 |
.... |
Kisah
Lucu Di Tmn. Selasih, Kulim: Lembu Berkaki Tiga
Oleh:
Nur Suria |
Kulim, 06.09.2001
: Satu majlis berkhatan beramai-ramai telah dianjurkan oleh Umno caw. Tmn.
Selasih yang bertopengkan RT caw. Tmn. Selasih. Majlis tersebut telah diadakan
di Mesjid Al- Muttaqin Tmn. Selasih dan dirasmikan oleh MB Kedah YAB Syed
Razak Syed Zain dengan mendapat peruntukan sebanyak RM 20,000.00.
Seekor lembu telah ditumbangkan bagi
menjayakan program tersebut, tetapi apabila telah disembelih dan daging
lembu itu dihantar untuk dimasak kepada tukang masak didapati hanya sedikit
sahaja daging lembu yang sampai bersama-sama dengan satu peha lembu sahaja
. Kemana perginya satu peha lagi , telah tidak dapat dikesan. Apabila disoal
oleh tukang masak kepada petugas. Maka jawapan yang diberi adalah lembu
itu mungkin berkaki tiga .
Dalam program tersebut seramai 56
kanak-kanak telah pun didaftarkan untuk dikhatankan tetapi apabila para
waris itu mendapat tahu majlis itu adalah dianjurkan oleh Umno dan bukannya
oleh RT sebagaimana yang diwar-warkan 18 orang kanak-kanak tersebut telah
dilarang oleh waris daripada menyertai program tersebut. Manakala sebahagian
besar yang lainnya pula mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak mereka
dengan bayaran RM 10.00 sahaja.
Semasa program sedang berlangsung
ketika Syed Razak sedang berucap para hadirin yang terdiri daripada waris
kanak-kanak dan ahli-ahli Umno seramai sekitar 100 orang itu langsung tidak
memperdulikan akan ucapan itu. Mereka lebih selesa berbual sesama sendiri
dan melawat gerai yang menjual keropok dan gula-gula di perkarangan Mesjid
itu. Ini menyebabkan Syed Razak cepat-cepat menamatkan ucapannya dan meminta
majlis makan tengahari yang dijadualkan selepas Zohor dipercepatkan iaitu
makan dahulu kemudian baru sembahyang Zohor.
Selesai makan tengahari Syed Razak
dengan muka yang masam mencuka meninggalkan majlis tanpa berjemaah Zohor
bersama-sama waris-waris tadi, walaupun mengikut aturcara program tersebut
MB akan solat berjemaah diikuti dengan makan tengahari dan beramah mesra
dengan penduduk Tmn. Selasih. Namun aturcara itu terpaksa dibatalkan kerana
Syed Razak merasakan kehadirannya tidak diendahkan oleh para waris tadi
malah ucapannya pun tidak diberi perhatian. Makanan yang kononnya seekor
lembu itu pun masih banyak yang tidak habis dan terpaksa pula dihantar
ke rumah mereka yang berjiran dengan Mesjid.
Mesej yang ingin penulis sampaikan
ialah Umno sebenarnya telah tidak mendapat tempat di hati penduduk Tmn.
Selasih dan penolakkan pengundi Tmn. Selasih terhadap Umno dan BN dalam
PRK Lunas yang lalu adalah berkekalan dan bukannya undi protes tetapi adalah
penolakkan total orang Melayu terhadap Umno/ BN.
Rata-rata para waris yang ditemui
merasa tertipu kerana menyangkakan RT lah yang menganjurkan program tersebut
tetapi sebaliknya ia adalah anjuran Umno yang bertopengkan Rukun Tetangga.
Jadi sebagai menunjukkan tanda protes mereka ketika Syed Razak memberikan
ucapan mereka beramai-ramai telah memboikot ucapan itu dengan meninggalkan
majlis dan pergi melawat gerai yang menjual keropok dan gula-gula atau
melayan kerenah anak-anak yang telah dikhatankan tadi.
Lembu yang berkaki tiga tadi sebenarnya
, sempurna sifatnya tetapi apabila diurus oleh mereka yang tidak amanah
maka sebahagian daging bersama dengan sebelah peha itu telah disonglap
mereka ahli-ahli Umno.
Tmn. Selasih adalah merupakan kubu
kuat BA. Di sinilah kekuatan PAS dan keADILan paling ketara. Keahlian kedua-dua
parti komponen BA ini jika dijumlahkan sekali menjangkau 1000 orang ahli.
PAS caw. Tmn. Selasih berbangga dengan Timbalan YDP kawasan Padang Serai
sebagai ketua cawangannya . Manakala keADILan Tmn. Selasih pula berbangga
dengan ketua cawangannya sebagai Ketua bahagian keADILan Padang Serai Sdr.
Zainuddin Bakrin dan Ketua Penerangannya pula adalah Naib Ketua Bahagian
Padang Serai YB Saifuddin Nasution Ismail.
Mengikut daftar pemilih 2000 jumlah
pengundi di UPU Tmn. Selasih adalah sebanyak 4155 orang dan ada 6 saluran
mengundi. Dalam PRK Lunas yang lalu keADILan menang di 5 saluran dan tewas
di saluran 1 sebanyak 20 undi. Majoriti kemenangan BA di sini adalah sebanyak
524 undi. Dalam daftar pemilih terkini pula jumlah pemilih di sini adalah
hampir 4600 orang.
Maka tidak hairanlah kenapa kerajaan
sanggup membelanjakan RM 20,000.00 hanya untuk majlis tadi walaupun sebenarnya
majlis itu mungkin menelan belanja tidak sampai RM 5000.00 sahaja . Maka
baki RM 15,000.00 itu mungkin telah masuk ke poket AJK Umno caw. Tmn. Selasih.
Ini adalah kerana Tmn. Selasih merupakan kunci kemenangan BA baik di Lunas
maupun di Padang Serai kerana jumlah pengundi yang ramai itu. Wallahuaklam.
- M@R
Wasalam……Reformasi 3x…………..Allahuakbar
3x………
Nur Suria - 03-09-01
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|