari sebelum berlepas
ke Eropah baru-baru ini, Dr. Mahathir memberi taklimat kepada Umno bahagian
dari seluruh negara.
Tiada majlis dialog dan tiada pendapat
dari “orang bawah” yang mahu didengarnya. Dia bercakap sorang-sorang, bak
kata orang dulu, berleter. Maka, selepas itu TV dan media cetak yang pro
pemerintah menyiarkan pendapat “burung kaak tua” kononnya seluruh
pemimpin Umno dari semua peringkat menyambut baik penerangan dari Dr. Mahathir.
Apakah betul? Atau pemimpin-pemimpin
Umno dari bahagian-bahagian tidak faham pun apa dia meritokrasi. Maka,
seperti biasa “siburung kakak tua” semuanya mengangguk-angguk dan bertepuk
tangan menandakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada leteran Presiden
Umno.
Jika sarana Dr. Mahathir untuk melaksanakan
meritokrasi diterima secara mudah, nescaya tidak ada majlis taklimat kepada
bahagian-bahagian Umno. Tetapi disebabkan tiada sokongan dan kebanyakkan
Ahli-Ahli Parlimen dari BN menyatakan tidak bersetuju dengan meritokrasi,
maka Dr. Mahathir atas “arahan” Aziz Shamsuddin mengadakan majlis taklimat.
Di hujung hayat pemerintahannya, Dr.
Mahathir sebenarnya semakin tidak popular tetapi Parlimen Malaysia bukan
MPR di Indonesia. Jika Dr. Mahathir di MPR Indonesia, hari ini dia sudah
dipecat. Malangnya, “burung kakak tua” dari BN di Parlimen dan Umno bahagian-bahagian
hanya diajar supaya ikut sahaja dan jangan bantah, maka Dr. Mahathir dilihat
sebagai masih gagah dan kukuh di situ.
Itulah sebabnya, polis digunakan untuk
menahan sesiapa sahaja yang dikatakan “membahayakan” Dr. Mahathir seperti
Mohamad Ezam Mohd Nor dan Hishammuddin Rais.
Dikaitkan KMM dengan Pas dan disorokkan
isu sebenar pengambilalihan Renong, MRCB dan MAS. Isu Tan Sri Khalil Yaakob
dilupakan begitu sahaja dan rakyat disogokkan dengan kisah militan, rompakan
bersenjata dan guru-guru agama dikaitkan dengan cerita mahu merampas kuasa.
Ramlan Jantan - 21.08.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|