 |
.... |
BN
Di Ambang Kejatuhan Di Kedah
Oleh:
Nur Suria |
Pemilu ke-10, 1999 telahpun
berlalu. Kemenangan BN dengan majoriti 2/3 di DUN Kedah telah menjadi kenyataan
walaupun telah tercalar teruk namun BN masih mampu membentuk kerajaan negeri.
BN masih lagi menguasai 24 kerusi DUN walaupun pada hakikatnya Umno tewas
di 8 daripada 15 kerusi parlimen Negeri Kedah.
Hasil analisa dan post-mortem yang
dilakukan menunjukkan bahawa antara punca kenapa BN masih lagi menguasai
24 kerusi DUN tetapi tewas 8 kerusi parlimen adalah kerana berlaku perlonggokkan
para penyokong PAS pada satu-satu DUN dalam satu kawasan parlimen menyebabkan
walaupun pengundi PAS adalah majoriti dalam kawasan parlimen tersebut namun
terdapat satu atau dua DUN yang dimenangi oleh Umno. Sebagai contohnya
di parlimen Baling, walaupun YB Taib Azzamuddin menang, dan Ustaz Suhaimi
Ahmad menang di Kupang namun PAS tewas pula di Bayu. Ini adalah kerana
para penyokong PAS telah tertumpu di Kupang dan majoriti PAS di Kupang
melebihi majoriti Umno di Bayu. Natijahnya, satu kerusi di kawasan yang
sepatutnya dimenangi oleh PAS telah jatuh ke tangan Umno. Tetapi bagi kawasan
parlimen yang dimenangi oleh BN tidak ada satupun kerusi DUNnya yang terlepas
ke tangan BA dan di kawasan yang dimenangi oleh BN terdapat beberapa kawasan
parlimennya yang mempunyai 3 DUN seperti Padang Serai, Merbuk dan Sg. Petani.
Ini sudah pastilah memberi banyak kelebihan kepada BN berbanding PAS.
Dari segi strategi, memang Umno memperolehi
keuntungan kerana mampu mempertahankan kerajaan negeri Kedah ini daripada
jatuh ke tangan PAS malah berjaya pula memperolehi majoriti 2/3. Tetapi
apabila dihalusi keputusan itu nyatalah BA Kedah sebenarnya telah berjaya
menawan undi orang Melayu sebanyak 64% dan yang memenangkan BN adalah kerana
undi total daripada masyarakat Cina dan India yang masih lagi belum begitu
yakin dengan BA kerana masih lagi baru dan tidak dapat meyakinkan masyarakat
Cina dan India ini akan jenis kerajaan yang bakal dibentuk oleh BA. Manakala
BN pula dengan bantuan media telah menyerang minda orang bukan-Melayu/Islam
ini dengan propaganda jika sokong BA bererti mereka menyokong penubuhan
Negara Islam.
Propaganda ini amat berkesan sekali
kerana walau pun mereka mengakui akan kebobrokkan kepimpinan BN,
tetapi mereka amat takut sekali akan isu Negara Islam ini.Maka mereka terpaksalah
memberikan undi kepada BN walaupun hati kecil mereka amat ingin sekali
menolak BN ini.
Tak kenal maka tak cinta, itulah pepatah
orang muda-muda kini, oleh kerana terlalu muda lagi untuk dikenali oleh
masyarakat pengundi Cina dan India ini, maka kewujudan keADILan pada mulanya
dipandang sinis oleh mereka , sehingga tidak ada satupun kerusi dapat dimenangi
oleh keADILan yang bertanding di 4 kerusi Parlimen di Kedah dalam pemilu
ke-10 yang lalu.
Tetapi apabila berlaku pilihanraya
kecil bagi DUN Lunas ekoran kematian ADUNnya, BA yang meletakkan Saifuddin
Nasution Ismail daripada keADILan untuk bertanding menentang calon BN.
BA menang dengan majoriti 530. Satu keputusan yang telah diduga oleh para
pendokong dan penyokong BA tetapi BN terkejut besar kerana Lunas adalah
satu kawasan terkuat BN di Negeri Kedah ini. Kalau mengikut ranking kemenangan
BN dengan majoriti yang terbesar, Lunas berada di tempat ke-3 paling selamat
bagi BN di Kedah ini.
Akibatnya satu penilaian semula terhadap
kekuatan BA terutamanya di Kedah ini terpaksa dilakukan. Baik oleh BN maupun
oleh BA. Oleh itu satu kajian secara menyeluruhpun dilakukan oleh para
SB Mahathir.
Hasil laporan SB kepada Mahathir adalah
seperti berikut :
PERTAMA : Jika pilihanraya
kecil Lunas mahu dijadikan sebagai yard stick, mengukur mood rakyat dan
trend pengundian dalam pilihan raya yang akan datang, maka tidak ada satupun
kawasan dalam Semenanjung Malaysia ini yang akan selamat buat BN melainkan
BN akan tumpas di semua kawasan pilihanraya baik DUN maupun Parlimen. Ini
adalah kerana 63% pengundi Melayu, 64% pengundi Cina serta 10% pengundi
India memberikan undi mereka kepada BA. Hakikatnya BN hanya akan menang
di kawasan majoriti pengundinya adalah orang India. Manakala bagi kawasan
majoriti Melayu, Cina dan kawasan bercampur bakal dimenangi oleh BA. Tetapi
soalnya mana ada kawasan yang majoritinya orang India? Langsung tiada,
malah Lunas adalah salah satu kawasan di mana peratusan pengundi Indianya
paling tinggi iaitu sebanyak 20%. Kawasan-kawasan lain seumpama Lunas adalah
Si Rusa, Negeri Sembilan, Kapar di Selangor dan Sg. Siput di Perak.
KEDUA : Jika berdasarkan keputusan
pilihanraya Umum 1999, yang mana BN begitu bangga sekali walaupun sekarang
ini telah kehilangan majoriti 2/3. Jika hanya 6% sahaja pengundi Cina di
Kedah ini berubah kesetiaan mereka dalam pemilu ke-11 2003 / 2004 nanti
dan bukannya sampai 64% sebagaimana yang berlaku di PRK Lunas, 2000 yang
lalu, BA akan memerintah negeri Kedah dengan majoriti 2/3. BN akan jadi
pembangkang yang lemah di DUN Kedah. Manakala 14 daripada 15 kerusi parlimen
Kedah pula akan di tawan oleh BA.
KETIGA : Hasil tinjauan para
SB ini juga merumuskan bahawa segala propaganda Mahathir untuk mengembalikan
sokongan Orang Melayu kepada Umno dengan Al-Maunah, KMM, tangkapan ISA
dan sebagainya tambah menjarakkan Orang Melayu dengan Umno dan BN. Manakala
isu Suqiu, Sekolah wawasan, Nan Yang dan China Press menyebabkan Mahathir
berkonfrantasi dengan masyarakat Cina pula. Ini juga tidak menarik kembali
sokongan Orang Melayu kepada Umno. Isu Meritokrasi yang ditimbulkan tambah
meluapkan lagi kemarahan Orang Melayu tetapi tidak juga menarik minat orang
Cina, malah Orang Cina menjadi semakin takut pula kerana Isu ini bakal
menjadi pemangkin kepada permusuhan Cina - Melayu. Sesuatu yang diingini
oleh Mahathir supaya senang dia meneruskan dasar pecah dan perintahnya.
Ini juga disambut dingin oleh Orang Cina. Bila Mahathir menghadiahkan sebuah
Universiti kepada MCA dengan harapan untuk memujuk kembali Orang Cina supaya
menyokong BN, kewujudan IPTS yang berlambak-lambak itu menjadikan isu ini
tidak relevan lagi kepada Orang Cina.
KEEMPAT : Hasil tinjauan terkini
menunjukkan 68% Orang Melayu, 60% Orang Cina dan 30% Orang India di seluruh
Semenanjung telah menolak BN dan bersedia memberikan sokongan mereka kepada
BA.
Itulah antara laporan yang dikemukakan
oleh para SB kepada Mahathir. Semua yang dilakukannya nampaknya tidak mendatangkan
hasil yang diharapkan. Mahathir menjadi semakin terdesak, selepas ini kita
tidak tahu lagi apakah perancangan Mahathir seterusnya. Kita jangan terkejut
jika tindakan drastiknya nanti tambah menyulitkan keadaan, namun percayalah
Negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya bakal jatuh ke tangan BA menjelang
pemilu ke-11 nanti. InsyaAllah.
Bagi para pemimpin BA kita mengharapkan
mereka mengurus soal kebangkitan rakyat menolak BN ini dengan penuh bijaksana
dan berhemah.
Bagi kita, para pendokong dan penyokong
BA mestilah meneruskan peranan menimbulkan kesedaran rakyat agar impian
ini menjadi kenyataan.
Wasalam……Reformasi 3x…………..Allahuakbar
3x………
Nur Suria - 03-09-01
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|