 |
.... |
Awasi
Ops Lalang MAHAHAPRAK!
Oleh:
Reformasi K.Pilah |
Keadaan politik menjadi
bertambah gawat dan parah dengan beberapa insiden yang dapat kita lihat.
Selain dari masalah ekonomi kegawatannya makin parah dengan meningkatnya
jumlah kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat. Jangan kita lupa akan
kegawatan ini adalah bencara dari Allah terhadap manusia durjana yang sedang
bermaharaja GILA.
Setiap peristiwa yang terjadi adalah
natijah dari yang maha berkuasa,sehubungan dengan itu janganlah kita lalai
dengan insiden yang berlaku didepan kita. Diperhatikan dengan pengharaman
ceramah politik oleh pihak PDRMahathir (HAPRAK) ada tersembunyi
agenda untuk mengadakan sekalilagi OPS LALANG 2 yang berkemungkinan
lebih ramai lagi akan ditanggap dan didakwa. Berapa pun OPS yang diadakan
kita sebagai rakyat marhaein hendaklah tabah kerana setiap perjuangan perlunya
pergorbanan.
Keadaan BN adalah semakin gawat dengan
bergaduhan yang berlaku dalm kompenan parti BN berkelahi sesama sendiri
dengan usul untuk menentang habis-habisan pengwujudan negara Islam. Inilah
sentimen yang serupa yang ingin dimainkan oleh pihak tertentu dengan mengwujudkan
ketegangan dari pihak MCA dan juga UMCINO.
Dengan penglibatan MAHAHAPRAK
dalam institusi kehakiman buat acap kalinya cuba mempelekehkan keupayaan
hakim-hakim yang adil dalam melakukan reformasi perundangan dalam melindungi
rakyat marhaen dari mangsa kezaliman.
Juga pelbagai pengistiharan di buat
oleh MAHAHAPRAK dan kroni akan sokongan yang semakin padu sebenarnya
ibarat melukut di tepi gantang dengan bendera kebangsaan dikibarkan pada
31 ogos ini adalah cara yang lama. Sehubungan itu saya syorkan agar setiap
rakyat marhaen yang menyokong REFORMASI mengibarkan bendera REFORMASI
disegenap daerah bagi menunjukkan rakyat marhaein tidak sebodoh yang disangka.
Oleh yang demikian rapatkan ukhwah
sesama kita bagi menentang kedurjanaan di depan mata kita agar kita tidak
dipersoalkan diakhirat apakah tindakan kita terhadap kezaliman ini.
Untuk itu setiap individu mahupun
masyarakat perlulah mengadu pada yang MAHA ESA iaitu ALLAH tuhan
pencipta alam moga-moga awan gelap yang menyelubungi MALAYSIA hari ini
mendapat cahaya baru dalam Abad ke 21 ini. Selamat berjuang untuk semua
semoga ALLAH melindungi anda dari kezaliaman. ALLAHHU AKBAR 3 X
REFORMASI 3 X
REFORMASI KUALA PILAH.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|